Pages

Wednesday, March 20, 2013

Ingat senang ke nak SABAR?


...............................................................................
In the Name of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful
Praise be to Allah, Lord of the Worlds
Any kind of language coming from Him
................................................................................


“Sabar, sabar, sabar!”

“asyik aku je nak sabar! penatlah macam ni. Hati orang je nak jaga tapi hati aku? SAKIT!”

MashaaAllah…

Monolog kat atas tu hanya contoh semata-mata.

Saya bukan berniat nak memburukkan sesiapa di sini, cuma saya berharap perkongsian kali ni kita semuaaa dapat amik sebagai pengajaran. InshaaALLAH.

SABAR. Lima huruf. Senang nak eja. Tapi payah nak duga perlaksanaannya. Indeed.

“ah, kenapa aku?”

Baiklah, bercakap dari hati ke hati siapa kat sini dia memang penyabar? (angkat kening!)

Susah nak jawabkan.

Sebab kesabaran itu sesuatu yang mahal.

Bila mahal ia payah untuk dimiliki.

Tapi tak mustahil wahai sahabatku.

Kadang-kadang orang selalu kata,

“sabar lah, sabar.”

Responnya pula,

“aku dah penat bersabar. Sabar pun ada batasnya tau.”

Hmm, pada hemat saya sabar itu takde batasan.

Cuma bagaimana kita nak mengawal minda kita dan terus  bawa ke hati dengan bermodalkan keimanan.

Ye, memang payah. Payah sangat.

Sebab itulah orang yang sabar itu tinggi darjatnya di sisi Sang Pencipta!

“katakanlah Muhammad: 'wahai hamba-hambaKu yang beriman! bertakwalah kepada TuhanMu.' Bagi orang yang berbuat baik di dunia ini akan memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu luas. Hanya orang-orang  yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batasan.
Az-Zumar:10


“ah, kenapa aku lagi?”

Musibah punca atau asbab termuhasabah.

Eh, betul ke? Kenapa pula dapat musibah, tetiba termuhasabah pula?

Ye sahabat, bila kita ditimpa musibah barulah nak ingat Allah.

Maka betullah lontaran itu.

Bila kita diuji, lantas hati mula bergerigi, koyak, rabak seolah-olah…

”ah, hidup aku terhenti disini!”

“kenapa aku diuji sebegini?”

“ya Allah, banyak sangatkah dosa aku sehingga Engkau menguji aku dengan musibah sebesar ini?”

Mulalah muncul satu perasaan bagai hati mengetuk iman.

Sedar rupa-rupanya “Aku Masih ada Iman”.

Dasarnya, bukan hati yang mengetuk iman untuk kembali mengingati fitrah diri seorang hamba namun, Iman yang kembali memanggil kita. Rindu.

Saban hari kita melupakan sahabat kita, iaitu keimanan.

Allah telah memberi ruang dan peluang untuk kita berasa termuhasabah. Syukuri!

Kenapa masih nak bersoal jawab dengan Allah.

Benar, memang payah!

Tapi itulah, hakikatnya tersangatlah berat nak menduga perlaksanaan sabar dalam menjemput kedatangan musibah atau ujian yang tak diundang!

Jap!

Analoginya kita ditinggalkan dalam satu bilik yang gelap. Dalam bilik itu ada banyak “khazanah alam”. Dalam berhimpit-himpit, kesesakan, jenuh, jerih, luka berdarah kita di paksa mencari satu kunci. Dengan kunci itu kita boleh buka salah satu pintu dalam bilik. Bagi ruang kat bilik tu untuk mendapat suluhan cahaya. Cahaya atas cahaya.

Haaa, pendefinisian cheq kat sini berkaitan cahaya atas cahaya tu ialah andai kita berjaya buka pintu, so pastilah bilik tu dapat cahaya. Dapat menerangi semua yang ada dalam bilik tu lagi! Cahaya dapat, nak keluar dari “penjara sementara” pun dapat. Itulah Cahaya atas Cahaya.

Ehh, pajang lebo nya cheghita…so what’s the point? apa kaitanya dengan sabar. Musibah? Muhasabah?

“Tak habis-habis aku kena sabar.”

Yelah, sabar dalam menjemput musibah. Nanti termuhasabahlah.

Begini, setiap apa yang berlaku dalam dunia ni bersebab. Iya bersebab.

Even saya tulis ni pun bersebab.

Haa, kome semua baca pun bersebab.

Haha, bunyi macam lawak je. Biar betul cik penulis oi!

Well, betul. Serious.

Cuma kadang kita yang tak pernah nak sangkal perkara yang kecik pun bersebab.

Kita hanya tahu menyalahkan. Dalam konteks musibah ni lah.

Contoh lagi, kalaulah anak kita tumpahkan air, agak-agaknya apalah yang terkeluar dari mulut kita? (kenapa anak? haha…saja)

“Ya Allah, macam mana hang minum ni! mulut hang kat mana? Tang mana hang pi sumbat ayaq tuuu?” (maaflah, saya bukan orang utagha tapi dok gatai guna bahasa utagha ^^ kalau salah tu, tutup sebelah matalah ye)

Contoh ni saya nak kome fikir sendiri.

Supposely macam mana?

Fikir ye. Positively thinking.

Baiklah, hidup bukan semudah memetik dua jari.Itu pun belum pasti berbunyi. Hidup bukan semudah ABC. Itu pun bukan mudah mana, sebab ada yang buta huruf! Dan mehnah dunia itu satu yang pasti. Ujian itu akan diselangi dengan ujian dan ujian.

Semakin kita berada pada garisan penamat semakin terasa bebanan. Tekanan.

Dan pada saat itulah segala ujian dan amanah menjadi pikulan. Nak sampai ke garisan penamatlah katakan.

Jadi, tanpa kesabaran dan kecekalan kita memang takkan mampu menelan arus lautan cubaan dunia.

Seriously talk, kita memang kena letak SABAR dalam kamus hidup kita.

Nak berubah? Memang susah.

Nak maintain? Lagi payah.

Sebab kadang iman itu ada lagunya. Kadang rancak, kadang melekakan, mendayu tertidur dibuatnya.

Hah, dunia tu banyak betul ibaratnya! Sastera sungguh!

Dalam firman Allah ada mengatakan yang hati manusia itu ibarat berada di celah-celah jariNya dan boleh dibolak-balikkan pada bila-bila masa.

Allahurabbi, andai kita dah hampir setengah abad beribadah, sujud pada yang Esa, tiba di saat pengakhiran kufur menjelma.

Syirik kerana apa sahaja!

Syaitan mula merasuk tak terduga.

Nauzubillah. Nauzubillah.

Saat menemui sakaratul maut, manisnya kalau diselimuti mujahadah. Redha. Husnul Khatimah!




Kenapa Allah timpakan ujian, musibah, penyakit, bebanan, tanggungan, jiwa kosong…?

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Sebab Allah tahu kita KUAT.

Sebab Allah nak BERSIHKAN DOSA kita.

Sebab Allah mahu kita DEKAT denganNya.

Subhanallah.

Ye, bersyukurlah sebab Allah masih ingatkan kita.

Bahkan Allah sentiasa megingati kita.

Dalam apa situasi pun.

Sebab tu lah ujian tu boleh datang bila-bila.

Tak dinafikan bila kita berhadapan dengan orang pun, kadang tercabar si sabar ni.

Hmm, teruskanlah bersabar.

Opss, sabar bagaimana?

Kalau orang dah melampau, sakit hati cik oi!

Cuba explore sifat Baginda.

Kan Muhammad saw is our best idol. Selebriti hidup kita!

CHOP!

kita memang ada hak dan tersangatlah boleh nak tegur orang yang cuba merampas kesabaran kita.

Tapi, in proper way lah.

Nak voice out memang boleh tapi cuba elak dari gaduh-gaduh ni.

Hmm, ni tak. Ada yang sampai bermasam muka berhari-hari. Eh, bertahun pun ada juga.

Itu sifat manusia. Sadis. Ego.

Selagi wujud istilah “aku betul kau salah” memang sampai bila pun, no point.

Bila ditegur, melenting. Bila dibiar menjadi-jadi. Bagaimanakah? Bagaimankah? Menangis.

Menjemput kefahaman terlebih dahulu berbanding menerjah sesuatu secara melulu :)

Progress is impossible without change, and those who cannot change their minds cannot change anything. Mentaliti.

Jadi apa kata dalam penitipan perjalanan seorang manusia, seorang daie, seorang pengembara, berlatihlah bersabar.

Ubah sikap.

Bertatih pun takpe asal tak pernah letih!

Ya, saya faham pasti ramai hati-hati yang mengeluh,

''alah, cakap senanglah…cuba dia.''

Bukan macam tu maksud saya tapi, penulisan ni juga buat peringatan besarrr untuk saya. Untuk kita.

Tak salah nak berusaha. Tak salah nak mencuba. Tapi biar bertala-tala. Istiqamah.

Hidup itu bukan pilihan tetapi kita hidup untuk membuat pilihan.

Percayalah, kalau anda anda dan anda yang baca ni cuba sabar walaupun seminit, nikmatnya Allahu Akbar! Cukup indah.

Mungkin bukan onwards tapi mungkin esok, lusa atau akhirat kelak.

Bersabarlah duhai hati.

Pesan kat hati kita, minda akal dan jiwa, bersabarlah! Tenanglah.

Jangan di jenguk api yang marak, terasa bahangnya kelak.

“its me again. Sabar sabar sabar.”

Pengembaraan yang sebentar, memberi aku 1001 penjelasan.

Bisikan,

"oh macam ni rupanya manusia..."

mengejutkan mata hati yang lama 'terlelap'.

Setiap hari juga kita belajar untuk hidup. Mengenali manusia dan telatah mereka.

Kita serupa tapi jauh berbeda.

Dicipta untuk satu tujuan namun bila dihamparan, manusia bercoretkan misi dan visi yang berbeda.

Siapa tahu hati kita? Gerak kerja kita? Pilihan hidup kita? Keputusan kita? No one.

Kecuali Allahi Taala.

Andai kita sakit, bersyukurlah kerana dosa  yang melilit diri sedang cuba dirungkaikan satu persatu. Tanda Allah nak kita dekat dengan Dia. Bersabarlah.

HIDUP SATU MUJAHADAH YANG AKAN DISELANGI UJIAN DEMI UJIAN. MAKA BERSABARLAH SUPAYA MENDAPAT TARBIYYAH HAKIKI DALAM TERMUHASABAH DEK MUSIBAH.

love:
Damia'

Mumtaz for Ummah. Mari Jadi Hamba Superb! ^^

No comments:

Post a Comment