Pages

Wednesday, June 20, 2012

Aurat Saya Milik Saya


...............................................................................
In the Name of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful
Praise be to Allah, Lord of the Worlds
Any kind of language coming from Him
................................................................................


Maaf kerana post saya yang lepas tergendala (ada kesilapan teknikal sikit)...
Dalam previous post, saya ada berkongsi tentang seorang wanita berbangsa Cina yg menyoalkan tentang kenapa ada sesetengah wanita Melayu yang memakai tudung dan ada juga yang sebaliknya? Katanya kalau dah melayu pasti Islam. Itulah pandangannya terhadap orang melayu, tetapi kenapa tidak mengamalkan Islam?

Saya nak share beberapa "Typical Excuses" dari wanita yang masih tidak bertudung. Saya dapat senaraikan lebih kurang dalam 15 common excuses:
  1. 'I dont feel beautiful'
  2. 'I still too young'
  3. 'I am not ready yet'
  4. 'Nobody would want to marry me'
  5. 'I need to live my life to the fullest'
  6. 'Not stylish enough'
  7. 'My friends will judge me'
  8. 'Gonna look old'
  9. 'Nobody will respect me, not up to date'
  10. 'They'll call me terrorist'
  11. 'Feel too hot'
  12. 'But modesty begins from within'
  13. 'Hijab is not practical today'
  14. 'They won't allow me wear it where I work'
  15. 'It's hard to wear it' 

Masya-Allah, begitu mudah jawapannya. Kenapa perlu rasa tak cantik? Sedangkan kecantikan seorang muslimah itu terserlah daripada akhlaknya iaitu budi bukan body. Akhlak itu adalah peribadinya. Apabila peribadi terjaga, terserlahlah kecantikan luarannya.

"Seindah hiasan dunia adalah wanita solehah"

Mencantikkan diri dan ingin kelihatan cantik yang tidak berasaskan iman dan syariat akan merosakkan diri kita dan juga orang lain. Bukan ke semua wanita inginkan truly beauty? Eternally? Bayangkan betapa ramai lelaki terseksa melihat wanita seksi. Hati mereka dicemari oleh aurat wanita yang terdedah dan diperaga. Kasihanilah kaum Adam. Wanita solehah itu tidak memandang dan tidak dipandang.

'Bidadari syurga itu wanita solehah'


Betul ke tak cukup bergaya kalau memakai hijab?
Cuba perhatikan gambar di atas ni. Cantik bukan? Dan sangat bergaya. Menepati syariat dan terpelihara. Kadang kadang kita yang menyempitkan fikiran kita bahawa dengan bertudung itu, nampak old fashion.

"Innallahha jamil wa yuhibbu jamal"
- sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.

Jadi tidak salah untuk kita kelihatan cantik kerana ia merupakan satu fitrah manusia tetapi mestilah menepati syariat Islam iaitu menutup aurat dengan sempurna. InshaAllah, kita cuba perlahan-lahan ye. Perubahan itu memerlukan kesabaran dan kekuatan.


"Dan Allah menciptakan apa yang dirancangkan berlaku, Dia jugalah yang memilih (daripada makhluknya untuk tugas dan keutamaan dan kemuliaan), tidak layaklah dan tidak berhak sesiapa memilih selain dari pilihanNya" (al-Qasas:38)

Kalau kita nak cakap pakai tudung ni panas, api neraka lagi panas. Adakah sudah betul betul sedia untuk hadapi nya di akhirat kelak? Tepuk dada tanya iman. Ada juga yang cakap tak bersedia. Kita nak tunggu sampai bila? Sedangkan kematian itu sendiri tidak menunggu kita. Allah akan ambil nyawa kita pada bila bila masa. Petunjuk Allah itu perlu dicari, bukan tunggu sehingga hidayah itu sampai. Jika kita inginkan kebahagiaan duniawi dan ukhrawi, kitalah yang perlu bangun dan cari.


Siapa kata wanita berhijab tidak ada jodoh? Kan janji Allah wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik. Wanita sekalian, janganlah kita risaukan kehadiran jodoh. Tetapi fikirkanlah untuk memelihara diri kita agar menjadi wanita solehah agar peroleh bakal pemimpin yang soleh, yang bakal bimbing kita, pelihara diri kita dan berkasih sayang kerana Allah.


Pernah saya dengar suara suara yang mengatakan "Walaupun saya tak bertudung tapi hati saya baik, tak pernah mengumpat".

Hmm, alangkah baiknya wanita baik seperti ini memilih untuk memakai pakaian yang baik iaitu menutup aurat, dan menjadi wanita yang benar benar baik serta memberi kebaikan kepada orang lain. Subhanallah.

Siapa ingin menjadi bidadari syurga? Jom sama-sama kita menjadi wanita solehah. Wanita Islam berbangga dengan identiti yang telah ditentukan Allah, bukan menolak takdir ini kerana pasti ada hikmahnya. Jadi buktikanlah rasa bangga itu dengan tampil yakin menutup aurat (bukan riak dgn penampilan ye)

"Bila tutup aurat, sejahtera dunia akhirat"

Allahu'alam.

HARGAILAH DIRI ANDA SEBAGAI MUSLIMAH! ^^



Mumtaz for Ummah. Mari Jadi Hamba Superb! ^^

No comments:

Post a Comment