Pages

Wednesday, April 13, 2011

Keyakinan Dan Kejayaan (Noor Zaiti Zainal Abidin)


...............................................................................
In the Name of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful
Praise be to Allah, Lord of the Worlds
Any kind of language coming from Him
................................................................................



Sabda Rasulullah s.a.w, ''Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai apabila seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun.'' (Riwayat Abu Daud).


Menurut hadis ini, apabila seseorang Muslim suka membuat sesuatu pekerjaan dengan tekun sehingga selesai dan sempurna pekerjaannya, maka dia termasuk dalam kategori manusia yang disukai oleh Allah s.w.t.


Tekun

Bersungguh-Sungguh


Allah Swt sukakan Muslim yang bersungguh-sungguh membuat kerja yang baik, apatah lagi, kalau pekerjaan itu terkait dengan urusan dakwah Islam, menyebarkan kefahaman Islam. Ketekunan berceramah, menulis dan mengarang bahan-bahan ilmiah akan menyebabkan umat itu terlepas bebas daripada belitan tipu daya orang yang sombong dan zalim.


4 kunci untuk mendapat keberkatan dan keredhaan Allah iaitu:


Ikhlas – laksanakan tugasan atau kerja dengan keikhlasan.


Menjaga hubungan dengan ALLAH – segala kerja yang lakukan mestilah berhubung dengan Allah. Buat sesuatu kerja kerana Allah dengan keikhlasan hati.  " Barangsiapa memperbaiki hubungannya dengan Allah, maka Allah akan menyempurnakan hubungan-Nya dengan orang tersebut."(HR. Hakim)


Muadjaddah – Buat sesuatu kerja mestilah bersungguh-sungguh. Ikhlas melaksanakan kerja dengan kesungguhan dan amanah demi Allah.


Muhasabah – menilai/meneliti kembali kerja yang dilakukan untuk mendapat kerberkatan dari Allah. Mungkin pada masa ini kita ada melakukan kesalahan sesama manusia, mohon maaf kepada mereka yang kita lukai ataupun kerja yang kita buat mestilah mengikut tempoh yang dah ditetapkan dan jika kita menggunakan masa tersebut pastikan kita menggantikan semula supaya kita mendapat keberkatan dari Allah.


Semoga kita memperbaiki diri kita untuk mendapat keberkatan Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah, hubungan kita sesama manusia dan membuat amal dan kerja dengan keihklasan di hati demi Allah.


Dari Anas r.a katanya:Rasulullah saw bersabda:Apabila kamu berdoa, hendaklah kamu bersungguh-sungguh, yakin dalam doa (bahawa Allah taala mendengar dan mengabulkan). Janganlah kamu berdoa dengan kalimah: Ya Allah, jika Engkau mahu, berilah aku! Kerana sesungguhnya Allah Taala tidak dipaksa memenuhi sesuatu doa.
- artikel iluvislam.com


 . . . . .


Jadi, apa kaitan dengan Noor Zaiti Zainal Abidin, senior yang dah saya anggap macam kakak sendiri? ^^


Sukacita dimaklumkan bahawa, beliau telah mendapat 4flat bagi exam semester akhirnya (asasi)!
Hebatnya akak! Sangat tak sangka, mimpi saya jadi kenyataan! :) Saya happy sangat-sangat lepas akak mesej saya hari Isnin lepas. Terus teringat mimpi saya. Rasa macam saya pulak yang dapat result. :D
Result SPM saya sangatlah tak bagus macam result akak, tapi entah kenapa, azam saya sangatlah tinggi nak berjaya macam akak. Yelah, dah banyakkan tips yang akak bagi kat saya. Sampaikan kadang-kadang, tips-tips tu akak tak bagi pun kat adik kandung akak sendiri! Saya sesungguhnya sangatlah berbangga (hehe).


Sangat berbangga denganmu! ^_^

Insha-Allah, saya mesti praktikkan tips-tips yang akak bagi kat saya selama ni untuk sambung study lepas ni. Saya nak berjaya macam akak! :)


"Kenapa kita kena bertawakal? Kena berserah pada Allah? Sebab kita ni manusia yang tak ada kuasa, Allah yang bagi kita kuasa. Apa yang Allah bagi, itulah yang kita kena terima. Sekurang-kurangnya Allah masih bagi kita sesuatu, itu tandanya Allah masih sayang. Dan lagi, bila kita bertawakal pada Allah, kita serahkan sepenuhnya pergantungan pada Allah, biar baik, biar tak baik, kita akan sedar, itulah yang terbaik untuk kita, sekurang-kurangnya pasa masa ini. Allah tak semestinya beri apa yang kita nak, tapi Allah beri apa kita perlu. Kita nak pelangi, tapi Allah beri hujan. Kita sedih sebab tak dapat pelangi, kita pun tak tengok langit dah. Padahal lepas hujan tu lah datangnya pelangi. Percayalah, lepas hujan nanti akan ada pelangi. Tunggu dengan sabar, teruskan berharap hanya pada Allah." - wmf


Worry about the chances we miss when we fail to try.


Trust in Allah!


Cukuplah Allah bagiku!


Putus asa itu bukanlah akhlak seorang muslim.




Pesanan Puan Hamidah, "D.U.I.T"


Saya tunggu pelangi itu!


DIA lebih mengetahui!

Khas buat Kak Zaiti:


a.k.a I LOVE U! :D

Mumtaz for Ummah. Mari Jadi Hamba Superb! ^^

4 comments: