Pages

Friday, September 20, 2013

Tarbiah Rohani : Cerita Hati (travelog)


...............................................................................
In the Name of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful
Praise be to Allah, Lord of the Worlds
Any kind of language coming from Him
................................................................................


sambungan.....

Cerita Hati (bab 1) : HARAPAN

"bertanam di dunia,menuai di akhirat"

Catatan hati

Hmm hampir 4 bulan aku tunggu....Aku tak pernah ragu walaupun sedetik walaupun sesaat. Kerana tanpa Tuhan,siapalah aku. Jadi aku akan terus berpegang pada Tali Allah. Aku akan meneruskan mujahadah yang aku harapkan sempurna di mata Tuhan...untuk aku tanamkan rasa cinta dan tawaduk pada Dia. Sepenuh hati dan kerelaan hakiki. Selalu aku berdoa agar aku diberikan kekuatan. Terlalu lemah aku disisi manusia apatah lagi seisi dunia fana. Bukan kehendak aku untuk memilih jalan berliku tapi ini satu tuntutan kewajipan untuk aku tempuh. Namun,terlalu sakit menempuhnya Ya Allah....Apakah aku masih gagal dalam 'tanaman dunia' sehingga aku tak mampu menanggung rasa sebak ini? Ya Allah..



Minggu terakhir di Sarawak. (imbas)
Alhamdulillah aku dah sampai Sarawak.Dan bila on fon,ada empat miscalled from Zahra!
 ‘dear Zahra,I am so sorry.Now saya dah sampai airport.Zahra kat mana?’
Message sent~
…………...
Allah,mesti lama dah Zahra tunggu. Hmm,lama sangat tunggu beg ni. Aduh. 
"Lya...!" Zahra panggil dari belakang.
"Assalamualaikum nenek!" Zahra sempat bergurau. Panggilan nenek membuat aku kenal itu adalah Zahra. Siapa lagi kalau bukan dia yang suka panggil aku nenek.
"Eh,Zahra!" Terkejut bila Zahra tepuk bahu aku dari belakang.
"Waalaikum salam ya habibati....haha,maaf lambat. Lama sangat tunggu beg tadi."
"Takpe,takpe sebenarnya saya pun baru je sampai ni. Jalan sesak tadi. Eh jom,tak solat asar lagi ni. Kita solat kat sini je lah..."

"Sembahlah Allah,Tuhanku dan Tuhanmu...."
al Maidah : 117
Lepas solat,dalam perjalanan nak menuju ke kereta aku terserempak dengan Nuha. Dia pun baru balik dari semenanjung. Tak sangka ramai pula yang balik pada tarikh dan masa yang sama. Dalam pertemuan tu sempat juga kami berbual pendek. Kata Nuha, ada hal penting nak dibincangkan. Kalau nak berbincang dalam masa yang pendek tu memang tak sempat. Nuha ajak aku untuk program besar gabungan organisasi surau kolej katanya. Hmm,aku terdiam. Senyum. 

"....apabila kamu beriman kepada Allah,maka bertawakkallah kepadaNya,jika kamu benar-benar orang muslim(serah diri)"
Yunus : 84
"Nuha,inshaaAllah...nanti saya confirmkan balik. Gerak dulu,salam 'alaik."
"Lya,kalau sempat lusa ada gather dengan ahli usrah...so,after tu lya stay jap,kita bincang."
Aku terdiam,memikirkan sempat ke untuk aku ikut program tu. Masa satu minggu cukup singkat. Memberikan senyuman  untuk kali kedua sambil menyentuh bahu Nuha aku mengiyakan katanya lalu pergi. Laju mengejar Zahra yang dah tunggu dalam kereta. Sepanjang dalam perjalanan nak balik ke kolej dari airport aku isikan masa untuk berbual dengan Zahra. 
"Zahra,hmmmm....sebenarnya saya ada perkara nak bagitau awak. Tapi jangan terkejut pula ye."
"Apa yang mengejutkan tu lya. Haha,ceritalah cepat."
"Macam ni,sebenarnya minggu ni minggu terakhir saya kat Bumi Kenyalang ni." aku melirikkan mata ke arah Zahra. Berdebar juga sebenarnya.
"Haa,terakhir? Kenapa? Serious?"
"Saya nak beralih arah. Ke Mesir."
"Subhanallah,are you serious? Hmmm patutlah selama ni dok cakap pasal Mesir je,rupanya dah berhajat." 
"Ye,dan saya balik ni pun sebab nak uruskan hal kolej dan surat berhenti kat fakulti. Sebenarnya Zahra,lama dah saya buat keputusan ni tapi saya takde kekuatan nak tetapkan yang terbaik. Haritu pun balik rumah untuk berbincang dengan umi abah. Alhamdulillah...nampak gaya macam positif tapi berat juga hati depa nak terima keputusan saya ni. Harap-harap saya dapat convince kan lg."
Sebelum sampai kolej,banyak yang diceritakan dan dikongsikan antara aku dan Zahra. Mana taknya,macam sebelum ni kalau dah start class memang tak adalah masa nak berborak panjang. Masing-masing sibuk dengan kelas dan program. Aku menceritakan hapir semuanya pada Zahra dari saat minta restu umi abah sampailah ke tahap sekarang. Jadi, kata aku padanya...peluang sekali ni memang takkan dipersiakan. Akan aku usahakan yang terbaik dan termampu. InshaaAllah.

