Pages

Thursday, October 25, 2012

Salam Alaykum Egypt! :)



...............................................................................
In the Name of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful
Praise be to Allah, Lord of the Worlds
Any kind of language coming from Him
................................................................................


Buat sahabat-sahabat dunia akhirat saya di Unimas, UiTM, UMT, UM, juga Penang. Nur Izzati, Wan Syahirah Akmal, dan semua yang saya kenali. Nukilan/coretan/laporan ini buat anda, khas dari bumi anbiya' tercinta (cewah) :)

*Hanya menggunakan bahasa yang santai agar anda dapat menjiwai story saya, hehe :D anggap seolah-olah saya cakap sorang-sorang. Dan biarkan gambar berbicara (kerana saya tahu anda semua pasti malas nak baca panjang lebaq, kan?)


#EGYPT - FIRST IMPRESSION


Buat pengetahuan anda, bila cakap pasal Egypt ni, aku cuma bayangkan padang pasir, unta, piramid, etisalat (hah, pe bende nih?)

Gambar hiasan

Pernah jugak terfikir, apa jer yang aku nak belajar kat sana hanya dengan adanya unta? Piramid?? Huh, merepek! Iye, tulah impresi pertama aku pasal Egypt. Tapi aku degilkan jugak hati ni untuk tetap ke sana. Sebab? Aku nak belajar agama banyak-banyak kat sana, sebanyak mungkin. Dan kenapa aku pilih Al-Azhar University?? Sebab aku nak hafal al-Quran. InshaAllah nak jadi doktor yang hafizah :)

Sejujurnya, aku cemburu dengan adik aku, umur baru 13 tahun tapi dah hafal dalam 7 juzuk al-Quran sejak dia masuk sekolah tahfiz hujung tahun lepas. Cemburu kot. Kata orang, kalau kita hafal al-Quran, takkan disentuh oleh api neraka. Bayangkan, api neraka kat akhirat pun takut nak sentuh kita, api dunia lagilah takkan sentuh! Betul tak?

Tapi apa-apa pun, niat perlu betul, kerana Allah :)


#FLIGHT

Erm, takde yang menarik pun pasal flight sebenarnya. Seperti yang korang tahu (aku bajet korang sume tahu), flight aku 4 September 2012 pada jam 10 malam. Memang itulah waktunya. Tak berubah pown, jangan risau :D

Alhamdulillah semua berjalan lancar. Cuma masa mula-mula sampai kat KLIA tu, bila timbang luggage sume, lebih kg! Gelabah ayam sume masa tu. Dengan cool nyer aku keluarkan barang-barang yang tak penting tu sumbat dalam kotak untuk dibawak balik ke rumah (actually sume penting kot. Tapi nak wat caner, dah lebih kg. Aku naik EgyptAir, boleh angkut 46kg. EgyptAir paling kaya dengan kg. Paham tak? Maknanyer, EgyptAir lah paling baik hati bagi bawak banyak-banyak kg) =)

Inilah egyptair :D

Okay, lagi, aku tak nangis kot sebelum fly, hehe. Sabar-sabar, tak habis citer lagi. Masa mula-mula tu memang aku tak nangis. Sebab aku dah set awal-awal kat otak, tamau nangis-nangis nih. Ecehh kononnyer lah, sebab itu jalan yang aku pilih. Tapi aku sangat-sangat tak boleh tahan airmata dari mengalir bila saatnya aku salam mak aku. Masa mula-mula salam tu tak nangis jugak. Tapi bila dengan tiba-tibanya mak aku tarik, peluk aku sambil nangis teresak-esak, aku memang tak dapat tahan airmata dari keluar. Okay, tetibe rasa nak nangis pulak bila terkenang saat itu =')

Erm, sebenarnya kan, walaupun lepas hampir 2 bulan kat sini, aku baru dapat call mak aku 2 kali je :( memang sangat sedih. Dan tiap-tiap kali call pulak, plan nak cakap dengan satu family, tapi tak dapat. Sebabnya, bila saatnya aku call je, mesti mak je yang free ada kat rumah. Ayah kekadang kat sekolah la, adik-adik semua pegi sekolah. Aku yang tak pandai bajet masa untuk call family kat Malaysia kot :(

Okay berbalik pada cerita di KLIA :D

Aku pegang pesanan mak ni sampai sekarang;

"Menjadi anak yang solehah dan taat segala perintah Allah adalah lebih berharga di dunia dan akhirat. Andai keputusan cemerlang tapi iman hampeh, tak guna jugak. Tapi kalau ada dua-dua lagi hebat."

