Pages

Friday, June 22, 2012

Oh Si Tudung Labuh!


...............................................................................
In the Name of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful
Praise be to Allah, Lord of the Worlds
Any kind of language coming from Him
................................................................................


Assalamualaikum wbt. Menjadi kebiasaan saya, sebagai seorang budak yang baru habis matrik, yang sekarang dengan rasminya menjadi penganggur terhormat kat rumah. Apa lagi kerja yang saya boleh buat selain duduk rumah, kemas rumah (konon kononnya :D), memasak (konon kononnnya :D), jadi driver amik adik dari sekolah, dan hantar ke sekolah pulak. Dan pastinya, satu satunya kerja yang saya tak pernah miss walaupun sehari - facebooking! :D

Suatu hari tu, sedang dok godek FB sana sini, tetiba dengan izinNya, saya terjumpa satu post. Seorang hamba Allah (perempuan) menge-post sesuatu di group FB kuliah dia. Mulanya saya malas nak amik kisah sangat. Tapi tak tahu kenapa, bila saya nak pegi tengok benda lain yang kononnya lebih menarik, ada satu bisikan (ecehh) yang menyuruh saya baca jugak post yang panjang lebar tu. Fikir punya fikir, apa salahnya kan sesekali baca panjang lebar? Mana tahu ada ilmu baru. Haaa, inilah yang saya jumpa! Do read this;

*****

Hamba Allah (pelajar perempuan):

SEMBANG-SEMBANG ABANG SENIOR DEN DI UPSI - Citer pasal budak tudung labuh.

"Kenapa Islam galakkan pakai tudung macamtu? Sebab zaman jahiliah dulu, lelaki suka main pelacur, dan pantang nampak perempuan. Untuk perempuan zaman sekarang, cukuplah sekadar bertudung. Tak ghairah pun tengok perempuan bertudung, cuma jangan dedahkan bentuk badan keterlaluan. Tengok M** berpakaian ok jer. Tak menggoda. Jangan ikut ikut, iman taklik namanya. Ramai yang tak paham di sini, at last pakai je tudung labuh, tapi belakang, kelab dia masuk, salib dia pakai, dan lain lain. Elok macam M** ni haa, selamat. Nafsu tu tak memberontak macam depa, memberontak! MUSTAHIL perempuan taknak luang masa dengan kawan kawan kat luar kan, borak borak. Diorang tahan tahan. Kaunseling banyak kes macam ni. Ada yang hantuk kepala kat dinding sampai darah darah. Pakai tudung labuh gara gara seorang lelaki. Dia kenal laki tu dulu, tapi kawan dia kenal kemudian. Last last, lelaki tu suka kawan dia sebab dia terlalu menyembunyikan perasaan dia. SALAH tau dalam Islam konsep tu. Ramai tak faham. Asal perempuan jatuh hati pada lelaki depa dah cakap ZINA. Pada abang, tu SALAH BESAR. Kesian budak budak yang tudung labuh ni. Banyak yang LESBIAN. Depa tak paham tang ni tau M**. Bila mana kita, sama ada lelaki atau perempuan, terbayangkan lelaki atau perempuan seksi dalam minda, tak berpakaian dan waktu tu kita berseorangan di dalam bilik dan sebagainya, ianya tidak dikira sebagai mendekati zina. Kerana zina itu perlu berdua, lelaki dan perempuan. Ni yang depa tak faham. Abang geram betul. Seksa diri. Last last, jalan paling selamat, sebab depa dah tak tahan, depa jadi lesbian jer. Haiii...apa nak jadi? Betul cakap M**..."

BOLEH COMMENT SIKIT??? BETUL TAK APA DIA CAKAP NI??? ESPECIALLY PASAL ZINA TU.

