Pages

Friday, March 22, 2013

BESTNYA KALAU TAK SEMPAT!


...............................................................................
In the Name of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful
Praise be to Allah, Lord of the Worlds
Any kind of language coming from Him
................................................................................



Bestnya kalau semua tak sempat!

Memang dah sah hidup kita ni sangattt singkat. Kan kan? (angkat kening). Dan kalau nak dibandingkan dengan akhirat sangatlah jauh berbeza! Dekat akhirat nanti masa hidup kita lebih panjang. Mestilah, kehidupan kekal abadilah katakan.

Tapi sayang, masih ada yang kata :

"alamak! tak sempat nak beribadah."

Hmm, kan lebih baik kalau...

  • Tak sempat nak buat maksiat sebab sibuk dengan ibadah dan taat pada Allah
  • Tak sempat nak mazmumah singgah dalam hati sebab mahmudah yang menguasai segenap ruang hati
  • Tak sempat membazir sebab sibuk bersedekah
  • Tak sempat terlajak Subuh sebab sibuk bertahajjud, bangun awal dan mengejar keberkatan sementara menunggu Subuh menyingsing
  • Tak sempat mensia-siakan masa sebab terlalu sibuk dengan agenda sebagai hamba dan khalifah
  • Tak sempat buat kejahatan sebab sibuk mengusahakan kebaikan dan menyebarkan kasih sayang.

Haa, BESTNYA KALAU SEMUA TAK SEMPAT!

Rupa-rupanya banyak betul kebaikan dan pahala yang boleh kita kumpul kalau selalu tak sempat buat kemungkaran pada Allah.

Sungguh! Allah itu sentiasa memberi pahala pada hambaNya, walaupun sebesar biji sawi sekali pun amal baik yang kita lakukan.

Bahkan Allah juga ada berfirman dalam al-Quran surah an-Nisa' ayat 77 dalam kalimat "wa la tuzlamuna fatila" bermaksud Allah menegaskan bahawa Allah tidak akan menzalimi hambaNya sedikit pun walaupun ukurun benda yang bentuk dia ibarat benang yang terdapat pada belahan biji kurma yang diparuh menjadi dua.
- Rujukan dalam kitab tulisan al-Zuhaiyli


Hidup adalah pilihan untuk membuat pilihan daripada celik mata hingga terlelapnya mata pada malam hari kita memang tidak akan terlepas dari membuat pilihan.

"sama ada kanan atau kiri, sama ada hitam atau putih"

Ianya adalah pilihan ditangan kita.

sama ada pilihan untuk kita bingkas, bangun menunaikan solat,

atau pilihan meneruskan urusan dunia tanpa menghiraukan panggilan Allah,

pilihan sama ada kita ingin menunaikan solat berjemaah atau solat sendirian,

pilihan untuk memaafkan atau terus memalingkan muka,

pilihan sama ada kita ingin memberi sedekah pada fakir miskin atau membiarkan,

pilihan sama ada kita ingin meneruskan perjuangan Islam atau leka nafsi semata-mata di awangan,

pilihan untuk pulang ke rumah atau berfoya-foya hingga lewat malam,

pilihan untuk membazir atau berjimat cermat,

pilihan mengikut abi ke masjid mendengar ceramah atau pilihan duduk melayan movie di rumah,

PILIHAN PILIHAN DAN PILIHAN!

Oh banyaknyaaa pilihan! Mampukah aku wahai Tuhan?

InshaaAllah andai perjalanan kita adalah bertujuan dan bermatlamatkan Ilahi, InshaaAllah kita mampu. Saya, kamu, dia dan kita mampu!


Itu lah lumrah ke hidupan. Namun bukan kah pilihan itu berada di tangan kita? Tepuk dada tanya selera! Selera mana nak dikehendaki? Nafsu atau Iman?

love:
Damia'

Mumtaz for Ummah. Mari Jadi Hamba Superb! ^^

No comments:

Post a Comment