Pages

Friday, March 22, 2013

. . .


...............................................................................
In the Name of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful
Praise be to Allah, Lord of the Worlds
Any kind of language coming from Him
................................................................................

Aku tak punya apa-apa idea untuk menaip apa-apa. Sesungguhnya post suka suki ini hanyalah sekadar ingin mengisi kekosongan masa di kala kemengantukan yang amat-amat ketika ini. Aku study pun nampak huruf tu dua tiga. Nak kata tak cukup tidur, terlebih cukup dah rasanya. Hurmmm -_-

Okay maaf, aku tak berniat nak merungut mahupun mengeluh di sini.

...


Semalam kan, eh bukan, kelmarin, aku cuma tidur selama satu jam dalam masa 24 jam. Itu kerja gila yang pertama kali aku buat sejak sampai Mesir 6 bulan lalu. Mana tak gila, esok ada kelas. Ada test. Macamana nak fokus kalau tak cukup tidur, ye dok? Bagi aku itu kerja gila. Tak pasti lah pulak orang lain macam mana.

Kenapa aku tidur hanya satu jam? Sebab, aku punya terlalu banyak urusan, dan perlu study untuk test esoknya (semalam - 21/3/2013).

Aku dilema jugak mula-mula. Nak tidur banyak kerja. Kalau aku tidur konfem tak bangun dah kerana kemengantukan yang amat. Habis bilanya nak study? Jadi aku buat keputusan untuk tidak tidur. Aku siapkan kerja dan study. Sampai satu ketika, tiba-tiba aku rasa sakit kepala. Stress. Amattt! Rasa nak nangis, tapi aku tahan.

Tetiba teringat kata-kata seorang sahabat yang aku kenali di KMS. Menurut beliau;

"Stress macamana pun, banyak kerja macamana pun, study tu tanggungjawab kita. Study tu sebahagian dari jihad kita. Carilah masa celah mana pun untuk jihad"

Aku sentap okay!

Akhirnya, tanpa mempedulikkan stress, penat, mengantuk, sedih etc, aku fokus study sampai ke 4 pagi (lebih kurang). Dan pada waktu itu, otak aku bagai dah tak berfungsi. Mengantuk weh! Tutup buku, tidur! Dan aku hanya terbangun bila dengar iqamat di masjid berdekatan.

Hurm. Jujur, hari itu merupakan hari yang stress bagi aku. Aku call mak di Malaysia dan hanya menangis tanpa berkata apa-apa. Okaylah, cukup sampai sini cerita stress, sedih, mengantuk bagai.

Cumanya, bila aku melangkah ke luar rumah, hanya mampu berbisik 'bismillahi tawakkaltu 'alallah". Senyum.

Dan tak ada yang lebih menggembirakan dari melihat hasil yang setimpal yang Allah bagi dari apa yang aku usahakan sepanjang malam itu! Oh Allah, Kau sangat sweet! =')

Sekian =)

Luv from Egypt =)


Salam sayang;
Humaira'


Mumtaz for Ummah. Mari Jadi Hamba Superb! ^^

No comments:

Post a Comment