Pages

Friday, September 20, 2013

7 Golongan Yang Mendapat Naungan


...............................................................................
In the Name of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful
Praise be to Allah, Lord of the Worlds
Any kind of language coming from Him
................................................................................



Bismilahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah sekalian. Bagaimana hidupmu hari ini? Masih dalam pemeliharaan dan pengawasan Allah subhanu wa Taala? Mudah-mudahan InshaaALLAH.
Setelah sekian lama tak mengupdate blog kami ni,akhirnya rasa terpanggil nak menceriakannya kembali. Hati mengatakan untuk tetap menulis dan mengisi ruang entri ini. Tak lupa juga sebagai penghargaan kepada mereka yang tak jemu menyinggah blog kami ni. Maaf buat sahabat-sahabat yg dicintai,bukan tak nak penuhkan setiap bulan,cuma kelapangan masa kami amatlah terbatas. Dan dalam masa yang sama, kami sentiasa mencari perkongsian yang terbaik untuk dikongsikan.

Daripada Ubai bin Kaab r.a, Nabi saw berkata : "berilah khabar gembira kepada umat ini dengan keagungan,ketinggian,kemenangan dan kekuasaan di bumi. Sesiapa yang mengamalkan amalan akhirat kerana duia,ia tidak mendapat bahagian (ganjaran baik) di akhirat."

Alhamdulillah,setelah menyusun beberapa topik sebelum di update kan untuk dibaca,akhirnya saya memilih untuk perkongsian tentang 7 golongan yang mendapat naungan daripada Allah subhanahu wa taala.

Antaranya ialah…
Pertama : Imam( raja atau pemimpin yang adil)

Kedua : Pemuda yang menjadi dewasa dalam beribadat kerana Allah.

Ketiga : Orang yang hatinya tergantung di masjid

Keempat : Dua orang yang saling mencintai antara satu sama lain kerana Allah. Mereka berkumpul dan berpisah kerana Allah.

Kelima : Seorang lelaki yang dirayu oleh seorang wanita bangsawan yang cantik untuk berzina lalu menolak dengan berkata,” aku takut kepada Allah”.

Keenam : Orang yang bersedekah dengan diam-diam hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan tangan kanannya

Ketujuh : Orang yang mengalir air matanya ketika berzikir mengingati dan menyebut nama Allah dalam keadaan sunyi sendirian.
(Riwayat Muslim : 989)

Jadi jom sesama kita renung-renungkan dan ambil iktibar. Timbulkan persoalan sama ada,kita ni pencinta dunia atau pencinta Allah dan agama? Seandainya kita sedar kelemahan diri kita,for sure kita semua mesti akan melipat gandakan amalan kita semua. Alangkah indahnya kalau kita semua tergolong dalam 7 golongan ni! Apa lagi,jom perbaiki diri kita kerana Allah.

                                                                                                                                                  Love;
                                                                                                                                                    Mia

Mumtaz for Ummah. Mari Jadi Hamba Superb! ^^

No comments:

Post a Comment