Pages

Sunday, June 17, 2012

Cinta dan Agama (Part 1)


...............................................................................
In the Name of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful
Praise be to Allah, Lord of the Worlds
Any kind of language coming from Him
................................................................................

Apa khabar pembaca yang disayangi Allah sekalian? Moga kalian sihat sejahtera hendakNya. InshaALLAH, dengan keizinanNya, kesihatan ini mampu untuk mempertingkatkan ibadah kita setiap masa untukNya. Oh ye, bagaimana dengan iman kalian semua? Masih mengalir laju seperti sungai yang deras tanpa halangan? Atau sesak seperti kereta di tengah jalan? Hmm,tepuk dada tanya iman :) Bukan tanya selera ye, kalau kita ikutkan selera maka kita menuruti kehendak nafsu. Dan nafsu itu pula adalah penurut syaitan. Syaitan ini pula adalah penggoda yang baik untuk membawa kita bersama ke neraka. Wanauzubillah...jadi mana satu pilihan kita?


Baiklah, pertama sekali tajuk saya hari ini ialah berkaitan cinta. Sabar, jangan terlalu terburu-buru mentafsir soal ini. Tajuk cinta ini bukanlah cinta dunia semata-mata tetapi juga berkaitan cinta ukhrawi. Kepada adik-adik yang bertanya, maaf kerana saya lambat sikit update blog ni. Banyak kesulitan sikit akhir-akhir ini. Maaf juga kepada sesiapa yang emailnya tak sempat saya reply, dan mohon untuk link tak dapat saya penuhi permintaan kalian kerana beberapa sebab peribadi. Dengan itu saya berharap agar perkongsian kali ini dapat menjelaskan pertanyaan kalian dan permintaan kalian terhadap pandangan saya. Insha Allah, saya akan kongsikan sedikit ilmu yang diperoleh. Malu untuk saya beri lebih-lebih kerana saya juga manusia biasa, banyak kelemahan. Begitu juga saya bukanlah ustazah bertauliah seperti Fatimah Syarha sebagai contoh. Lebih-lebih lagi saya pun masih belajar seperti kalian semua.

Apa yang anda faham berkaitan Cinta?

"bestnya bercinta, ade orang care pasal kita.."
"hidup sekali je, enjoyla..."
" nothing more than miss you so bad..."
"tak remaja la kalau tak bercinta..."
"apa la you ni, come on la. dunia dah maju...kerek sangat kalau takda couple!"

Hmm, inilah antara jawapan yang biasa kita dengar dari mulut remaja-remaja hari ini. Sangat berani dan begitu mudah mereka memberi jawapan. Adik-adik, sedarlah bahawa kita berpijak pada bumi nyata. Segala milik kita adalah milik Allah yang Maha Besar. Adakah kita sudah cukup amal di dunia ini hingga berani melanggar peraturanNya? Adakah rezeki, makanan, minuman yang setiap hari kita perlukan hari-hari, milik kita? Dari mana datangnya? Paling penting, cuba fikirkan nafas dan degupan jantung ini hak siapa sebenarnya? Astaghfirullah.

Senang kata, apabila bercakap soal cinta, cinta itu adalah sesuatu nilai yang amat penting dalam hidup kita. Dengan cinta, hidup kita akan mencapai tahap kebahagiaan yang tidak dapat dilafazkan dengan kata-kata. Itulah panahan cinta. Dengan cinta hidup kita ibarat pelangi yang sentiasa menghiasi hidup kita seceria mungkin. Hanya senyuman di bibir akan terukir setiap masa jika cinta wujud dalam hati setiap manusia. Cinta itu berkait rapat antara hidup dan mati seseorang hambaNya. Justeru, hanya cinta yang hakiki, abadi dan suci adalah nikmat cinta terbesar anugerahNya kepada hambaNya.


