Pages

Saturday, March 16, 2013

Cinta lagi


...............................................................................
In the Name of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful
Praise be to Allah, Lord of the Worlds
Any kind of language coming from Him
................................................................................


Sambil menghirup udara petang yang segar masih berbau hujan ini, saya seolah-olah rasa terpanggil nak mengisi ruang entri yang dah lama berhabuk ni! Almaklumlah Damia Humaira masing-masing kesibukan.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah dengan nikmat masa yang masih diberi ini sudilah kiranya saya memberi sedikit perkongsian dengan kome semua!

Apa yang menariknya kali ini, bukan seperti biasa-biasa tapi bukan juga yang luar biasa cuma saya nak habaq pasai cinta.

Ye, C I N T A.

Lima perkataan yang merungkai seribu satu rahsia.

Wah wah, bunyi macam agak klise tapi petang ni (waktu Malaysia) saya sekadar ingin berkongsi pandangan dan sedikit pengalaman yang bukan untuk meraih persoalan atau dijadikan hujah. Just for sharing guys so be cool!

Okeh (bak kata humaira) kome dah sedia?

Buka minda kome semua dan tarik nafas dalam-dalam. It could be nice to say “be open minded”.

But seriously talk I prefer “control your minded”.

Hah, mengarut dah.

Sebelum tu apa yang kome semua faham tentang cinta?

ADA APA DENGAN CINTA?

“cinta itu ini”
“cinta itu itu”

Apa itu cinta?

Di sini bukanlah saya mengambil mana-mana falsafah cinta atau maksud cinta pada definisi kamus dewan or whatsoever tapi sebagai manusia yang hidup pada alam realiti, saya nak share pendefinisian cinta pada fahaman saya.

It was mine, how’s yours?

Bila dok habaq pasai cinta ka baca buku cinta ka, pasti ada yang kata,
"awatnya hang dok ulit pasai cinta,apa hang dah gatai ka?"

Amboi! Begitu mudah pandangan murahan ini.

Maaf bukan berniat nak menyalahkan sesiapa tapi cuba pikiaq baik-baik. Kenapa manusia memberi satu fahaman buruk bila cakap soal cinta?

Cinta itu buta. Cinta itu bercumbuan. Cinta itu melakukan seks. Cinta itu hak aku dan dia.

Nauzubillah, kalau macam tu memang wujudlah satu pandangan sinis terhadap cinta. Sebab manusia yang merosakkan.

Pandangan atau pendefinisian duniawi. Murahan. Cinta dunia itu cinta murahan.

Analoginya jangan salahkan kereta bila meluncur laju dijalanan tapi siapa yang memandu.

Haa, begitulah Islam. Jangan salahkan Islam bila berlaku keruntuhan moral dan sebagainya tetapi siapa yang melakukan.

Itulah, perkara seperti ini selalu berlaku. Disebabkan individu muslim, Islam dipandang serong. Aishhh.

So, no wonderlah ramai yang mengaku Islam tapi langsung tak muslim.

MashaaAllah, senang je mulut berkata-kata, akal mengiyakan plus nafsu mengapi-apikan.

Tidak, bukan itu maksud saya tetapi, hakikatnya itulah KITA umat Islam.

Bukan kamu, bukan dia, malah bukan saya tetapi KITA.

Kesempurnaan itu bukan letaknya pada bahu penulis ni, mahupun yang membaca sebab kita semua ada kelemahan.

Cuma sampai bila kita nak mengurung diri dalam kotak penjara nafsu duniawi kalau kita sendiri tak cari kunci hati ukhrawi?

Okay, berbalik pada isu cinta tadi…bukankah Allah menangkat darjat maruah si Cinta ni? Even dalam setiap apa yang Baginda Rasulullah dok habaq kat kita pun mesti dengan perasaan cinta dan kasih Baginda.

Setiap inci, setiap angle, setiap baris and setiap nafas is all about love and care.

Setujulah jika dikatakan agama Islam agama cinta, agama sejahtera.

Yelah, bagaimana nak sejahtera kalau takde perasaan kasih dan cinta. Kan kan? (angkat kening)

Tapi, cinta yang ingin dimaksudkan di sini ialah cinta manusia antara manusia.

Baiklah, fahaman penulis obviously lah cinta tu tak salah tapi semuanya kerana manusia.

Character manusia menukar penitipan maksud cinta itu sendiri. Wah, bebelan apakah ini? Semakin berkerutlah dahi kome semua membaca!

Begini, siapa kata cinta itu haram? Siapa kata cinta itu dosa besar? Huh? Mu dok ghoyak lagu tu mu pahe dok? Guane? Mu pung tok pahe.

Well said saya pun bukanlah pakar cinta kat sini, hmm memang taklah.

Haa, siapa pernah jatuh cinta?

Perasaan ini muncul bila kali pertama anda  mula mengenali sebuah kehidupan. Dah faham apa itu hidup. In simple word kome dah matang la.

Cinta itu fitrah, jadi memang majoritinya cinta itu semua ada. Semua rasa.

Sometimes ada orang kata,
"nauzubillah, aku dah jatuh cinta. Aku rasa berdosa sangat! Solat taubat aku!"

Eh, sejak bila pula kalau jatuh cinta tu berdosa? Itukan satu perasaan yang semua layak rasa.

Haa, ni semua sebab pendefinisian-pendefinisian duniawi yang menyebabkan cinta itu nampak murahan. Seolah-olah kome menolak anugerah Allah! Kome menolak cinta Allah? Kome meletakkan hukum pada fitrah kejadian manusia? Fikirkan kembali. It was us.

Kita yang mencorakkan cinta itu. And by the way, tidak pula wujud berkasih-kasihan secara pendefinisian cinta pentingkan diri! Cinta Islamik lah katakan.
 Like seriously?

MashaaAllah. Meletakkan dasar agama sebagai cinta yang kononnya bersih dari yang ‘touch n go’ tu?

Jangan salah tafsir. Kome juga dah buat pendefinisian sendiri terhadap cinta demi kepentingan nafsu. Pastilah, yang berkemahuan itu nafsu. Keegoan itu juga nafsu. Ego pada iman.

Malah tak kurang juga yang merasakan dirinya hebat. Tak sayang, salah sama sekali.

Tapi, jangan pernah rasa terlambat nak betulkan apa yang tak betul kerana bukan kome yang berkeinginan tapi pujukan syaitan dan nafsu yang mengapi-apikan.

Kembali pada fitrah! Wake up guys!

Well said, peringatan ini juga sekeras-kerasnya untuk saya!

Mulut memang petah berbicara bila tak merasa. Jadi berpesan-pesanlah kita. Berusaha kearah paradigm cinta yang benar.

Bagaimana???

Haa, koreksi diri. Tambah ilmu. Tambah pengalaman. Tambah peratusan iman. Berfikirlah dengan segenap perincian terhadap sesuatu dan sebarkan cara hidup Islam!

Love is lovely. Makes love is no wrong.

Banyakkan baca buku-buku tarbiyyah. Kitab-kitab dari ulama dan tambah ilmu banyak-banyak. Sibukkan diri. Sibukkan diri dengan Islam.

Setiap hari adalah perjuangan sebab setiap hari kita berjuang untuk hidup berlandaskan Islam. Yang sebenar! Iaitu mujahadah nafsu. Memang perit tapi hasilnya di Sana.

love:
damia'

Mumtaz for Ummah. Mari Jadi Hamba Superb! ^^

No comments:

Post a Comment