Pages

Tuesday, June 19, 2012

Cinta dan Agama (Part 2)


...............................................................................
In the Name of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful
Praise be to Allah, Lord of the Worlds
Any kind of language coming from Him
................................................................................

Alhamdulillah hari ini Allah masih memberi kita nafas untuk terus hidup. Pastikan setiap nafas kita dikira oleh Allah (ibadah setiap masa), inshaAllah.

Hmm, apa khabar sahabat-sahabat seperjuangan sekalian? Harap sihat sentiasa. Moga kesihatan kita yang baik ini memudahkan kita untuk meningkatkan prestasi ibadah kita pada Allah. Ok? ^^

Jadikan hari ini lebih baik dari semalam! ^^

Baiklah, dengan keizinanNya, saya akan menyambung beberapa perkongsian saya dalam tajuk yang lepas iaitu "Cinta dan Agama (Part 1). Dikesempatan ini, suka saya ingin bertanya kepada anda semua bagaimana dengan pengisian pada tajuk yang lepas? Kepada adik-adik, boleh faham? Kalau ada apa-apa persoalan yang kurang jelas, boleh bertanya terus kepada ustaz ustazah berdekatan atau comment di bawah. Hmm, lagi satu kalau ada sesiapa yang nak beri pandangan, sangat dialu-alukan. Sharing Is Caring tau! ^^


Pembacaan hasil dari tulisan Ustazah Nurul Akma dalam majalah Muslimah yang kini memegang jawatan sebagai pensyarah di Jabatan Syariah (KIAS), remaja yang mengalami atau mencapai umur akil baligh, akan mengalami perubahan yang drastik dalam dirinya. Antaranya perubahan fizikal, hormon, pemikiran, perasaan dan psikologi. Bagi remaja yang sedang mengalami perubahan ini sangat memerlukan dorongan dan bimbingan ibu bapa mereka. Kepada adik-adik khususnya, inilah masanya untuk mendampingi umi abi untuk bertanyakan hal-hal berkaitan terutamanya dalam hal agama. Janganlah tunggu sehingga nasi menjadi bubur kerana ada sesetengah remaja yang membuat keputusan sendiri atau mengikut kata kawan akhirnya memakan diri sendiri.

Menjadi fitrah manusia memiliki perasaan suka berlainan jantina. Jika ada yang menyangkal, itu tak normal namanya. Allah yang Maha Pengasih mengurniakan rasa sayang dan kasih dalam diri hambaNya agar saling mengasihi. Sebagai contoh, ibu mengasihi anaknya, mengasihi anak-anak yatim dan kasih antara lelaki dan wanita.


Baiklah, terus-terang tidak menjadi masalah jika perempuan punya perasaan tertarik pada lelaki atau seorang lelaki meminati seorang perempuan. Mestilah, itukan fitrah... Namun jangan ikutkan perasaan malah didik perasaan kita. Bagaimana? Pastilah dengan iman di dada. Ikat nafsu kita ketat-ketat dan pelihara dengan iman. Hanya iman yang dapat selamatkan kita dari pengaruh nafsu. Pandangan saya mudah saja, di sini ada beberapa cara bagaimana nak mantapkan iman dan  mengekalkan hidayah Allah. Pertama, jangan bimbang pandangan orang terhadap diri kita. Kedua, istiqamahlah dalam apa jua ibadah yang kita lakukan. Ketiga, keraplah beristighfar dan taubat kerana hati kita akan lebih tenang dan sedar dengan kesilapan yang kita lakukan. Keempat, amalan kita perlu berterusan dan sentiasa upgrade supaya dapat A+ di sisi Allah. Kelima, sebarkan kebaikan seperti konsep amal ma'ruf nahi mungkar.

Ye sahabat, jom kita sebarkan kebaikan dan kelembutan kita pada yang memerlukan dengan kasih sayang bukan dengan kekasaran dan merendahkan yang lain. Seterusnya carilah sahabat yang solehah dan soleh. Pilihlah sahabat yang always remind kita pada arah kebaikan, ok? InshaAllah, setiap kebaikan kita akan dihitung Allah Al-Hasib walaupun sebesar biji sawi. Ya, mungkin bagi sesetengah remaja bukan senang nak buat macam tu tapi tiada alasan untuk mengelak. Kalau kita sayangkan Allah kenapa perlu putus asa? Takkan senang-senang kita nak bagi nafsu tawan diri kita. Cepat bangun dan kembali lawan dengan iman.


InshaALLAH, dengan mujahadah kita itu Allah pasti permudahkan.