Power tak ayat mak aku? Hikhik :D

Aku dan mak :)

Dalam flight, biasa-biasa je. Seat aku kat tepi tingkap, so bila bosan aku tengok tingkap jelah (walaupun malam-malam buta tu tak nampak apa pun). Orang semua layan movie, aku termenung jer. Aku memang jenis tak layan movie-movie nih. Dah ramai jugak orang cuba hasut aku, tapi setakat ni aku belum termakan dengan mana-mana hasutan. Nak wat caner.

Cuma satu perkara yang aku tak boleh lupa sampai sekarang bila cakap pasal flight, aku diserang gastrik yang sangat teruk sepanjang 12 jam perjalanan ke Cairo tu. Dahlah cuaca kat langit masa tu -42'C. Orang gastrik ni cepat sejuk. Hehe, dapat tak korang bayangkan keadaan aku masa tu? Allah je yang tahu. Sakit sangat-sangat, tapi tak terkeluar air mata. Cuma mulut tak henti-henti sebut "Allah... Allah...". Nak mengadu kat sapa lagi kan. Dia sebaik-baik tempat mengadu. Sepanjang-panjang flight tu menggigil kesejukan ditambah dengan sakit perut yang teramat sangat. Dan sakit cuma hilang lepas lebih kurang 2 hari sampai Mesir. Dan sebaik sembuh, aku dapat rasakan seolah-olah aku baru dilahirkan ke dunia. Rasa tenang setenang-tenangnya. Rasa macam takde dosa. Ingat senang ke nak dapatkan ketenangan yang hakiki? Hanya dengan mengingatiNya. Owh, pengampunan dariNya kah? Allah Allah!

Sampai sekarang rasa tenang =')

Owh ye, ni gambaq kat bawah ni, kat Cairo International Airport. Sampai sini dalam jam 5.30 pagi. Sebaik sampai aku terus text mak, Damia Aliah, Nur Izzati. Erm, 3 orang ni je yang aku sempat bagitahu. Sebab lepastu busy angkut luggage sume :)


At Cairo International Airport. Tu muka menahan kesakitan tu. Pucat semacam :)



#APA YANG ADA KAT CAIRO???

Erm...

BANYAK DEBU banyak sampah TANDAS KAT MESIR PELIK takde lampu isyarat ORANG MESIR SUKA HON SANA SINI banyak masjid, bersepah BANYAK HAIWAN bangunan kaler coklat BANYAK ROTI

Baiklah, mari aku huraikan perkara-perkara di atas.


-banyak debu-
Haah, memang tak terkata banyaknya debu. Dulu masa mula-mula sampai, dekat 2 minggu jugak batuk + selesema. Nak demam pun ada. Aku pernah ada lelah masa kecik-kecik dulu. Sekarang alhamdulillah dah baik, tapi tetap bagi kesan jugak kat diri.


-banyak sampah-
Memang tak terkata banyaknye sampah. Di mana-mana sahaja ada sampah. Pernah satu hari tu, aku tinggal berdua dengan housemate, Syahira Amira (Syira), kami nak buang sampah. Tapi tak jumpa tempat sampah. Lalu kami pun call akak senior rumah kami bagi membantu kami menyelesaikan masalah yang agak berat ini. Kata beliau (Kak Umi), "korang tengok je kat mana ada longgokan sampah, buang jek kat situ". Wahhh, gitu je. Jadi kami pun buang jelah kat bawah rumah kami, dekat-dekat dengan main gate. Tetibe kami kene marah dengan sorang pak arab. Tapi kami buat selambe, terus naik atas masuk rumah, kunci pintu. Bila Kak Umi balik, kami menceritakan kejadian yang berlaku. Dan Kak Umi menjawab sambil gelak terkekek-kekek, "selambe giler korang. Itu depan rumah orang laa. Hahaha!". Erkkk, okay kami tak bersalah. Lalala~


-tandas kat mesir pelik-
Erm, aku tak gheti la nak gambarkan kepelikannya. Tandasnya takde paip air kot! Seram aku nak guna. Aku lebih rela tunggu balik rumah, huhu. Paip air dengan flash disekalikan. Haha, silalah bayangkan. Aku yakin kening korang dah berkerut sekarang ni. Teruskan bersama kepelikan anda :P


-takde lampu isyarat-
Owh, ini normal yer di Mesir. Tapi aku saja je gebang. Bukanlah takde langsung, tapi setakat ni aku cuma jumpa satu lampu isyarat je, yang kat depan City Star tu je (aku bajet korang sume tahu). Eh jap jap, ada lagi satu. Kat jalan nak pegi Hussein pun ada satu je (aku bajet korang tahu jugak). Hussein tu tempat terdapat banyaknyer jubah-jubah dijual dengan harga yang murah. Dan Hussein juga berdekatan dengan Masjid Azhar. Okay, aku rindu Masjid Azhar ='(


