Pages

Tuesday, September 24, 2013

Tarbiah Rohani : Cerita Hati (Travelog)


...............................................................................
In the Name of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful
Praise be to Allah, Lord of the Worlds
Any kind of language coming from Him
................................................................................


sambungan.....

Cerita Hati (bab 1) : HARAPAN

 Catatan Hati 


Alhamdulillah selepas seharian melawati sekitar Bandar Kuching yang pasti akan memberi banyak pengalaman dan kenangan pada aku,destinasi terakhir sebelum aku balik ke Semenanjung….Surau Kolej. Lepas solat Isya’ berjemaah aku memberikan sedikit ruang pada diri aku sendiri untuk menghargai pengalaman aku dalam percubaan menyebarkan mahabbah. Surau ini. Sahabat ini. Peluang ini. Terlalu banyak yang mengajar aku betapa hidup adalah bermula dengan sebuah langkah. Langkah kecil yang bermula dengan azam dan semangat. Subhanallah aku pasti merindui kesibukan dulu,qiyam dan qasidah bersama ahli surau. Sebelum aku menutup lampu surau,sebagai tanda penghormatan aku pada rumah suci Allah,solat witir ditunaikan. Lama aku merenungkan suasana surau. Terlalu mudah aku menangis mengenangkan semuanya.

Ya Allah,aku pasti merindui perjuangan ini. Ya Allah tetapkan hati aku untuk istiqamah. Aku sedar,walaupun aku pernah menelan kata-kata pahit dan pandangan manusia…aku yakin segalanya berhikmah. Hidup bermasyarakat tak selalu indah. Itu fitrah.

"Mulakan hari-hari mu dengan ceria agar setiap perjalananmu tetap bangkit walaupun duri dan mehnah ada sepanjang perjalananmu,senyumlah dan bersabarlah,sesungguhya ia akan menjadi penawar bagi mu"

Esoknya,aku dah bersedia. Bersedia untuk jumpa dengan Nuha. Mungkin kalau tak sempat bersayonara dengan sahabat usrah yang lain,akan aku kirimkan surat layang moden pada setiap mereka.

 “Kak Fathi,lepas zohor kita dah nak bertolak ke airport…sebelum tu,kak Fathi bagi saya lima minit ye. Saya nak jumpa kawan saya jap.”

“Lah,boleh sangat. Haa,ni Lya nanti Dila dengan Aina nak ikut sekali. Kat mana kamu nak jumpa tu..?” Kak Fathi ialah sahabat dan kakak yang sangat penyayang. Sentiasa positif dan banyak membantu aku. Kalau sebelum ni aku tak dapat tidur lewat malam sebab banyak kerja,Kak Fathi lah yang teman. Buatkan aku minuman panas. Nikmatnya ada seorang kakak seperti Kak Fathi. Allah takdirkan aku tidak punyai seorang kakak tapi aku punyai dua orang abang yang sentiasa melindungi aku. Abang Long dan Abang Ngah pun menyayangi aku,tapi cara mereka berbeza. Itulah abang.

“Oh saya nak jumpa kat Café je. Wah Alhamdulillah. Seronoknya Kak Dila dengan Aina ikut sekali?”

“Ye Lya. Diorang nak ikut. Lepas tu nak pegi beli barang sikit. Kay lah kalau macam tu. Jumpa kat carpark je lepas jumpa kawan Lya tu. Eh Lya,azan dah tu…jom siap-siap solat. Lambat nanti nak gerak.”

“Okay Kak Fathi. Jom. Kak Fathi jadi imam ye. Please please.”

“Yelah Lya.” Kak Fathi mencubit pipi aku. Lalu dia segera ke bilik air. Berwuduk.

Sahabat yang baik ialah sahabat yang sentiasa bersama sahabatnya walau dalam apa keadaan sekali pun. Sentiasa mempercayai antara satu sama lain. Membawa sahabat mendekatkan diri pada Allah. Mendidik dan memahami. Empati. Memberi dorongan dan teguran yang ikhlas. Sentiasa memaafkan dan menerima kekurangan tanpa mengaibkan. Memberi peluang atas kesilapan dan membantu tanpa meminta balas. – Itulah sebuah persahabatan yang bermakna. Yang membawa mereka dalam doa aku.

Perkara hati ialah perkara yang berat dan sangat sensitif. Kawal lah ia dengan iman. Orang yang dapat menjaga diri daripada sifat mazmumah dengan mengatasinya menggunakan akal dan iman,dia telah mendapat kemenangan.

Sesungguhnya orang-orang beriman itu adalah bersaudara.

“Pesanan Imam Al-Ghazali tentang persahabatan ada 5.

Pertama pilihlah kawan yang berakal. Kerana yang tidak berakal atau bodoh itu akan menjadi musuh dan menyakitkan hati kamu. Pilihlah kawan yang berakhlak.  Kerana yang jahat itu akan dirangsang dengan nafsu jahat. Pilihlah kawan yang soleh. Kerana yang fasik itu akan mengajar kita pekerjaan dosa dan maksiat. Pilihlah kawan yang bersederhana. Kerana yang tamak itu akan menjadi racun pada sifat pemurah. Pilihlah kawan yang bercakap benar. Kerana yang selalu bercakap bohong itu akan memusnahkan jiwa.”

If you really care,you will take note on whatever you decide. 

“Assalamualaikum Nuha….hye hye.” Aku mendatangi Nuha dengan rasa sangat gembira. Gembira kerana dipertemukan dengan insan seperti dia.

“Waalaikumsalam Lya. Meh duduk sini. Makan sekali dengan kitorang.” Kebetulan pada waktu tu ramai sahabat usrah duduk semeja. Alhamdulillah moga dipermudahkan urusan yang akan disampaikan.

“Takpe,sebenarnya saya nak cepat. Maaf,ada perkara nak bgtau korang ni. Saya nak balik Semenanjung ni. Hmmm,saya nak sambung belajar ke Mesir la korang…Jangan marah ye. Saya balik seminggu je kat sini sebab nak settlekan urusan semua. Barang-barang pun banyak tinggal haritu. Jadi,tu lah…secara rasminya,saya nak bgtau korang saya dah tak belajar sini lagi dah.”

“Ya Allah Lya nih! Kenapa baru bgtau sekarang. Ya Allah serious ke? Shafie mengerutkan dahinya sambil pandang ke arah aku. Dan aku, mengangguk laju-laju tanda seriousnya aku terhadap kenyataan aku tadi. Dalam masa yang sama aku menyedari sahabat yang lain pun turut terkejut.

“Tau dah….semalam Najwa kata,Lya bgtau kat surau. Kita ni tunggu je dia nak bgtau. Nasib baik jumpa saya tau Lya ni. Kalau tak siaplah awak Lya….” Kata Balqis sambil bangun dan mencuit pinggang aku. Lalu dia memeluk aku dari belakang. Allah,mula dah rasa sebak.

“Ye semalam saya jumpa Najwa. Memang ingat nak bagitau korang semua harini. Semalam saya bagitau yang jumpa kat surau je. Hihi sorry ye.”

Aku bersalaman dan mencium pipi sahabat yang lain termasuklah Aisyah,Sakinah,Yana dan Asna. Dan yang terakhir,pastilah Nuha. Kerana aku memang nak bagitau dia soal program tu.

“Nuha,saya minta maaf ye sebab baru bagitau awak. Saya tak sampai hati nak bagitau awak awal-awal so saya decide nak bagitau awak sekarang. Saya memang nak sangat join,tapi banyak lagi urusan yang saya nak selesaikan. Lagipun parent saya dah tau saya balik harini.” Sambil aku memegamg erat tangan Nuha aku memandang terus ke dalam matanya. Aku mula sedar linangan air mata jatuh dari pipi kami. Terlalu banyak yang kami masih belum kongsikan bersama dan masih banyak yang nak dijalankan bersama. Aku masih teringat,suatu masa dulu kami berdua pernah tidur bersama di dalam surau dan menceritakan banyak perkongsian. Masa silam dan perubahan masing-masing. Terasa nikmat di situ. Mungkin itulah moment paling berharga buat aku untuk aku simpankan baik-baik. InshaaAllah.

“Lya,saya mendoakan awak berjaya. Mungkin ini takdir kita. Allah pisahkan kita didunia tapi saya percaya Allah akan pertemukan kita lagi di Syurga nanti. Kan?

“Ameen ya Rabb.”

Nuha memeluk erat. Aku bisikkan pada dia bahawa aku akan sentiasa mendoakan sahabat aku yang dicintai kerana Allah.

“Nuha,teruskan usaha awak. Teruskan semangat awak dan ketuklah hati-hati yang ada kat sekeliling kita ni. Moga berjaya juga.”

Setelah itu,aku melambaikan tangan pada mereka semua dan bergegas ke kereta. 


Cinta itu terlalu subjektif. Cinta mencintai sesama sahabat itu sangat hidup jiwanya bila kerana Allah. Perjuangan orang-orang yang soleh itu sentiasa ada halangan dan dugaan kerana Allah sedang mengajar sesuatu. Sama ada orang soleh itu melihat ia sebagai musibah atau anugerah akan mempengaruhi pulangannya pada diri sendiri. 

 **sambungannya pada masa akan datang, inshaaAllah. Moga kisah "cerita hati" ni dapat manfaat untuk kita semua. 

Mumtaz for Ummah. Mari Jadi Hamba Superb! ^^

No comments:

Post a Comment