...............................................................................
In the Name of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful
Praise be to Allah, Lord of the Worlds
Any kind of language coming from Him
................................................................................
Syaaban
datang bertamu bersama rimbunan keberkatan buat umat Muhammad saw.
Hadis
daripada Saidina Mu’adz Ibnu Jabal R.A bahawa Nabi S.A.W telah bersabda;
“Allah memandang pada kesemua makhluk
ciptaanNya pada malam nisfu Sya’ban, lalu Allah mengampunkan dosa2 kesemua
makhlukNya melainkan dosa orang musyrik (yang menyekutukan Allah) dan dosa
orang yang bermusuhan.” [riwayat Al-Tobrani dan disahihkan Ibnu Hibban]
Diriwayatkan
dari Ata’ Ibn Yasar berkata;
“Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, malaikat
maut menulis nama orang yang akan meninggal dunia pada bulan Syaaban tersebut sehingga
bulan Syaaban berikutnya. Sesungguhnya seseorang itu melakukan kezaliman,
kejahatan, bernikah dan menanam tanamannya, sedangkan namanya telah dipindahkan
dari dewan orang yang hidup kepada dewan orang mati. Tidak ada suatu malam
selepas Lailatul Qadar yang lebih mulia daripada malam Nisfu Syaaban.”
Diriwayatkan
daripada Ibnu Abbas RA berkata;
“Sesungguhnya Allah akan memutuskan semua qadha’
hambaNya pada malam Nisfu Syaaban dan menyerahkan kepada pemilik2nya pada malam
Lailatul Qadar.”
MALAM PENGAMPUNAN
Diriwayatkan
oleh Imam Ahmad bahawa Nabi saw bersabda;
“Sesungguhnya Allah menilik kepada hambaNya
pada malam Nisfu Syaaban, maka Allah mengampunkan penduduk bumi melainkan 2
golongan manusia, golongan musyrik dan musyahin (orang yang bermusuhan).”
Dalam riwayat
lain pula, Nabi saw bersabda;
“Sesungguhnya Allah swt menilik hamba2Nya
pada malam Nisfu Syaaban, maka Allah mengampunkan dosa orang2 mukmin,
memanjangkan kesesatan orang kafir, dan membiarkan orang yang hasad dengan
kedengkian mereka sehingga mereka meninggalkannya.”
Dari Abu
Darda’ RA, bahawa Nabi saw bersabda;
“Pada malam Nisfu Syaaban, Allah swt
memerintahkan para malaikatNya turun ke langit dunia, lalu memerhatikan amalan
hamba2Nya. Maka Allah mengampunkan orang2 yang meminta keampunan dan menerima
taubat orang2 yang bertaubat kepadaNya. Dia juga menerima permohonan orang2
yang meminta dan mencukupkan keperluan orang2 yang bertawakal. Dia juga
meminggirkan orang2 yang berdendam tanpa memperlakukan sesuatu ke atas mereka
dan mengampunkan dosa2 bagi sesiapa yang dikehendakiNya melainkan dosa orang
musyrik dan orang yang membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah ataupun orang
yang memutuskan silaturrahim.”
MUSTAJAB DOA
Abu Sa’id al
Khudri masuk ke dalam rumah Aisyah. Maka Aisyah berkata;
“Wahai Abu Sa’id! Ceritakanlah kepada saya
suatu hadis yang pernah kamu dengar daripada Rasulullah, maka saya akan
menceritakan kepadamu pula apa yang pernah saya lihat dilakukan oleh Baginda
saw.”
Berkata Abu
Sa’id RA;
“Apabila Rasulullah saw keluar solat subuh,
Baginda saw akan membaca; ‘Ya Allah! Penuhilah pendengaranku dengan cahaya,
hadapanku dengan cahaya, belakangku dengan cahaya, kananku dengan cahaya,
kiriku dengan cahaya, atasku dengan cahaya, bawahku dengan cahaya, dan
tambahkanlah cahaya Islam dan hidayah dengan rahmatMu terhadapku.’ ’’
***
Dalam riwayat
lain, Rasulullah berkata kepada Aisyah;
“Wahai Aisyah! Apakah kamu takut Allah dan
RasulNya akan menzalimimu?”
Aisyah berkata;
“Saya berkata; ‘Bukan begitu, wahai
Rasulullah!’ ’’
Sabda Baginda;
“Telah datang kepadaku Jibril AS dan berkata;
‘Wahai Muhammad! Malam ini ialah malam Nisfu Syaaban. Pada malam ini, Allah swt
membebaskan manusia daripada api neraka sebanyak bilangan bulu kambing Bani
Kilab. Pada malam ini, Allah tidak memandang kepada orang musyrik, tidak juga
kepada orang yang bermusuhan, orang yang putuskan silaturrahim, orang yang
melabuhkan kainnya melebihi buku lali, orang yang menderhaka kepada ibu bapa
dan orang yang berterusan minum arak.’ ’’
Apabila subuh,
saya menyebut kepada Baginda saw kalimah yang dibacanya, maka Baginda bersabda;
“Wahai Aisyah! Adakah kamu telah
mengetahuinya?”
Saya berkata;
“Ya.”
Baginda bersabda;
“Pelajarilah dan ajarilah ia kerana Jibril AS
telah mengajarnya kepadaku dan menyuruhku mengulang2nya dalam sujud.”
GALAKAN
BERPUASA PADA BULAN SYAABAN
Diriwayatkan
bahawa, Sayyidah Aisyah RA berkata;
“Rasulullah saw berpuasa sehingga kami
berkata Baginda saw tidak berbuka, dan Baginda saw berbuka sehingga kami
berkata Baginda saw tidak berpuasa dan kebanyakan puasa Baginda saw ialah pada
bulan Syaaban. Maka saya berkata; ‘Wahai Rasulullah! Saya melihat kebanyakan
puasamu adalah pada bulan Syaaban?’ ’’
Jawab Baginda
saw;
“Wahai Aisyah! Sesungguhnya ia adalah bulan
diserahkan kepada malaikat maut nama2 yang akan dicabut nyawanya dan saya suka
nama saya tidak ditulis melainkan ketika saya sedang berpuasa.”
Dalam satu
riwayat dari Aisyah RA berkata;
“Tidaklah Baginda saw berpuasa pada bulan
daripada bulan2 selain Ramadhan yang lebih banyak puasanya daripada bulan
Syaaban.”
Diriwayatkan
dalam Sunan al-Nasai daripada hadis Umamah RA;
“Saya berkata; ‘Wahai Rasulullah! Saya tidak
pernah lihat kamu banyak berpuasa dalam satu bulan dari bulan2 lain sebagaimana
kamu berpuasa pada bulan Syaaban.”
Jawab Baginda
saw;
“Itu adalah bulan yang sering dilupakan oleh
manusia di antara Rejab dan Ramadhan, dan ia adalah bulan yang mana diangkat
pada bulan tersebut amalan2 hamba kepada Tuhan semesta alam. Saya suka amalan
saya diangkat ketika saya sedang berpuasa.”
Dalam riwayat
Bukhari dan Muslim dari Aisyah RA berkata;
“Saya tidak pernah lihat Rasulullah saw
menyempurnakan puasa sebulan melainkan pada bulan Ramadhan. Saya tidak pernah
lihat Baginda saw dalam sebulan, lebih banyak puasanya daripada bulan Syaaban.”
#Perkongsian oleh Panel Penyelidikan Yayasan Sofa Negeri Sembilan (YSNS)
Selamat beramal. Salam sayang, :)
No comments:
Post a Comment