Sunday, April 21, 2013

Ahlan wa sahlan fi Australia!



...............................................................................
In the Name of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful
Praise be to Allah, Lord of the Worlds
Any kind of language coming from Him
................................................................................




Assalamualaikum.

Ladies and gentlemen, entri kali ni lain sikit sebab banyaks gambo, tak macam entri yang previous. Agak santai. Just for sharing. So, tarik nafas, selesakan badan anda pada kerusi, duduk baik-baik dan jangan lupa pakai seatbelt! Okay done? Good. Now lets begin our journey...cewahhh.
*terimbau kisah lalu.

Australia.
Kenapa pegi Australia?
Pada tarikh berapa hari bulan saya tak ingat dah tapi yang pasti masa tahun 2010 bulan 7. Setelah terpilih menjalani ujian pertukaran pelajar ke luar negara selama 2 minggu, saya pun telah berjaya dengan jayanya untuk mengikuti program ni ke Australia. Okay, itu ayat formal -.- winkwink!

Ada je kawan-kawan saya yang lain dapat pegi Jepun dengan London, tapi rezeki saya ke Australia. Pengalaman yang tak boleh dijual beli. Program ni, bukan seratus peratus kerajaan support tau tapi half-half. So selebihnya sumbangan dari sekolah. Hamboi, untung ler. Untung? Agakla =)


Dua hari sebelum bertolak, kami ada “break the ice” first. Berkenalan dengan pelajar Malaysia dari pelusuk negeri. Cina, Melayu, India. Malay? Tak ramai pun. Dalam masa dua hari ni kami dipecahkan ikut group masing-masing. Kalau tak silap saya masa ni ada 5 groups. ”As a Malaysian, we must show our sopan santun as orang Asia” <<< Ini kata-kata pengerusi program ni. Dan banyak lagilah pesanan-pesanan beliau yang sangat memotivasikan!


Alhamdulillah, kami semua sampai kat Changi Airport Singapore untuk transit tak sampai satu jam. Sampai je, saya, zaida, jannah (geng budak-budak baik, haha perasan) terus cari surau nak solat. Yang paling lawak tu, kami ni dah la blur-blur sampai je kat situ cari surau plus semua pengiring nonmuslim pula tu, depa mana la tau yang kami ni nak solat subuh. So we gotta do something! Last-last jumpa surau kat 2nd floor. Bila masuk semua hitammmm... Semua orang Arab berjubah hitam. Excited.



Subhanallah, cantikkan? Sepanjang saya dalam kapal terbang ni, koje saya baca buku, tidur, makan. Lepas tu pandang orang kiri kanan (ni kalau dah bosan sangat la). Dan alhamdulillah juga masa ni saya ada bawa tafsir Quran, sempatlah isi masa-masa terluang tu baca dan baca dan baca sampai terlelap. Hihi






Okay, taraaa...perkenalkan ini housemate saya Alia merangkap adik beradik foster family saya kat sana. Just call her Lia. Katil sebelah kanan tu hak milik saya selama  dua minggu. Haa, yang specialnya dalam bilik ni siap ada rules tau. Tak boleh bawa makanan basah atau berkuah masuk dalam bilik ni. Okay, jangan terkejut ye kasut is available. Tapi jangan risau, kami bedua dah sediakan space yang bersih lagi suci untuk solat. Ewahhh.



Ini ruang makan. Comel dan simple.



Meet them! Keluarga angkat saya yang sangattttt baik hati. Hmm, ayah angkat kami ni memang asal dia dari Brisbane Australia tapi wife dia dari Filipina. Jadi kalau bab makan tu memang tak jadi masalah la sebab they eat rice, they eat lauk-lauk asia ni dan termasuklah lauk berempah. Apa-apa pun alhamdulillah masa sesi beli-beli bahan nak masak, depa bawa kami sekali. Halalantoiyyiba! No worries.


