...............................................................................
In the Name of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful
Praise be to Allah, Lord of the Worlds
Any kind of language coming from Him
................................................................................
sambungan.....
Cerita Hati (bab 1) : HARAPAN
Catatan Hati
Alhamdulillah selepas
seharian melawati sekitar Bandar Kuching yang pasti akan memberi banyak
pengalaman dan kenangan pada aku,destinasi terakhir sebelum aku balik ke
Semenanjung….Surau Kolej. Lepas solat Isya’ berjemaah aku memberikan sedikit
ruang pada diri aku sendiri untuk menghargai pengalaman aku dalam percubaan
menyebarkan mahabbah. Surau ini. Sahabat ini. Peluang ini. Terlalu banyak yang
mengajar aku betapa hidup adalah bermula dengan sebuah langkah. Langkah kecil
yang bermula dengan azam dan semangat. Subhanallah aku pasti merindui kesibukan
dulu,qiyam dan qasidah bersama ahli surau. Sebelum aku menutup lampu
surau,sebagai tanda penghormatan aku pada rumah suci Allah,solat witir ditunaikan.
Lama aku merenungkan suasana surau. Terlalu mudah aku menangis mengenangkan
semuanya.
Ya Allah,aku pasti
merindui perjuangan ini. Ya Allah tetapkan hati aku untuk istiqamah. Aku
sedar,walaupun aku pernah menelan kata-kata pahit dan pandangan manusia…aku
yakin segalanya berhikmah. Hidup bermasyarakat tak selalu indah. Itu fitrah.
"Mulakan
hari-hari mu dengan ceria agar setiap perjalananmu tetap bangkit walaupun duri
dan mehnah ada sepanjang perjalananmu,senyumlah dan bersabarlah,sesungguhya ia
akan menjadi penawar bagi mu"
Esoknya,aku dah bersedia.
Bersedia untuk jumpa dengan Nuha. Mungkin kalau tak sempat bersayonara dengan
sahabat usrah yang lain,akan aku kirimkan surat layang moden pada setiap
mereka.
“Kak Fathi,lepas zohor kita dah nak bertolak
ke airport…sebelum tu,kak Fathi bagi saya lima minit ye. Saya nak jumpa kawan
saya jap.”
“Lah,boleh sangat.
Haa,ni Lya nanti Dila dengan Aina nak ikut sekali. Kat mana kamu nak jumpa
tu..?” Kak Fathi ialah sahabat dan kakak yang sangat penyayang. Sentiasa
positif dan banyak membantu aku. Kalau sebelum ni aku tak dapat tidur lewat
malam sebab banyak kerja,Kak Fathi lah yang teman. Buatkan aku minuman panas. Nikmatnya
ada seorang kakak seperti Kak Fathi. Allah takdirkan aku tidak punyai seorang
kakak tapi aku punyai dua orang abang yang sentiasa melindungi aku. Abang Long
dan Abang Ngah pun menyayangi aku,tapi cara mereka berbeza. Itulah abang.
“Oh saya nak jumpa kat
Café je. Wah Alhamdulillah. Seronoknya Kak Dila dengan Aina ikut sekali?”
“Ye Lya. Diorang nak
ikut. Lepas tu nak pegi beli barang sikit. Kay lah kalau macam tu. Jumpa kat
carpark je lepas jumpa kawan Lya tu. Eh Lya,azan dah tu…jom siap-siap solat.
Lambat nanti nak gerak.”
“Okay Kak Fathi. Jom.
Kak Fathi jadi imam ye. Please please.”
“Yelah Lya.” Kak Fathi
mencubit pipi aku. Lalu dia segera ke bilik air. Berwuduk.
Sahabat yang baik
ialah sahabat yang sentiasa bersama sahabatnya walau dalam apa keadaan sekali
pun. Sentiasa mempercayai antara satu sama lain. Membawa sahabat mendekatkan
diri pada Allah. Mendidik dan memahami. Empati. Memberi dorongan dan teguran
yang ikhlas. Sentiasa memaafkan dan
menerima kekurangan tanpa mengaibkan. Memberi peluang atas kesilapan dan
membantu tanpa meminta balas. – Itulah sebuah persahabatan yang bermakna. Yang
membawa mereka dalam doa aku.
Perkara hati ialah perkara yang berat dan sangat sensitif.
Kawal lah ia dengan iman. Orang yang dapat menjaga diri daripada sifat mazmumah
dengan mengatasinya menggunakan akal dan iman,dia telah mendapat kemenangan.
Sesungguhnya orang-orang beriman itu adalah bersaudara.
“Pesanan Imam
Al-Ghazali tentang persahabatan ada 5.
