Sunday, March 17, 2013

Nothing Great Ever Came That Easy


...............................................................................
In the Name of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful
Praise be to Allah, Lord of the Worlds
Any kind of language coming from Him
................................................................................


“Marilah kita cuba contohi perjuangan hidup Imam Syafie, berbekal keimanan dia mengembara mencari ilmu merata dunia. Dia Pencinta Allah. Punyai ilmu dan hikmah. Pembaharu  agama di zamannya dan pemimpin yang adil dan berani.”

Wah,alhamdulillah saya bangga menjadi umat Islam!

Saya ada ulama yang mewariskan ilmu untuk dipelajari.

Tapi, kali ni apa yang saya nak kongsii ialah berkaitan penyebaran Islam.

Apa yang menyebabkan saya tertarik nak cerita berkaitan hal ni bila saya tengah baca buku ulama yang saya kagumi dan obviously, beliau dikenali dan dihormati seantero dunia.

Hmm,siapa lah orangnya tu?

He is Dr.Yusuf Qaradawi!

Tengah dok baca buku beliau, tetiba rasa nak menulis pula.


Saya acap kali membaca, mendengar and melihat daie-daie muda cuba mengutarakan pendapat masing-masing bahkan sekarang usaha menyampaikan dakwah giat bebenor!

Well done.

Bak kata orang Perak… "baguih".

Saya salute usaha kome semua. Teruskan.

Kadang-kadang, secara tak langsung, orang yang membaca atau mendengar sikit sebanyak dapat manfaatnya. (thumbs up)


Okay, untuk kali yang ke berapa saya pun tak ingat tapi izinkan saya meluahkan apa yang terbuku dihati. Cewahh.

Bukanlah terbuku sangat kat hati saya ni tapi cuma mengexpressikan pandangan saya dalam bentuk penulisan. Bolehkan?

Kepada yang lebih arif dalam hal ni, silakanlah membetulkan kesilapan saya.

Almaklumlah, saya masih belajar untuk mendalami ilmu agama.

Bahkan masih banyak yang perlu saya listkan dalam catatan diari hidup untuk menambah ilmu di dada.Allahurabbi, terasa kerdilnya diri saya!

“Sungguh, telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu orang yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan yang banyak mengingati Allah.”
Surah alAhzab : 21

Apa yang Allah mahukan dari kita ialah sekeping hati yang bersih. Yeke?

Ye, perkara yang kecil akan menjadi besar bila niat kita kerana Allah.

Sepertimana yang kita semua  dah sedia tahu, Khudwah Hasanah umat Islam ialah Nabi Muhammad Saw. Subhanallah beruntungnya kita jadi umat Nabi Muhammad Saw.

Tapikan, sejauh mana kita cuba jadikan contoh terbaik ini sebagai rutin kita? Mulalah, neuron-neuron dalam otak kita ligat bekoje memikirkan soal ni? Atau tak terdetik rasa walaupun sekelumit dihati pentingnya meletakkan murabbi ini dalam barisan paling atas dalam hidup kita? Nauzubillah.

Baginda SAW sangat mementingkan kesucian hati dalam setiap aspek kehidupannya. Sebab melalui hatilah segalanya menjadi.

Kalau hati kotor, buruklah hasilnya. Kalau hati bersih, cantiklah warnanya.

So, apa yang nak dikaitkan kat sini ialah bila kita nak menyampaikan dakwah adakah ia semata-mata manis bicara? Atau hiasan mata pena berkarangkan hati melata? Tak terkecuali untuk mendapat nama. Nafsi-nafsi.

Hmmm... (tarik nafas panjang)

“Tinggalkanlah orang-orang yang menjadikan agama sebagai permainan dan senda gurau, dan mereka telah tertipu dengan kehidupan dunia. Peringatkanlah mereka dengan al-Quran agar setiap orang tidak terjerumus ke dalam neraka kerana perbuatannya sendiri.”
Surah al-An’am:70

Lagha dalam dakwah? Eh, ada ke?

Teringat saya kata-kata dari seorang penceramah bebas,

"Apa sahaja perbuatan yang tak dapat dijustifikasikan motifnya positively pada neraca agama adalah lagha."