 
Australian International College Of Language. Tempat belajor kami. Apa yang kita tau, orang Australia ni ada slang dia yang tersendiri kan. Tak macam British yang agak jelas. Kata orang tu, lebih sedap di dengar. Faham pun ada. So, bila bercakap, belajar kat sini walaupun 2 minggu tapi bolehlah sikit-sikit berloghat Aussie. We learnt about natives, animals, places, language and most important ialah budaya orang Australia. Rupa-rupanya Australia ni bukanlah penempatan yang dah sedia wujud tapi bermula dengan sangat luar biasa. Lecturer kami kata, Native Australia atau aborigine ni dulu bahasa dia macam orang asli, tak pakai baju macam orang normal dan banyak penyembahan ritual yang pelik-pelik. Tapi bila dah start pendatang dari negara luar datang maka wujudlah bahasa depa sekarang dan lebih bertamadun. Allahu, dah macam cikgu sejarah pula, hehe.




Haa, nampak tak tu nama saya kat atas sekali. Hahaha, kenapa atas sekali? Sebab lecturer kata my name is the easiest name to be remembered. Wah, perasan dah! Ini semua senarai nama classmates saya. Dari 40 orang tadi kami dipecahkan dalam 3 kelas. Okay, abaikan kejap, now tengok sebelah kiri tu ada tulisan G’day mate! Australian speak “geddaymath”.


Ini part paling best, research. Haaa, tak pasal-pasal kaji tentang kanser pula dah...unexpected. Tapi itulah cara belajar depa. Bukan bahasa je tapi setiap aspek kehidupan depa kaji juga. Sebab tu lah depa maju. Hmm, setiap group berbeza tajuk. And we got this! (hari ketiga)



SURFERS PARADISE – antara tempat yang menjadi tumpuan ramai. Kalau nak disamakan kat Malaysia area tempat ni suasana dia macam kat Melaka kot... Ada lorong-lorong dan tepi-tepi dia ada stalls. Banyakkkk sangat souvenir and rambang mata. Mahal? Takde lah mahal sangat tapi kena pandai berjimat, duit keluar macam air je. Sedor diri sikit juga lah masa tu. Haha. Tapi gambar ni saya amik part laut je. Yang kedai-kedai tu tak banyak sangat amik sebab leka dok membeli. Heee.


Next day pegi Wildlife Currumbin Sanctuary. Happy yang teramat sangatttt sebab dapat touch kangaroo and koala! They are so cute! Look at the baby! Dalam "poket" mummy dia... Dan rezeki kami pula, masa lawatan tu kangaroo dikeluarkan untuk bagi makan. Haa, apa lagi dah peluang depan mata memang semua tak lepaskan peluang ‘bermesra’ dengan haiwan jinak ni. Iya, depa bukan main manja lagi. Siap ajak "berborak". Haha. Kalau tak silap saya ada 3 jenis kangaroo masa tu. Based on warna bulu dia. Yang bezanya warna bulu ni bergantung pada asal-usul dia. Sungguh unik ciptaan Allah. Subhanallah!








Saya ketinggalan kat belakang >>> menikmati suasana yang tenang lagi segar! Apa-apa pun, sempat je snap dari belakang. Bila tengok-tengok balik gambar ni, cantik pula! ^^



Kat Malaysia dah ada ke machine ni? (hoping, huhu). Kat sana, machine ni memang jumpa je kat mana-mana. Nampak tak harga cekelat boost tu? Duit Malaysia equal tu RM 3.50 satu. Break je, ni lah koje kami. ’Cekelat time’!!




DreamWorld - Tower of Terror. Huaaa, mengucap dua kalimah syahadah nak naik! Tapi satu kepuasan bila dah cuba mengatasi ketakutan, serious! >>> FearFactor. Tak takut dahhh. Errr, haha.



*Saat-saat terakhir...
Sorry gambar tak clear sangat sebab time ni amik dari dalam bus. Inilah bumi Australia! Cekitauut. Ilalliqa’ ma’assalamah! *Brisbane. Gold Coast. Marine Mirage. Sydney*


*Muka zaman sekolah


Mumtaz for Ummah. Mari Jadi Hamba Superb! ^^

No comments:

Post a Comment