Pertama pilihlah
kawan yang berakal. Kerana yang tidak berakal atau bodoh itu akan menjadi musuh
dan menyakitkan hati kamu. Pilihlah kawan yang berakhlak. Kerana yang jahat itu akan dirangsang dengan
nafsu jahat. Pilihlah kawan yang soleh. Kerana yang fasik itu akan mengajar
kita pekerjaan dosa dan maksiat. Pilihlah kawan yang bersederhana. Kerana yang
tamak itu akan menjadi racun pada sifat pemurah. Pilihlah kawan yang bercakap
benar. Kerana yang selalu bercakap bohong itu akan memusnahkan jiwa.”
If you really care,you will take note on whatever you decide.
If you really care,you will take note on whatever you decide.
“Assalamualaikum Nuha….hye
hye.” Aku mendatangi Nuha dengan rasa sangat gembira. Gembira kerana dipertemukan dengan insan seperti dia.
“Waalaikumsalam Lya.
Meh duduk sini. Makan sekali dengan kitorang.” Kebetulan pada waktu tu ramai
sahabat usrah duduk semeja. Alhamdulillah moga dipermudahkan urusan yang akan
disampaikan.
“Takpe,sebenarnya saya
nak cepat. Maaf,ada perkara nak bgtau korang ni. Saya nak balik Semenanjung ni.
Hmmm,saya nak sambung belajar ke Mesir la korang…Jangan marah ye. Saya balik seminggu je kat
sini sebab nak settlekan urusan semua. Barang-barang pun banyak tinggal haritu.
Jadi,tu lah…secara rasminya,saya nak bgtau korang saya dah tak belajar sini
lagi dah.”
“Ya Allah Lya nih! Kenapa
baru bgtau sekarang. Ya Allah serious ke? Shafie mengerutkan dahinya sambil
pandang ke arah aku. Dan aku, mengangguk laju-laju tanda seriousnya aku
terhadap kenyataan aku tadi. Dalam masa yang sama aku menyedari sahabat yang
lain pun turut terkejut.
“Tau dah….semalam
Najwa kata,Lya bgtau kat surau. Kita ni tunggu je dia nak bgtau. Nasib baik
jumpa saya tau Lya ni. Kalau tak siaplah awak Lya….” Kata Balqis sambil bangun
dan mencuit pinggang aku. Lalu dia memeluk aku dari belakang. Allah,mula dah
rasa sebak.
“Ye semalam saya jumpa
Najwa. Memang ingat nak bagitau korang semua harini. Semalam saya bagitau yang
jumpa kat surau je. Hihi sorry ye.”
Aku bersalaman dan
mencium pipi sahabat yang lain termasuklah Aisyah,Sakinah,Yana dan Asna. Dan
yang terakhir,pastilah Nuha. Kerana aku memang nak bagitau dia soal program tu.
“Nuha,saya minta maaf
ye sebab baru bagitau awak. Saya tak sampai hati nak bagitau awak awal-awal so
saya decide nak bagitau awak sekarang. Saya memang nak sangat join,tapi banyak
lagi urusan yang saya nak selesaikan. Lagipun parent saya dah tau saya balik
harini.” Sambil aku memegamg erat tangan Nuha aku memandang terus ke dalam
matanya. Aku mula sedar linangan air mata jatuh dari pipi kami. Terlalu banyak
yang kami masih belum kongsikan bersama dan masih banyak yang nak dijalankan
bersama. Aku masih teringat,suatu masa dulu kami berdua pernah tidur bersama di
dalam surau dan menceritakan banyak perkongsian. Masa silam dan perubahan
masing-masing. Terasa nikmat di situ. Mungkin itulah moment paling berharga
buat aku untuk aku simpankan baik-baik. InshaaAllah.
“Lya,saya mendoakan
awak berjaya. Mungkin ini takdir kita.
Allah pisahkan kita didunia tapi saya percaya Allah akan pertemukan kita lagi
di Syurga nanti. Kan?”
“Ameen ya Rabb.”
Nuha memeluk erat. Aku
bisikkan pada dia bahawa aku akan sentiasa mendoakan sahabat aku yang dicintai
kerana Allah.
“Nuha,teruskan usaha
awak. Teruskan semangat awak dan ketuklah hati-hati yang ada kat sekeliling
kita ni. Moga berjaya juga.”
Setelah itu,aku
melambaikan tangan pada mereka semua dan bergegas ke kereta.
Cinta itu terlalu
subjektif. Cinta mencintai sesama sahabat itu sangat hidup jiwanya bila kerana
Allah. Perjuangan orang-orang yang soleh itu sentiasa ada halangan dan dugaan
kerana Allah sedang mengajar sesuatu. Sama ada orang soleh itu melihat ia
sebagai musibah atau anugerah akan mempengaruhi pulangannya pada diri sendiri.
**sambungannya pada masa akan datang, inshaaAllah. Moga kisah "cerita hati" ni dapat manfaat untuk kita semua.
**sambungannya pada masa akan datang, inshaaAllah. Moga kisah "cerita hati" ni dapat manfaat untuk kita semua.
No comments:
Post a Comment