"InshaaAllah Lya,saya bersama awak. Mendoakan. Allah pasti takkan persiakan usaha awak tu. Percayalah...Ingat tak ayat-ayat cinta ni, Allah melapangkan

".....rezeki bagi sesiapa yang Dia kehendaki....." kami membaca bersama. Sungguh indah bila setiap masalah menjadi mudah hanya kerana mengingati Allah dan ayat-ayat cintaNya. Surah ar-Ra'd ayat 26. 
Hari ketiga. Masa pertemuan usrah banyak perkara yang disampaikan oleh kami bersama. Almaklumlah bila bersama sahabat ni masing-masing akan cuba kongsikan apa yang patut. Paling penting,soal ilmu agama menjadi titik utama perbualan kami. Usrah dua minggu sekali memang terbaik. Sekali sekala mendidik rohani,terisi jiwa dengan Kalam Allah. Kadang banyak ilmu yang aku tak pernah dengar,akan dicatit. Ambil nota. Bolehlah aku ulang kaji. Isi masa lapang. Walaupun ada segelintir yang masih dengan prinsip masing-masing,kami semua tak pernah bertelingkah. Meraikan pendapat. Bagi aku, tak salah kongsi ilmu dan pendapat,banyak manfaatnya. Sedangkan Allah dah kata dalam Surah al-Asr umat manusia ni sentiasa dalam kerugian...Kalau takde effort nak usaha mencari bekalan akhirat,jawabnya kita lah yang rugi. Mungkin kesannya tak nampak sekarang tapi akhirat? 
Petang lepas habis usrah,Nuha dah tunggu dengan Asna. 
"Haa, cik adik Nuha apa yang private and confidential sangat ni...meh story." 
"Lya,ni saya nak ajak awak join program tu." Nuha pass kan aku sehelai kertas promosi anjuran Badan Islam dan beberapa kertas kerja program. Sambil sebelah tu Asna mengangguk-angguk leka membaca artikel dalam Ipad. Sesekali pandang ke arah aku. 

Beberapa minit aku baca,cuba meneliti sambil aku bertanyakan soalan pada Nuha...tiba-tiba,Asna bersuara.

"Lya sebenarnya kitorang semua dah berbincang sebulat suara haritu nak bawa awak join program ni walaupun anjuran Badan Islam dan surau Kolej kami. Hmmm,mana taknya...ramai yang berpendapat cik Lya kita ni hebat berdebat. Terutama bab men'psikologi' kan orang. Haha.

"Segala pujian hanya pada Allah. Hmm,ni mesti sebab kes haritu kan. Yelah, saya cuma bagi pandangan saya tentang cara depa nak sebarkan dakwah tu. Bukan apa,agak tertutup dan keras. Kalau saya jadi orang yang baru nak memahami Islam,nampak gayanya lari lah saya. Lagipun....sejujurnya saya rasa mereka ni agak bersifat memilih. Dakwah kan universal dan terbuka. Hm."
Aku takut seandainya aku berlebihan dalam soal memberi pandangan. Kadang-kadang aku sendiri belum tentu baik dalam menjaga syariat Tuhan. 

Dakwah takkan pernah pernah berhenti. Dan dakwah itu adalah satu amanah. Sebuah tanggungjawab pada setiap bahu manusia. Seandainya daie memilih jalan keras dan tertutup,dakwah masa kini akan menjadi lambat dan lemah. Informasi dan potensi perlu disebarkan. Bukan hanya pada kertas dan teknologi kerana bukan semua umat manusia akan mencarinya. Bahkan pendakwah perlu melakukan sesuatu untuk berada dalam kelompok masyarakat. Walaupun mendekati dengan tarbiyyah kecil dari penampilan diri kita. Walaubagaimana pun saya akan akur seandainya mereka punya cara sendiri. Cuma,sedikit kecewa.

