Pages

Monday, June 11, 2012

Kenapa Hati Tidak Tenang?

...............................................................................
In the Name of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful
Praise be to Allah, Lord of the Worlds
Any kind of language coming from Him
................................................................................


9 sebab hati tidak tenang.

SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA MAZMUMMAH DIDALAM HATI.

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah – paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang. Bila rasa hendak marah segeralah mengambil wuduk.



Mari hapuskan dosa kecil! ^^.

2. Pendendam – Merasa dendam itu boleh memuaskan diri sedangkan memaafkan itu lebih baik.


We share the same bright sun, the same round moon.
Why don't we share the same love? Peace!! ^^.

3. Hasad dengki - amalannya hangus akibat hasad dengkinya. Jangan biarkan ibadah kita menjadi siasia dengan adanya sifat hasad dengki dalam diri kita. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Tamak – orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut. Walau berapa banyak yang diminum tetap tak abis jugak. Lagipun orang tamak selalu rugi.



Sebiru laut ini... ^^.

5. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyakkanlah bersabar bila hadapi dugaan. Allah menjanjikan setiap kesulitan itu ada kemudahan).

6. Ego - ibu segala mazmummah, jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua org ada egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut. :)

7. Riak - melakukan sesuatu itu bukan ikhlas kerana Allah tetapi kerana ingin dipuji.setiap perbuatan itu akan dipertanggungjawabkan kelak.

8. Cinta dunia - Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.



Gambar hiasan. (Kagum dengan family ni). :)
Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, tetapi ialah MAZMUMMAH.

~ Alang-alang hidup, hiduplah sebagai da'ie. Alang-alang mati, matilah sebagai syuhada.



Selamat beramal. Salam sayang, :)
Mumtaz for Ummah. Mari Jadi Hamba Superb! ^^

No comments:

Post a Comment