Pembaca, adik-adik yang disayangi kerana Allah sekalian, menurut hadis Nabi, orang yang sedang jatuh cinta itu cenderung dan selalu mengingati serta menyebut orang yang dicintanya (man ahabba syai'an katsura dzikruhu). Bagi hamba yang mencintai penciptanya iaitu Allah swt, dia pasti lebih suka berbicara padaNya, meluangkan masa susah senang hanya padaNya dalam i'tikaf. Malahan segala perintah Allah akan menjadi yang utama untuknya kerana cintanya pada Allah swt melebihi segalanya. Inilah yang dinamakan "Mahabbatullah". :)

"Allah merasa kagum kepada pemuda yang tiada padanya (sobwah), rindu yang cenderung kepada kebodohan". (HR AHMAD)

Cinta sobwah ialah cinta buta yang mendorong seseorang cenderung kepada melakukan tanpa memikirkan kesannya. Quran menyebut term ini ketika menceritakan kisah Nabi Yusuf berdoa agar berjauhan daripada Zulaikha yang setiap hari menggodanya kerana jika tidak lama-kelamaan Yusuf bimbang tergelincir juga dalam perbuatan bodoh.


"wa illa tashrif'anni kaidahunna ashbu ilaihinna wa akun min al jhilin". (12:33)

Cinta syauq (rindu) yang ditafsir dari ayat Quran dalam Surah al-Ankabut ayat 5 dikatakan bahawa barang siapa rindu berjumpa dengan Allah, pasti waktunya akan tiba. Kalimat rindu ini sering kali diungkapkan dalam doa mathur dari hadis riwayat Ahmad;


"wa as'aluka ladzzata an nadzori ila wajhika wa as syauqaila liqa'ika". "Aku mohon dapat merasakan nikmatnya memandang wajahMu dan nikmatnya kerinduan berjumpa denganMu".

Baiklah, kepada sahabat dan adik-adik yang ada bertanyakan saya berkenaan cinta sesama manusia, soalan kalian akan cuba saya perjelaskan. Namun saya nak tegaskan di sini pandangan saya atau penjelasan saya di sini lebih tertumpu sebagai pendapat dan nasihat dari seorang sahabat atau kakak kepada adiknya demi kebaikan semua. InshaALLAH. Jika bertanyakan soal hukum, saya juga masih belajar. Lagipun sudah ramai alim ulama', ustaz dan ustazah di luar sana yang mengingatkan kita bahawa hukum bercouple itu haram di sisi Islam. Walaubagaimanapun, pandangan saya bukanlah mengikut nafsu dan akal fikiran semata-mata tetapi suatu kepastian Quran dan Hadis panduan diri yang sentiasa disisi.

                              


Sabda Rasulullah saw;

"Allah yang Maha Agung berjumpa denganku (dalam tidurku) lalu berfirman, "Wahai Muhammad katakanlah, 'Ya Allah aku mohon kepadaMu untuk mencintaiMu, mencintai sesiapa yang mencintaiMu, serta perbuatan yang menghantakan aku untuk mencintaiMu".

Tidak ada yang boleh untuk hidup berpasangan tanpa mengikat apa-apa hubungan yang sah, iaitu halal di sisi Islam. Sedangkan dalam Quran sendiri Allah kan dah berfirman, "la taqrabuzina" (jangan dekati zina). Kenapa Allah berkata demikian ye adik-adik? Kerana hati kita ini mudah dipengaruhi nafsu jahat dan akan membawa kita ke arah yang tidak baik, iaitu maksiat. Subhanallah, Allah begitu menyayangi kita hingga memimpin kita untuk menjauhi zina agar hati kita tidak kotor dicemari perkara lagha.