"dan janganlah kamu berjalan di bumi ini dengan sombong,kerana sesungguhnya kamu tidak akan dapat menebus bumi dan tidak akan mampu menjulang setinggi gunung."
al Israk : 37

"tolaklah perbuatan buruk mereka dengan cara yang lebih baik...."

al Mukminun : 96

Ada juga sesetengah remaja mengatakan hasrat hati,bahkan meluahkan perasaan pada laman web,facebook,twitter dan sebagai dengan mengatakan mereka sukar nak mendekati 'daie muda' dalam kalangan sahabat mereka sendiri. Bagi mereka, golongan ini terlalu 'jauh' dan 'keras' pembawaan diri mereka. Perkara ni kebanyakkannya terjadi pada kaum muslimat sendiri. Jika perkara dalaman seperti ini berterusan dalam golongan muda,lebih banyak salah faham antara yang baru nak mendekati penghayatan agama dan yang telah berjaya masuk ke dalam zon memahami agama.

Orang yang bijak akan membuka minda manusia. Orang yang bijak dan memahami syariat akan membuka minda dan hati manusia.

Pilihlah jalan yang terbaik dalam membawa imej Islam. Dan fikirkanlah kemaslahatan masyarakat sebelum individu.

"Lya itu lah pasal. We both thought that you can help us to make it clear. Cus we gonna have a meeting with the organisers dan semua fasi program ni." Asna bersuara serious sambil menutup Ipad dan lebih fokus dalam perbualan kami.

"Bukan apa Lya,mungkin malam meeting sebelum start program tu kita boleh lah buat opentalk sikit. Pendek kata muhasabah sesama kita la. Ajk surau. So camne,nak join tak...? Jomla." Nuha memujuk aku,meyakinkan betapa tingginya usaha mereka. Menarik.
Aku sangat suka dengan gaya personaliti mereka. Pandangan Mereka. sangat berilmu. Mudah menerima isu semasa dan tak cepat melatah. Depa dua orang ni sangat buku bergerak pada aku. Kebanyakkan percakapan depa satu pun tak mengecewakan. Berilmu. Sesungguhnya segala pujian hanya pada Allah.
"Baiklah,hal macam ni memang takkan berubah kalau setiap hati tu taknak berubah. …Okay,cuba baca pula maksud ayat Quran ni..."
Bismillah,
‘sungguh,telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu yaitu bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan yang banyak mengingati Allah.’

Surah al-Ahzab ayat 21.

Nuha mula membuka tafsir Quran. Lebih mendalam dan mengujakan perbualan petang tu. Sesekali kami semua menitiskan air mata bila mana sebelum ni usaha dan gerak kerja kami disalah faham. Agak sosial kata depa. Tak menjaga ikhtilat. Bukan semua,tapi biasalah dalam kerja dakwah ni ada je orang yang tak senang duduk tengok perkara baik yang mendapat sambutan.

Mungkin kerana dah terbiasa dalam gelanggang debat dan pidato,masing-masing antara kami ni lantang bersuara. Maju ke depan dalam perbicaraan. Lebih bersifat terbuka. Bagi kami,dalam mencetuskan idea atau perbincangan dalam kerja semasa berorganisasi tak ada istilah halangan jika kena pada gayanya. Syariat? Nak sangat aku persoalkan,apa ikhtilat itu pada kamu? Definisi? Batasan,masih dalam keadaan terjaga bahkan bercakap soal kerja perlu persefahaman. Kadang-kadang bila timbul isu terlalu bersifat negatif dalam pemikiran dan berada dalam zon 'rasa berhubungan' lebih banyak masalah yang akan timbul dan tiada persefahaman. Kadang-kadang aku penat bila hampir setiap kali meeting surau ada saja suara sumbang yang akan tekankan soal ikhtilat. Sedangkan bagi aku tak ada apa yang perlu dijadikan isu. Bahkan terus terang itu adalah lebih baik. 

"Hm,betul tu. Kalau depa semua tak boleh step up dalam bab ni,and to the majority thinker,being so radical susah la. Even somehow ada my friends said that event surau pun tak tau sebab takde publisiti. Kadang-kadang kena bump atas kepala,'eh surau takde apa-apa program ke?' sedangkan program tu ada,cuma hanya segelintir kita je yang tau. Sebab apa jadi macam ni? Sebab depa taknak move on. Masih dalam takuk yang sama." Aku bersetuju cadangan depa untuk usaha program tu. Tapi itu bukan perkara mudah. Inilah jadinya bila mereka meletakkan batasan pada pendefinisian yang mereka sendiri tak berapa jelas. Sedih.

"Tu la diorang ni,macamne community nak adapt." Muka Nuha jelas nampak kecewanya. 

'If you want to make clear everything in what you do and just nice,be sure and confident. Quality control is all matter. What is your core part if not Imaan. Nothing to be worries if you know you are right at the good point.'

"Guys,dulu ustaz saya ada pesan....ikhtilat tu boleh jaga sendiri. Masing-masing dah matangkan. Faham syariat,faham batasan cukuplah. Janji tak lebih-lebih. Nabi kita tak suka orang yang berlebihan dalam agama. Biasanya bila cakap soal agama ni,dalam apa-apa pekerjaan dakwah pokoknya ialah akidah,ibadah,akhlak,dengan contoh sirah nabawiyyah dan pemantapan rohani." Kata Asna.

 Aku menyambung,"ohye kebetulan saya ada bawa buku hadis 300 ni. Jap,ada hadis yang ke 44 ni menekan tentang pejuang kebenaran. Kata Nabi, daripada Thauban r.a...."Sekumpulan daripada umatku akan berterusan menzahirkan kebenaran. Walaupun terdapat orang yang mengecewakan(tidak membela dan menolong mereka) sehinggalah tiba hari kiamat,mereka tetap dalam keadaan demikian."Tapi ini bukan bertujuan untuk point sesiapa cuma,let us take the positive part and the goodness reminder dalam hadis ni. Well it is quite subjective rite? Hmm,macam tulah kan manusia. Khabar gembira ni susah nak mendapat tempat dalam hati manusia."

Selepas berborak panjang petang tu,daripada cafe kami perlu segera balik ke kolej masing-masing sebab semuanya ada hal. Macam tu lah juga aku. Kak Fathi nak bawa makan luar. Kata kak Fathi sementara  ada masa seminggu dengan dia kat Sarawak ni,dia nak bawa jalan-jalan. Lagipun kak Fathi belum start class lagi. Alhamdulillah beruntung ada kak Fathi ni. Sangat murah hati. Tak jenuh membantu aku ni. Allah...dan sebelum aku balik haritu,kak Fathi antara yang pertama dengar niat aku nak ke Mesir. Minta pandangan dari yang lebih berpengalaman. Lagipun kak Fathi ada adik kat Kaherah. Berbeza daripada skop pilihan aku,adik kak Fathi dalam bidang agama. Kata kak Fathi,dia sokong pilihan aku. Wallahi,sayang kak Fathi!
Petang tu dalam masa bersalam antara kami,Nuha bertanya untuk kali terakhir....

"Macamne lya? boleh tak join?" 

MashaaAllah,bukan aku tak berminat. Bahkan tak terdetik pun nak menolak. Nak sangat aku bersama meneraju program besar depa ni. Tapi......aku belum bersedia nak bagitahu perkara sebenar. Aku akan berhenti tak lama lagi. Masa aku hanya seminggu je kat Sarawak ni. Ya Allah. Lagipun program tu lagi seminggu nak mula. Mesti banyak yang nak diuruskan. Bukan tak nak extend masa lagi seminggu tapi banyak sangat perkara yang aku kena selesaikan. Aku kena balik semenanjung sabtu ni juga. Tiket dah beli. 

Allah meletakkan pilihan dalam kehidupan manusia. Pilihlah jalan yang terbaik untuk diri kamu,untuk keluarga kamu,untuk agama kamu. Dalam hidup ini sentiasa akan ada rasa keraguan seandainya kita tak pernah meletakkan ketetapan hati pada yang Esa. Pada saat itu,syaitan akan mula mencucuk jiwa dan nafsu,membisikkan pada diri kita untuk terus berburuk sangka. Tidak kiralah pada manusia mahupun pada Sang Pencipta. Itulah mainan syaitan laknatullah. Untuk terus memilih jalan yang merosakkan hati kita. Kerana itu, takwa ialah sebuah harta yang sangat mulia dan mahal. Jadi,berpegang teguhlah pada Tali Allah dan pimpinlah tanpa keraguan. Jujur pada diri sendiri dan jujur pada Allah itu lebih indah dari mengharapkan kejujuran daripada manusia.

"Faith is like electricity. You can't see it but you can see the light."

 **sambungannya pada masa akan datang, inshaaAllah. Moga kisah "cerita hati" ni dapat manfaat untuk kita semua. 

                                                                                                                                                       

Mumtaz for Ummah. Mari Jadi Hamba Superb! ^^

No comments:

Post a Comment