Selain itu, untuk kukuhkan iman kita perlu banyak mengingati Allah. Dengan membaca al-Quran dan ayat-ayat mathurat kita pasti akan sentiasa mengingati Allah. Selain itu, cuba renungkan penciptaan di muka bumi ini? Subhanallah, sangat menginsafkan diri yang kerdil ini. Seperti kata Imam Muda Asyraf, kalau kita dok fikirkan pasangan kita mestilah kita akan fikirkan perkara yang mendekatkan zina, cuba buat aktiviti yang mengisi masa lapang. Sebagai contoh pergi main basikal, takkan nak berzina dengan basikal pula. Maksudnya kita perlu bijak mengisi masa lapang dan menggunakan nikmat yang Allah beri dengan sentiasa mengingatiNya. Sekaligus menjadikannya sebagai ibadah dengan niat fillah, kan dah dapat pahala. Mudahnya Islam... ^^

Kepada sahabat atau adik-adik yang sudah terlanjur, tidak kira apa jua kesilapan yang pernah dilakukan, ingatlah Allah sentiasa memberi peluang kepada hambanya untuk berubah dan memperbaiki kesilapan lalu."Allahhumma hasibni hisabaiyyasiraa" moga Allah menghitung dengan perhitungan yang ringan terhadap dosa yang kita lakukan. Sebagai manusia kita sentiasa melakukan kesilapan dan keterlanjuran yang menggugat keimanan terhadap Allah swt. Sebab itulah Rasulullah saw mengajarkan kepada kita agar sentiasa istighfar dan mohon keampunan kepadaNya.



Dalam hadis Baginda saw ada bersabda, "kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka lalu bertanya salah seorang daripada mereka:mengapa terjadi demikian, adakah kerana berzina atau membunuh atau kafir, ya Rasulullah?" Baginda menjawab, "Tidak, kerana kebanyakan mereka itu menggunakan lidah untuk menyakitkan hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang diberi." (HR MUSLIM)

Muslimah pilihan Allah, syukurilah nikmat yang diberi Allah. Berbanggalah menjadi seorang wanita Islam. Kita sangat beruntung kerana telah dilahirkan sebagai seorang Muslim. Lihat saja orang yang lahirnya dari perut seorang ibu yang bukan Islam, mereka dibesarkan tanpa mengenali penciptanya, iaitu Allah. Namun kita? Subhanallah, bukankah itu tandanya Allah menyayangi kita? Allah telah memilih kita untuk membesar dan dibesarkan dalam keluarga Islam yang dari kecil diberi didikan mengenaliNya.

                         

"Nabi saw mewasiatkan doa ini kepada Muaz r.a agar membacanya setiap kali selepas solat: "Ya Allah tolonglah aku agar dapat berzikir kepadaMu (ingatkanMu), bersyukur padaMu dan memperelokkan ibadah kepadaMu"

Ada yang pernah bertanya, "Bagaimana kalau saya dah pernah bercouple dan putus banyak kali? Mesti saya dah tak layak untuk lelaki yang betul-betul tak pernah couple. Sebab saya pun menginginkan cinta yang diredhai Allah?"
"Saya dah serik dengan lelaki. Semua tak jujur, habis madu sepah dibuang."
"Lebih baik saya putus kalau dia tak faham saya. Semua yang saya buat tak kena, nak bercakap dengan lelaki lain pun jealous."
"Kadang-kadang saya rasa bosanlah kalau couple ni. Semua lelaki sama je!"
"Macam mana nak dapat lelaki soleh? Macam dah takda lagi je zaman sekarang. Kalau ada pun ustaz."


Saudari yang disayangi Allah dan harapan agama, ingatlah bahawa kita perlu sentiasa berharap pada Allah dan berbaik sangka padaNya. Kita tak boleh mengeluh dengan ujian Allah dan berputus asa untuk membaiki diri. Tidak ada sesiapa yang lebih baik disisi Allah melainkan taqwa dihatinya. Macam mana nak jadi baik di sisi Allah. Cuba kalian baca previous update, bagaimana nak tingkatkan cinta pada Allah dan menjadi mujahadah agama?