*****

Saya terdiam lepas baca post ni. Tak mengiakan, tak membantah. Cuma terdetik kat hati, ada ya sampai macam tu? Haaa, ni lah realiti dunia luar yang saya belum nampak. Nasib baik saya baca! Dan bila dah baca yang atas ni, saya terus cakap dalam hati, eh apa orang komen ya? Mesti baca nih! Cer baca bawah ni pulak kawan kawan;

*****

Hamba Allah (pensyarah perempuan):

"Salam M**. Maaf, sekadar pandangan peribadi. Pertama, saya sendiri sangat respek wanita yang bertudung, apatah lagi yang bertudung labuh, bertudung besar. Kerana pada pendapat saya, mereka cuba untuk menutup aurat sebaik mungkin. Tentang perempuan yang tudung labuh, tapi dalam ada salib, clubbing, dsb. Saya dengar cerita ini dari saya umur 13 tahun. Bagi saya, mungkin itu sentimen supaya masyarakat tak menyukai/berpandangan serong kepada yang bertudung labuh. Sebab, sampai umur 28 tahun, dengan ceriter yang sama, saya masih belum jumpa sebarang bukti. Tentang zina tu, maaf ye, cetek sangat ilmu saya..cuma apa yang saya tahu, zina ada banyak. Zina mata, zina hati, dll..wallahua'lam. Erm, tentang komen kedua, mungkin M** pelik, kenape pulak nak wujudkan sentimen membenci orang tudung labuh dalam masyarakat? Kerana, orang orang tudung labuh, ye berserban. Maksud saye yang sangat jelas perjuangan da'wah dan agamanya, yang kebanyakannye menentang apa yang haram..contohnye seksi. Dan akhir sekali, saya tutup dengan satu hadis, maaf sangat sangat kalau salah, yang maksudnye menyatakan bahawa Islam datang pada awalnye dalam keadaan dagang, kembali juga dalam keadaan dagang. Beruntunglah orang orang yang dagang itu. Wallahua'lam."

*****

Erm, pasal komen pensyarah yang disayangi ramai ni (saya pun sayang tau!), saya taknak komen apa apa. Komen beliau pun totally pasal pendapat, pengalaman dan ditutup dengan satu hadith. Tapi sebelum tu, kalau tak salah saya lah kan, hadith tu rasanya sama dengan hadith ni, "Islam itu bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang ganjil (kerana Islamnya mereka)". Hadith riwayat Muslim. Kan kan? Sama je kan? Tolong betulkan saya kalau salah yer. Seterusnya diikuti dengan komen dari hamba Allah kedua ni;

*****

Hamba Allah kedua (pelajar perempuan):

"Dulu kat tempat lama saya pun ada kes pelajar sekolah agama pakai rantai salib. Dan ada jugak pelajar dari sekolah yang sama mengandung. Tapi disebabkan tudung yang dia pakai labuh, so semua orang tak tahu. Pada saya, wanita ni semua sama. Yang bezanya hati kite jea.."

*****

OK, yang pasal komen pelajar perempuan ni, saya pun takde nak komen banyak. Sebabnya cerita cerita macam ni memang selalu jugak keluar paper kan? Dunia akhir zaman. -_- Diteruskan dengan komen tuan empunyer cerita, yang tukang post benda ni;

*****

Hamba Allah (pelajar perempuan yang post tadi):

"saya just nak kepastian jer...sebab sekarang nie saya pelik, orang yang tudung labuh lebih banyak citer pasal lelaki rupenyer...dari awal lagi saya perasan bende ni...tak kisah nak cakap, tapi tak payah lah nak berulang ulang....kalau dah tak tahan, kawin je lah....kan senang..saya dah bosan dengar pasal lelaki...walaupun lelaki tu baik macamane pon die....alim macamne pon die....serius saya cakap, kekadang saya rase orang tudung labuh ni hipokrit, depan depan pijak semut tak mati.....tapi belakang sape tau....saya dulu pernah gak nak bertudung labuh, tapi saya tak dapat nak istiqamah.....tu sebab saya jadi biase biase jer...orang tudung labuh nie memang bermuke muke....depan kite memang baik, belakang kite, macam macam die buat..nak kate jage ukhuwah...kenape tanamkan sifat asabiyah????? tudung labuh, geng tudung labuh je....bukan saya kate ni untuk semua orang yang bertudung labuh...tapi ape yang saya nampak, dan ape yang saya hadapi sekarang....saya sakit hati betol. tapi saya masih boleh bersabar...moge Tuhan berikan kesabaran pada saya....saya dulu pon sekolah agame jugak...tapi saya tak pernah pulak hidup berpuak puak...dari sekolah, bawak ke matrik, lastly kat U....memang tak ubah ubah.....asyik geng tudung labuh ngan tudung labuh je...pandang kite pon len macam je...ape, macam banyak dose pulak kite ni...dulu, kawan saya nak makan pon ajak saya...sekarang, kate taknak makan....tapi bile turun, nampak die dan rakan rakan tudung labuhnya makan kat kedai...perlu ke macam tu?????? ape ukhuwah macamnie...kadang kadang...bende bende macam nie lah yang merosakkan balik ukhuwah yang terbina..kalau sape sape nak terase, lantaklah....dah lame saya nak cakap bende ni...and, jage la kebersihan sikit...ape susah sangat ke nak jage kebersihan diri sendiri? macamane nak jadi orang islam, kalau tak buat ape yang agame suruh???"

