Pages

Sunday, October 13, 2013

Cahaya itu Milik Allah



...............................................................................
In the Name of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful
Praise be to Allah, Lord of the Worlds
Any kind of language coming from Him
................................................................................


Bismillah,
Sesungguhnya setiap hari ada saja musibah. Baik dari segi yang nyata ataupun sebaliknya. Mungkin bukan mudah untuk setiap dari kita menghadapi sekelumit ujian itu,namun masih ada yang sudi mendengarnya. Pasti manusia tidak mampu menyelesaikan masalah hati dan memberi ketenangan kerana ianya hanya milik Sang Pencipta Ketenangan. Sahabat, dekatkanlah diri dengan Tuhan kepada segala ciptaan. Kamu pasti tak akan menyesali detik itu. Kembalilah pada Allah kerana musibah itu adalah petunjuk. Jangan disanjung dunia dan manusia andai mereka juga tidak mampu menjual sebuah ketenangan abadi.

saban hari menanti ketenangan
saban hari menanti kecerian
saban hari menanti kebahagiaan
ketulusan hati seorang hamba berjiwa hamba

pada saat aku menjalani lorong-lorong gelap
aku mengenali manusia
terlalu rakus merebut sesama
yang pasti bukan punya mereka
aku jadi bingung

pelbagai soalan meraba jawapan
apakah ini sikap manusiawi
apakah ini ketulusan hakiki
untuk apa aku dipertontonkan segalanya
untuk siapa

akhirnya aku sedar dari kegelapan itu
ketika aku jatuh sedalamnya
terlalu sakit menghadapi luka itu
aku rasa punya yang abadi
merintih pada Dia yang aku tidak cari

saat itu Dia mencari aku
cuba mengutip aku dari kegelapan itu
membuktikan adanya cahaya sanubari
Dia punya aku ketika aku perlu
kini aku jua punya Dia
dan sentiasa menjaga keperluanNya. 

Mumtaz for Ummah. Mari Jadi Hamba Superb! ^^

No comments:

Post a Comment