Adakah dakwah kita selama ni sia-sia?

“Menghindarkan diri daripada perkara-perkara lagha tu ialah jalan penting untuk seorang insan beriman merasai nikmat dan rahmat Islam.”

Tidak, tidak. Saya tak mengatakan dalam dakwah ada lagha atau dakwah itu lagha tapi, penyampainya.

Kadang tanpa kita sedar, kita buat lagha. Hmm, tak terkecualilah diri saya juga!

Kalau nak dibandingkan dengan para pejuang Islam zaman dulu, memang jauh sekali. Bagi mereka setiap saat adalah berharga untuk menyampaikan Islam.

Yelah, maybe sebab orang Islam dah melambak kat muka bumi ni sebab tu lah kita endah tak endah je soal betapa pentingnya nilai dakwah.

Pada mata kasar, mungkin ye.

Tapi kalau kita dalami, kita memang terjerumus dalam mensia-siakan peluang yang ada.

Sedar tak sedar, persembahan peribadi kita juga adalah dakwah. Persepsi.

Plus, hari ini memang ramai yang rancak bersembang soal dakwah Islam.

Mengadakan mesyuarat saban minggu dengan lampiran dan kertas kerja masing-masing.

Tapi malangnya kerja tak jalan-jalan. Bukankah itu satu pembaziran?

Sampai bila nak goyang kaki?

WALK the TALK.

Tak kurang juga dengan planner, daripada 10 perancangan untuk sepanjang tahun tapi satu dua yang berhasil.

Sebab apa perkara ini berlaku?

Sebab kita terlalu tipikal dalam soal penyampaian. Tipikal dalam persediaan. Tipikal dalam pemikiran.

Perjuangan kita ni tak bolehlah terhenti setakat leteran terhadap hal-hal yang bersifat konsep and retorik. Kosong.

Bahkan ada juga yang sesuka hati menghukum diri seseorang. Konon "akulah yang betul, engkaulah yang salah."
 MASHAALLAH!

Kenapa begitu rakus menunding jari? Kita kan sama manusia.

Kekurangan adalah punca untuk saling melengkapi. Memperbaiki bukan maki. Hikmah dalam pertuturan. Kelembutan tidak akan pernah kalah dengan kekasaran.

Kalau dok asyik nak cari gaduh dan silap masing-masing, letak pen dan bangun dari kerusi. Sila audit diri. Memang till the end pun tak sampailah matlamatnya kalau masih nak berkelahi.

Yang dasar itu hakiki bukan furu’ bukan khilaf. Itu soal nombor dua.

Sebabnya kalau nombor satu tak settle, inikan pula rentetan yang nombor dua?

Kita punya cara sendiri namun keberhasilannya? Adakah majority? Atau nobody?

Takpe, asalkan usaha sehingga menjadi!

Kaut banyak-banyak ilmu dari sirah junjungan. Fikir. Matang.

Lihat Islam pada segenap ruang barulah sejarah Islam dijulang. Hebat walau dakwah disampaikan di kaki lima. Hebat kalau dakwah tu disampaikan dalam komuter. Hebat kalau dakwah tu berada dimana-mana. Hebat kalau dakwah itu satu prinsip hidup seorang syabab!

Hari ini ialah hari ini. Jangan terlalu sinis dalam berpersepsi. Bagaimana nak menyampaikan bergantung pada tahap kematangan kita. Bukan mudah untuk mudah.

Apa-apa pun saya sangat menghargai perjuangan yang semua cuba sampaikan.

Cuma kadang-kadang tu pemikiran perlu lebih matang.

Jangan kita sempitkan Islam dengan fahaman konsep yang kita tak bentang luas pengisiannya.

Islam is not complicated but the muslim thought so.

 Positif dan praktikal. Islam agama Fitrah.

Apa yang penting, jom kukuhkan dasar lautan diri!

love:
Damia Humaira

Mumtaz for Ummah. Mari Jadi Hamba Superb! ^^

2 comments:

  1. Agreed. Al-qudwah qobla dakwah.

    Teruskan nukilan2 yang membina lagi memperkasakan jiwa jiwa dan hati manusia yang membaca! Mabruk 'alaikum!

    ReplyDelete