Selain itu, Abu Hurairah ada berkata, Rasulullah saw pernah bersabda;


"Setiap bani Adam memiliki peluang untuk berzina, kedua mata itu berzina dan zinanya adalah melihat, kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan, mulut juga turut berzina dan zinanya adalah mencium, dan hati itu juga berzina, zinanya adalah hawa nafsu dan angan-angan. Tetapi kemaluanlah yang akan membenarkan atau mengingkari perzinaaan itu". (HR AHMAD)

Nak dijadikan cerita, ketika saya menemani sahabat saya ke klinik sebab dia tak berapa sihat dalam beberapa bulan lepas, saya yang kebetulan menunggu sahabat saya tengah check doktor, sementara tu duduk dekat bahagian seat belakang sepasang remaja (couple). Tengok gaya macam baru berumur 20-an, wallahualam. Pada mulanya,saya pun relax je duduk belakang couple ni. Favourite saya kalau menunggu main 'puzzle words search'. Tapi tak lama lepas tu saya terpandanglah couple ni. Bukannya apa, sebabnya tiba-tiba si rijal (lelaki) ni menyandarkan kepala dia pada bahu ukhti ni. 'Hmm,suami isteri agaknya' (terdetik dalam hati saya). Tapi bak kata aunty saya pasangan suami isteri ni lain gayanya dari pasangan yang sakan bercinta....". Okay, takpa baik sangka, sure husband and wife ni..." (fikir saya). MasyaAllah, makin tak selesa sebab si lelaki ni lebih-lebih pula menggeserkan kepala dia pada bahagian bahu dan belakang si perempuan. "Ya Allah, apa dia buat ni? Lebih-lebih pula laki ni, kalau suami isteri pun jangan open sangat..aish tak bertempatnya." (cakap dalam hati, geram sikit). Keadaan lagilah buat saya tak senang duduk sebab pertama betul-betul buat depan saya. Kedua, selang dua seat sebelah saya ada atok tua ni pun menjeling-jeling ke arah mereka. Allah, parah betul ni. Saya pun buat-buat batuk dan kononnya sambung main puzzle, tapi makin 18sx pula couple depan ni. Okay, biar saya sajalah yang tahu apa berlaku seterusnya. After tu, saya terus bangun, istighfar dan tukar seat depan. (kisah benar ye, atas pengalaman sendiri dan tiada tokok tambah).

Pengajaran dari cerita dapatlah saya kaitkan dengan hadis Baginda saw seperti yang di atas. Perkongsian cerita ini bukanlah untu memalukan sesiapa tetapi niat untuk dijadikan pengajaran kepada kita semua. Andai mereka tu pasangan bukan pasangan suami isteri, benarlah kata-kata Baginda saw. Zina itu bermula dari yang ringan dan seterusnya menjadi besar. Untuk kali keduanya, 'jangan dekati zina'.


Sahabat yang saya kasihi, Allah melarang kita untuk hidup 'bercouple' sebelum menjadi yang halal kerana Allah telah menyediakan kita satu fitrah yang sangat istimewa untuk setiap hambaNya iaitu pernikahan. Kebanyakan soalan saya apabila diajukan kepada yang telah mendirikan mahligai Islami ini, jawapan pasangan ini adalah sungguh manis cinta yang halal ini. Segalanya menjadi ibadah. Apabila meraih redha umi abi, tidak tersisih redha Ilahi. Maka termeterailah satu janji hakiki iaitu cinta abadi sepasang suami isteri kerana Ilahi. Subhanallah, jika Allah dan Islam itu titik utama, pasti syurga menanti. Tidak mahukah kita merasai perasaan yang sama? Nikmatnya luar biasa. Jangan salah sangka ye, ini adalah berdasarkan beberapa pertanyaan dan pembacaan saya. Walaupun belum pernah merasai namun apabila melihat keindahan dan kebahagiaan pada wajah mereka saya turut mendapat tempiasnya.


InshaAllah saya akan sambung ye. :)

Jika ada terkasar bahasa, salah silap harap dapat dimaafkan. Syukran katsiran.

Salam sayang, :)


Mumtaz for Ummah. Mari Jadi Hamba Superb! ^^

No comments:

Post a Comment