Kita adalah harapan agama kerana wanita memberi kesan yang sangat besar dalam hidup seorang lelaki. Betul tak para muslimin (kalau anda seorang lelaki)? Maaf kalau ada yang tak bersetuju, ini pandangan saya. Hematnya, dalam kehidupan seorang lelaki pasti ada seorang wanita (suami isteri). Tanpa wanita pasti hidup seorang lelaki itu tidak sempurna kerana fitrahnya Allah mencipta kita untuk hidup berpasang-pasangan. Okay, bayangkan kalau seorang lelaki yang hidup membujang dan bekerja. Bila dia balik rumah, dialah yang kemas rumah, masak sendiri, cuci baju sendiri dan menghadapi hari-harinya seorang diri. Sangat hambar, bukan? Berlainan pula lelaki yang beristeri, balik rumah isteri sambut, berikan minuman dan meyediakan masakan yang sedap-sedap. Saling membantu dan bertukar pandangan. Lebih-lebih lagi apabila hadirnya cahaya mata sebagai penyeri hidup. Allah, sangat indah kehidupan ini. Oleh itu, kita memainkan peranan yang sangat penting sebagai harapan agama, agar dapat menjadi wanita solehah dan melahirkan pejuang-pejuang agama yang soleh berdampingkan seorang suami yang soleh. Haa, bukankah pentingnya KITA (wanita)?


Cuba bayangkan kalau ada seorang wanita berpakaian seksi lalu dihadapan sekumpulan lelaki, pasti banyak mata yang akan memandang ke arahnya. Kalau ada yang menundukkan pandangan dan istighfar, saya sangat kagum pada lelaki ini. Saudari, bila kita tidak menutup aurat, dosa kita akan melipat ganda daripada lelaki yang memandang. Kasihanilah para lelaki, dengan melihat aurat kita dia dah dapat dosa. Tak kesian ke kita tengok mereka terseksa melihat aurat kita? Bukan itu saja, kita pun dapat dosa++. Hmm, kata sayang Allah. Bila sayang Allah, mesti sayang Nabi saw, sayang agama dan diri sendiri. Justeru, patuhilah tuntutan Islam. Ada sesetengahnya berpandangan bukan kehendak mereka, tapi si perempuan yang dedahkan. Sekali pandang rezeki, dua kali pandang dosa. Nabi saw bersabda,"tiada seorang muslim yang melihat wanita lalu dia memejamkan matanya, melainkan Allah akan memeberikan padanya rasa lazat dalam beribadah di hatinya." (HR AHMAD)



Wanita, jadilah seperti bunga Mawar, mekar sangat cantik dengan kelembutannya dan tenang mata yang memandang. Namun dalam kelembutan ada ketegasan, seperti mawar itu berduri. Bukan mudah untuk disentuh tapi sangat berhati-hati.


Saudari yang dikasihi Allah, andai anda adalah sekuntum mawar yang pada mulanya sangat mekar. Tiba-tiba datang seorang lelaki dalam hidup anda dan kalian memulakan perhubungan tanpa batasan. Satu demi satu kelopak mawar akan gugur (andaikan itu maruah dan kesucian). Kerana kelopak itulah hasilnya satu mawar yang mekar, kalau gugur satu persatu pasti hilang serinya. Kemudian lelaki itu dapat mendengar kelunakkan suara kita di waktu malam, kelopak itu semakin banyak yang gugur. Esoknya kalian bertemu dan saling berpegang tangan. MasyaAllah, akhirnya hilang semua kelopak bunga mawar itu.Tinggallah batang yang hanya tunggu untuk mati dengan duri yang nampak begitu kasar dan buruk pada batang mawar itu tadi. Pasti tiada siapa yang berminat pada batang mawar yang tidak berbunga. Betul tak?



Kenapa begitu kejam terhadap diri kita. Kesucian itukan milik kita yang dianugerah Allah? Tak mungkin dibiar hilang begitu mudah. Muslimat, bangun!

Berbalik pada beberapa soalan yang pernah ditanya, berkaitan dengan anda yang sedang dalam perhubungan. InshaAllah, saya akan cuba mebantu, namun maaf kerana saya juga manusia biasa. Tak lari dari kesilapan. Atas permintaan beberapa sahabat yang memerlukan dorongan, inshaAllah, berbekalkan dengan sedikit ilmu ini akan cuba saya bantu sebagai perkongsian dan nasihat. Untuk selanjutnya andalah yang menentukan. Hanya diri anda sendiri yang mampu memberi perubahan dalam hidup anda. Segalanya adalah bergantung pada diri anda, dan kita sebagai seorang wanita. Jika seorang lelaki mengajak kita untuk satu date, kita juga yang decide nak pergi atau tak. Kalau kita kata ya, bersetuju untuk pergi itu silap kita. Dengan mengelak, pasti dapat cegah maksiat. Lagi sebagai contoh, seorang lelaki call anda pada tengah malam pukul 2-3 pagi. Nak jawab atau tak? Kalau kita jawab call, kita melayan perkara yang membawa kepada zina hati, itu silap kita juga. Jika anda dalam percintaan, sabar dan sabar. Cuba elak perlahan-lahan. Mungkin dulu anda melayan dan mengikut rentak pasangan anda tapi sekarang cuba baiki. Dalam Quran juga Allah berpesan, "la taqrabu zina"...jangan mendekati zina.