-orang mesir suka hon sana sini-
Haah, depa suka tekan hon. Kereta yang takde hon tu maknanya tak normal. Aku dah buat kajian, masa paling lama tak dengar bunyi hon adalah selama hanya 2 saat! Wow! :D
Erm, nak tambah sikit. Jalanraya kat mesir takde line. Satu jalan tu boleh muat 4-5 baris kereta. Redah je. Sapa cepat dia dapat. Hehe, hon diorang tu sebenarnya sebagai ucapan "Assalamualaikum" di jalanraya. Kau apa tau? Aku pun baru je tahu, hahaha :D

Kalau kat Malaysia mesti dah gaduh kan bila hon sana sini tuh. Kat sini selamba je. Tekan hon tu hobi mereka. Dan lagi satu, aku paling takut nak lintas jalan. Kat mesir ni, kalau nak lintas jalan kene berani. Jangan tunggu sampai kereta berhenti sebab kereta takkan berhenti. Dulu masa mula-mula aku takut nak lintas jalan. Tapi sekarang dah selambe sikit :D aku yang suruh kereta tu berhenti.


-banyak masjid, bersepah-
Haah, masjid ada di mana-mana. Bila masuk waktu solat tu, kekadang boleh dengar 2-3 azan. Masjid penuh! Jadi tak heran kalau masjid banyak. Hari jumaat adalah paling meriah. Sume bergegas ke masjid. Suka sangat tengok :)


-banyak haiwan-
Erm, kucing bersepah. Donkey pun bersepah. Depa guna untuk angkut barang. Dan aku tengok keldai-keldai tu reti bahasa. Bagus bagus (Y)
Kambing biri-biri sangat banyak di tepi-tepi jalan. Lembu pun ada. Ni nak dekat raya haji lagi banyak binatang-binatang ni sume. Terbaru, semalam jumpa unta. Erm, aku takdelah heran pun dengan unta tu, cuma teruja sikit, hahaha :D

Dannn, aku paling takut dengan anjing! Anjing bersepah kot! Besaq-besaq pulak tuh. Cuma bezanya dengan Malaysia, anjing kat sini baik-baik belaka. Depa tak kacau orang pun. Cuma tengok orang je. Aku banyak kali dah bertentang mata dengan anjing. Even aku nak ke kuliah pun berkongsi jalan yang sama dengan laluan anjing :D


Ni ni, bergambo dengan pakcik unta :D
kat Wisma Perak A, semalam (24/10/2012) :)


-bangunan kaler coklat-
Tak pernah pulak aku jumpa bangunan cat oren ke (macam rumah aku), biru ke, pink ke. Sume kaler samaaa jek.


Ni pemandangan pada jam 6 pagi lebih.


-banyak roti-
Hehe, normal la tu kan depa makan roti. Harga beras pun mahal kat sini. Tapi inshaallah aku boleh je hidup kalau makan roti tetiap hari pun :D

Ni antara roti yang aku biasa beli kat kedai runcit bawah rumah.


Ala-ala roti gardenia gitu :D
Aku tak tahu apa nama roti nih. Roti arab la kot.
Satu plastik ni harga segenih, lebih kurang RM0.50.
Ni namanya 'Todo'. Ala-ala apollo :D


#RUMAH???

Alhamdulillah, setakat ni pasal rumah takde masalah. Aku duduk dengan 4 orang akak senior medik tahun 3. Alhamdulillah, duduk dengan senior kan, kelengkapan rumah memang okay laa. Aku bawak barang pun takdelah banyak sangat sebenarnya. Sebab barang-barang macam blender, iron sume tu senior-senior dah ada. Haa, bersama-sama dengan aku sorang student dentist bernama Syahira Amira, budak KMNS yang aku tak pernah kenal pun. Memang kami berkenalan pun kat sini jer, kat Mesir ni. Terus teranglah, aku lagi suka duduk dengan orang yang aku tak kenal. Nanti boleh berkenalan. Lagi satu aku tengok laa kan, mereka-mereka yang duduk serumah dengan classmate/schoolmate, boleh kata macam berpuak jugak laa. Depa sesama depa je. Tak campur yang lain sangat. Tak best laa gituuu. Kalau macam aku yang memang datang sini single mingle nih, aku kawan je sume orang. Eh best kowt, jumpa kawan baru :)


Ni, kat pintu pagar utama. Abaikan lubang-lubang kat tepi tu.
Masuk dalam rumah cantik jer :)


#KAWAN???

Erm, Syira ni la housemate merangkap kawan baik aku kat sini. Aku anak sulung, Syira pulak anak bongsu. