Wednesday, June 20, 2012

Siapakah Orang Pelik Pada Akhir Zaman?


...............................................................................
In the Name of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful
Praise be to Allah, Lord of the Worlds
Any kind of language coming from Him
................................................................................



Pembaca superb yang dirahmati Allah sekalian, jom sama sama kita muhasabah diri. Cuba baca artikel kat bawah ni (copy paste) je, tapi sangat menyentuh hati, diri dan iman.

*****

"Kak, kenapa dalam kelas saya seorang sahaja memakai tudung?"

"Aku bukan tak nak ikut kawan-kawan pergi tengok perlawanan bola sepak, sedangkan aku sentiasa bangun lewat untuk ikut serta solat suboh berjemaah"

"Ana bukan orang pelik jika ana memakai stokin ketika keluar rumah. Dan ana bukan seorang yang aneh jika ana seorang memakai tudung labuh walaupun bersiar-siar. Ana bukan segan dengan manusia tapi ana segan dengan Allah.

MANUSIA PELIK

Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda bermaksud : “Islam itu bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang ganjil (kerana Islamnya mereka)” (Hadith Riwayat Muslim)

Islam bermula dengan keadaan asing di mana ketika Nabi Muhammad SAW menyampaikan ajarannya, tiada manusia pun yang mengetahui mengenai Islam sehinggalah berkembangnya Islam, namun Islam dapat disebarkan sehingga ke hari ini sekalipun di dalam keadaan asing.

Benarlah. Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap asing (aneh) dan akan datang kembali asing. Namun berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing (pelik) itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan pengrusakan.” (HR. Muslim)

Orang asing sering diertikan sebagai suatu golongan yang tidak mengikut perkembangan dunia sekitar, meskipun sikap yang diambil itu adalah benar. Hanya kerana tidak ingin dianggap sebagai seseorang yang asing, maka seseorang itupun akan berusaha beradaptasi dengan dunia sekitarnya meskipun dengan cara yang tidak dibenarkan oleh agama. Padahal menjadi asing (pelik) di mata orang lain tidak menurunkan tingkat darjat seseorang di hadapan Allah SWT. Oleh kerana itu, beradaptasilah dengan cara-cara yang dibenarkan oleh syariat Islam yang sesuai dengan tuntunan Rasulullah SAW.

NASIB AGAMA ISLAM

Namun, tidak mustahil Islam dipandang asing semula satu ketika nanti jika kita melihat kepada realiti semasa hari ini. Malah Islam sudah pun dilihat asing. Ajaran Islam yang telah berjaya masuk keseluruh pelusuk kini dipandang sepi dan terlalu pelik untuk diamalkan sistemnya.

Masih ramai di kalangan kita yang tidak mengamalkan Islam secara sempurna. Anak-anak masih lagi dididik dengan budaya Barat, solat tidak ditunaikan dengan secukupnya, kehidupan seharian masih dilingkungi dengan ajaran yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam. Apabila dilaksanakan hukum dan sistem Islam dunia memandang ianya tidak releven lagi untuk diamalkan. Inilah nasib Islam kini.

Bilakah kita ingin berubah? Apakah apabila tiba masanya Islam sudah tidak dikenali? Ubahlah selagi ada peluang dan ruang. Biar kita dianggap asing disebabkan kekuatan Islam yang dipegang.

MENENTANG KEBATILAN

Sikap yang tegas seorang muslim dalam melawan kebatilan tentunya akan membawa dampak positif terhadap dirinya dan lingkungan sekitarnya, meskipun dengan cara itu kita sebagai seorang muslim akan diperlakukan dan dianggap sebagai seseorang yang asing. Tetapi tentunya dibalik semua keadaan itu ada hikmah yang terkandung dan memiliki jauh lebih banyak nilai positif dibandingkan hanya sekedar dipandang umum oleh masyarakat sekitar.

Kehidupan di dunia ini hanyalah bersifat sementara, hanyalah merupakan sebagian kecil dari kehidupan abadi yang akan kita jalani kelak. Untuk itu, gunakanlah kesempatan yang sangat singkat ini untuk menentukan apakah kita merupakan sebahagian daripada kaum yang terpilih atau kita merupakan sebahagian yang terbuang. Di sini pula kita akan menempatkan diri kita sebagai orang asing, atau sebagai orang yang tergolong extra ordinary (mengikuti arus) terhadap dunia sekitar.

Bukankah Rasulullah SAW telah mengatakan bahawa “Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka orang tersebut merupakan bagian dari kaum tersebut”. Oleh kerana itu, sudah saatnya kita menentukan apakah kita sebagai seorang muslim merupakan sebahagian daripada kaum yang terpilih atau sebahagian daripada kaum yang kufur (terbuang).

Bersikaplah sebagai seorang muslim, dan matilah sebagai seorang muslim Jangan malu, jangan pernah merasa rendah diri dan jangan sesekali menukar penampilan diri hanya kerana mengikut fesyen semasa dan digelar up-to-date person.

Mungkin kita ada sedikit kesal dengan mentaliti masyarakat sedemikian, jelas sungguh apa yang dalam benaknya hanyalah keduniaan, pangkat dan glamour. Tidak terfikir olehnya kalau ada seseorang ber"zuhud" dan tawadhu' kerana Allah dan mencapai redha Allah walau tidak peroleh nama mahupun pujian. Mungkin agaknya terlalu pelik di zaman ini?

Mari sama-sama kita berusaha mencapainya, menjadi orang pelik di akhir zaman!

*****

#Sebahagian dari artikel ini ana post di facebook. Sangat terharu bila non-muslim pun 'like'. Ayuh jadi pelik di akhir zaman wahai bakal jenazah dan calon syurga sekalian! ^^



Mumtaz for Ummah. Mari Jadi Hamba Superb! ^^

No comments:

Post a Comment