*****

Hmm, yang ni saya rasa macam dah ke lain sikit. Tapi masih agak menarik untuk dibincangkan yer kawan kawan. Erm, nak share sikit, saya dulu pelajar sekolah menengah biasa, cuma saya berimej tudung labuh sebab saya pelajar aliran agama (KAA), dan saya kekalkan imej tu hingga tamat Tingkatan 5. Bila dah habis sekolah, saya hanya kekalkan imej biasa (tidak bertudung labuh), hinggalah saya masuk KMS. Berkawan dengan budak budak surau, JPP JPP yang berimej tudung labuh membuatkan saya cenderung ke arah tu jugak (keinginan untuk bertudung labuh), pakai stokin, baju labuh, etc. Jadi saya sesungguhnya amat memahami situasi kawan kita di atas nih. :) ---> Dan...dalam merangka rangka memikirkan pandangan pasal komen atas ni, tetibe terbaca pulak komen di bawahnyer;

*****

Hamba Allah (perempuan):

"dulu N**** pun macam awak jugak, tapi kite kene ingat selalu, tak semua orang sama. Jangan sebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Tak semua orang sama sebenarnya..nasihat N****, awak tegur lah kawan awak tu kalau rase macam tak senang dengan cara dye layan awak. Mungkin ada sebab dye taknak turun makan dengan awak. Never judge a book by its cover, never! :) "

*****

Ok, saya tak tahu kenapa saya jadi cool sikit bila baca komen hamba Allah yang kat atas nih. Dan ini pulak yang dibalas oleh si penge-post;

*****

Hamba Allah (perempuan, yang menge-post):

"yes...i know that....but, kalau saya tegor, dye akan tegor saya balik.....macam saya cakap tadi...macamlah terok sangat je kite ni...sebab dye tak dengar lah saya cakap kat sini..and memang dah banyak lah berlaku.....and bile dah masuk tempat baru, cepat cepat diorang ni cari orang spesies same macam die...supaya senang same same...nampak baik.....heihhh...kadang kadang malas gak nak masuk campur, tapi rase macam melibatkan saya jugak tau...saya pon dari sek agame jugak...tapi jangan lah buat macamtu...bukan saya yang judge....tapi mulut mulut orang sekeliling yang judge you know???? tau tak ape perasaan saya....???? I think u not understand lah....."

*****

Erm, bila dah sampai ke komen yang ni, saya mula sedar yang tuan punya post dah mula meluahkan perasaan yang terpendam sejak sekian lama. Tapi saya faham apa yang dia rasa...sabar kawan. :) Otak saya makin terangka macam macam. Tapi terhenti jap bila ternampak komen di bawahnya pula, dari seorang hamba Allah, lelaki, merangkap kawan sekuliahnya. Cer baca nih;

*****

Hamba Allah (lelaki):

