...............................................................................
In the Name of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful
Praise be to Allah, Lord of the Worlds
Any kind of language coming from Him
................................................................................
Kadangkala kita terfikir - alangkah baiknya kalau Allah bagitahu keputusan awal sesuatu tindakan kita samada berjaya atau gagal.
Kata di hati:
Jikalau saya tahu awal-awal akan berjaya, sudah tentu aku akan berusaha bersungguh-sungguh.
Jikalau saya tahu awal-awal akan gagal, sudah tentu aku tidak membazir masa.
Betul ke?
Sebenarnya tidak, sangat tidak.
Jikalau kita tahu sesuatu keputusan itu lebih awal, samada berjaya atau gagal, kita tetap tidak akan berusaha.
Akan berjaya, Allah dah tentukan akan berjaya, percayalah kita tidak akan melakukan apa-apa, kita akan duduk sahaja menunggu kejayaan yang dijanjikan datang.
Akan gagal, Allah dah tentukan akan gagal, lagilah kita tak akan berusaha kerana ia sudah pasti gagal.
Oleh itu, ada hikmahnya kita tidak mengetahui masa depan kita - itu ketentuan Allah - supaya manusia dapat berusaha bersungguh-sungguh kerana usaha itu pahala dan redha pada ketentuanNya.
Kita perlu sangka baik bahawa segala yang Allah tentukan ini adalah baik.
Keputusan walaupun kita tidak puas hati, tapi jangan kita buruk sangka pada Allah - kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita yang kerdil ini.
Jangan biarkan minda menilai keputusan Allah, redha dan percaya padanya dan teruskan usaha - Bila cabaran meningkat, sentiasa ingatkan diri, hidup ini pendek aje...
Oleh: Ust Tuan Ibrahim Tuan Man
Selamat beramal. Salam sayang, :)
Selamat beramal. Salam sayang, :)
No comments:
Post a Comment