Pages

Monday, October 14, 2013

Wa lirabbika Fasybir. Dan kerana Tuhan, Bersabarlah.


...............................................................................
In the Name of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful
Praise be to Allah, Lord of the Worlds
Any kind of language coming from Him
................................................................................

 Assalamualaikum

Hayyie everyone! Alhamdulillah atas kesempatan ini, Allah masih memberi nikmat masa dan pengalaman pada harini. Ye lah setiap hari adalah pengalaman hidup kita. Setiap detik dan saat. Pengalaman itu mungkin kita akan lupakan atau mungkin kita akan ingat sampai bila-bila. Biasanya pengalaman yang baik itu jangan pernah dilupakan bahkan jadikan pedoman. Untuk menjadi manusia yang baik dan bermanfaat. Maka marilah kita menjadi orang yang bermanfaat pada manusia lain. Kata Rasulullah, khairunnasi manyanfaunnasi. Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat pada manusia lain.

Saban hari kita semakin nampak bertambahnya manusia yang berubah menjadi lebih baik. Alhamdulillah. Tak kisahlah dari segi fizikal mahupun mental. Ada yang berjilbab,ada yang berhenti merokok dan sebagainya. So perubahan-perubahan ini adalah sangat membangga kan. Dalam masa yang sama juga,ada manusia yang memilih untuk tetap dalam zon selesa. Kita doakan saja. Baiklah, dalam kesedaran menjadi baik itu akan membawa kepada perkara baik. Pada manusia saja kah atau Tuhan yang mencipta Kebaikan itu sendiri? Dan adakah kita sudah mencapai piawaian disisi Allah?Terbaik dikalangan yang terbaik?

Pada zaman Rasulullah dulu, ramai sahabat Baginda berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik dan memilih jalan yang terbaik. Kerana Allah sangat suka kan hamba Nya yang terbaik dikalangan tebaik. Memilih jalan untuk mendekati Allah subhanu wa taala adalah jalan yang terbaik. Atas dasar Islam. Ye,iaitu syariat dan sunnah. Banyak pilihan dunia yang semakin mengaburi mata kita. Kadang-kadang menggunakan dasar Islam hanya pada nama untuk berselindung disebalik agenda manusiawi dan duniawi. Tapi kita masih belum cukup sedar untuk menyedari itu. Kan kan? Sama lah. Saya pun.  Dan siapa-siapa pun manusia di atas muka bumi ni. Sentiasa melakukan dosa tanpa segan silu. Allah malunya pada Tuhan,tak gitu?

Jangan menyesali dosa tanpa bertaubat. Dan fikirkan kembali mengapa kita boleh tersasar dari KehendakNya. Kadang-kadang kita tak pernah meminta untuk memilih atau menghadapi situasi yang mendesakkan yang membawa ke arah duniawi tapi permainan syaitan sangat licik. Kerana itulah, Allah meletakkan beberapa garis panduan di dalam ayat-ayat cintaNya. Seandainya kita lupa,ingatlah Dia. Seandainya kita tersasar,ingatlah Dia. Seandainya kita leka,iangatlah Dia. Dia ialah Maha segala Maha. Pencipta kepada segala ciptaan. Jadi jangan rasa putus asa untuk memilih jalan yang terbaik.

Mungkin ada sesetengah manusia memperlekehkan kita atau memutuskan harapan. Tak memberi dorongan langsung pada perubahan atau pilihan kita. La takhaf. Jangan takut. Allah sentiasa menghitung segala niat dan detik hati. Jadi percayalah pada diri dan kuatkan segala persedian. Jika kita pegang agama dengan baik Allah akan pegang kita berganda-ganda lebih  baik. Walirabbika fasybir..Kerana Tuhan kamu,bersabarlah. Bersabarlah untuk Tuhan. Jangan kita meletakkan pendangan manusia melebihi pandangan Allah. Sentiasa bersangka baik pada manusia dan diri. Bersangka baik jua lah dengan pertolongan Allah. 

Dengan izin Allah, Dia akan mempermudahkan segalanya. Selamat berubah! Titipkan kami dalam doa kamu si pembaca ye!


Mumtaz for Ummah. Mari Jadi Hamba Superb! ^^

No comments:

Post a Comment