"Saya hanya menyambut seruan Mdm E*** melalui sms. Pada awalnya memang segan nak komen, sebab ni hal perempuan. Takpelah, muka tebal sikit. Mdm E*** kata, masalah zaman berzaman (takkan terselesai). Saya komen berdasarkan pemerhatian dan pengetahuan terhad saya sahaja. Sorry, kalau tengok bawah mesti panjangkan..? Pada saya bertudung labuh tu dah baguih dah. Cuma macam madam and rakan rakan cakap kat atas,
1. setiap orang berbeza. ada yang tudung labuh sebab dah terbiasa (family, sekolah dll). ada yang sebab benar benar tahu akan kenapa dia bertudung labuh. nak tutup aurat sebaik mungkin. Tak kisahla dia hipokrit macamane pun, tu antara dia dengan Allah. Yang penting dia tutup aurat. Kita pula (bukan saya), jangan la tak jadi nak bertudung labuh sebab ada orang yang tudung labuh dah buat perkara yang jahat, sabab taknak sekadar mengikut ngikut je. Terpulanglah. Memang benar, tak semua yang bertudung labuh baik. Cakap cakap pasal lelaki laa ape la... yang tu, saya serahkan kat kaum hawa. Tak tahu den perangai kaum hawa di sebalik tabir.
2. Utk bab ukhuwah tu, yang mereka bertudung labuh lepak sesame mereka je tu, memang berlaku pun. Kat kms pun berlaku. Nak cerita la, ade satu masa ajk muslimat bawah saya pun sampai mintak bincang ngan saya (pulak), dah blank nak buat ape. Tapi yang nak dibawak berbincang ni hal yang bertentangan. Dia kata yang bertudung labuh ni macam dipulau pulaukan, and sering dipertikaikan kenapa selalu berjalan sama sama, makan sama sama, ade yang cerita sampai nangis sebab ade orang cakap mereka tu sampai asobiyah. Pada saya, dua dua pihak ada salah. Yang mereka ini, tak selalu sangat bergaul dengan kawan kawan mereka, nak yang sama dengan mereka je. Mungkin juge satu point. Untuk yang terasa sebab terasing sebab kawan mereka yang bertudung labuh selalu lepak sesame mereka je, janganla terase rendah diri :). Atau inferior dengan depa. Lepak je dengan dia. Yang pasal dia cakap taknak makan tapi tahu tahu dia dah ada kat kafe ngan kawan kawan dia tu, bukan yang bertudung labuh je, tapi yang tak bertudung labuh pun kalau buat camtu pun mesti terasa jugak kan? Sama je. Taknak tegur takpe, tapi usikla. Kalau cara lelaki, "Woi ko kate taknak makan, tapi ko tipu aku kan? Kurang ajo." Tak tau la perempuan pulak camne. Saya yakin ok je nanti. Antara cara nak selesaikan isu dalaman hati ni, kita boleh cuba bersangka baik je.. Husnuzon wajibun syar'ie. Mungkin dia last minute diajak kawan dia berbincang kat cafe mungkin? Atau sesaje sesame budak budak sekolah lame? Saya setuju dengan statement yang tak semua tudung labuh tu baik. tudung je labuh, tapi perangai lagi teruk dari orang biasa. So takpe, kita berlapang dada je. Kepada yang bertudung labuh, bergaul lah dengan kawan kawan tak kira apa. Contohilah madam kesayangan Madam E*** kita ni. Ceh, hehe kan N****** kan. Hanya pandangan yang da'if daripada saya. Segala khilaf harap dimaafi.
p/s: Saya rasa ade je yang hanya melihat tapi segan or taknak or takut bantu komen ni, come on la. be open. Kita bantu rakan sekuliah kita ni. Ust A***, apa pandangan Ustaz?"

*****

Nah, terima kasih banyak banyak R***! Kerana apa, kesemua yang diperkatakan oleh R*** ni adalah idea idea yang terangka di fikiran saya sejak dari awal membaca post ni. Cuma ada lah sikit sikit tokok tambah oleh beliau. Kawan kawan, memang dari awal saya berfikiran, apa kata dengar dari dua dua belah pihak? Barulah adil lagi saksama. Betul tak? Dan ada tambahan sikit pasal perempuan perempuan bertudung labuh yang suka cakap pasal lelaki berulang ulang ni, saya suka nak memetik kata kata Hilal Asyraf ni, "Sejak bila seseorang itu bila dia jadi pelajar sekolah agama, dia ikut usrah, dia pernah berdakwah ajak orang buat baik, dia keluaran Al-Azhar ke hapa ke, bila jadi maksum? Sejak bila pula, manusia-manusia ni, bila buat dosa, dibolehkan kita membiarkan mereka?"

Ok lah sahabat sahabat superb semua, rasanya cukuplah setakat ni. Pesanan saya untuk sahabat sahabat semua dan untuk diri saya juga, ambil iktibar dari apa yang sahabat sahabat semua baca ni. Sangat banyak pengajaran, isu akhir zaman yang takkan ada penyelesaian. Akhir kata, selamat beramal. Ayuh jadi superb! ^^



Mumtaz for Ummah. Mari Jadi Hamba Superb! ^^

No comments:

Post a Comment