Pelihara hubungan dengan Allah dan pelihara hubungan dengan manusia. Ya, saya faham bukan mudah bagi seseorang untuk berubah dan terima kenyataan tentang silapnya perbuatan diri kita sendiri. Dalam diri manusia itu ada egonya. Namun, percaya pada diri dan perjalanan bakal datang. Allah Maha Mengetahui segalanya. Jika pasangan anda minta putus kerana perubahan yang anda lakukan itu, lagi bagus. Kenapa saya berkata demikian? Kerana kalau dia putus demi perubahan anda pada yang lebih baik, iaitu mengikuti hukum Allah sudah tentu dia bukan lelaki yang baik untuk anda kerana dia tidak mahu turut berubah. Berpasangan tanpa ikatan yang halal itukan haram. Jadi kenapa nak nafikan hukum Allah. Lagipun adakah anda ingin lelaki seperti ini untuk dijadikan teman hidup? Yang menolak hukumNya. Adakah dia mampu memimpin anda dan anak-anak anda kelak?


Percayalah, Allah akan beri yang lebih baik untuk anda. Namun, kalau keputusannya dia mahu setia, kalian perlu jaga batasan dan kurangkan perkara atau kesilapan yang pernah kalian lakukan. Kalau kerap jumpa, sekarang kurangkan. Kalau kerap berhubung dengan fon, kurangkan. Kalau dulu selalu date pegang tangan, sekarang kurangkan. Saya yakin bahawa kita semua sudah jelas tentang muamalat antara muslim dan muslimat, jadi cuba KURANGkan apa kesilapan yang pernah dilakukan dalam bersama dengan pasangan anda. Hmm, pasti ada yang tertanya-tanya kenapa saya kata "kurangkan"? Kenapa tak cakap tak saja atau langsung tak boleh? Sebab saya percaya kenyataan ini sukar untuk diterima untuk yang baru ingin berubah. Lagipun anda pasti tidak mahu ada yang memaksa kerana ini akan membuatkan pemberontakan yang lebih dahsyat. Lebih-lebih lagi kepada adik-adik yang sedang meningkat remaja... Ya, saya faham situasi yang anda sedang alami, tapi ikhlaskanlah hatimu, lembutkanlah hatimu dan percayalah anda mampu mengubahnya. Peliharalah dirimu kerana KAMU BEGITU BERHARGA.

Paling penting pastikan niat anda adalah ikhlas kerana Allah. Niat anda yang ingin berubah itu pun sudah baik disisi Allah. Tapi janganlah anda tunggu hidayah Allah itu sampai kerana hidayah tak boleh tungu-tunggu sebaliknya kita perlu cari hidayah Allah, "those who struggle in Allah's way, the doors of Allah will open in their way"... dan pastikan anda perlu kurangkan setiap kesilapan anda agar lama-kelamaan anda akan terus "tak". Maksudnya "tak ingin melakukannya" kerana lama-lama anda akan sedar itu kesilapan dan Allah murka dengan yang melanggar perintahNya. Cuba perlahan-lahan dan pastikan dari "kurangkan" terus menjadi "tidak melakukan". Hayatilah firman Allah ini, "dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kita berjanji..." (surah an-Nahl:91)

Setiap hari kita berjanji dengan Allah,"sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah." Jadi, tunaikanlah janji kita itu dengan penuh amanah tanpa berdolak-dalih. InshaAllah.


Zina hati ini tidak ada sesiapa dapat menyangkanya melainkan diri kita sendiri. Kerana hanya kita seorang yang merasai selain Allah swt. Maka perkara seperti ini adalah AMANAH. Amanah antara kita dan Allah. Satu cabaran yang sangat besar buat seorang aktivis dakwah, termasuklah diri saya sendiri. "Sumpahan" ini tidak mengenal sasarannya, jadi saya turut mengingatkan diri saya dan sahabat bahawa ketika Allah menceritakan tentang Zulaikha dan Nabi Yusuf sebenarnya Allah mahu berbicara tentang kita dan hakikat nafsu dalam diri yang sentiasa dalam persimpangan. Pilihlah jalan Yusuf...


InshaAllah mari kita mulakan dari sekarang untuk menjadi muslimah kekasih Allah. Praktikkan konsep Allah sentiasa melihat, mendengar dan mengetahui segala isi hati kita. Subhanallah, bayangkan jika kita semua umat Islam mempraktikkannya pasti kemungkaran tidak berani dilakukan.

Selamat beramal! ^^

Renungan bersama. :)


Mumtaz for Ummah. Mari Jadi Hamba Superb! ^^

2 comments: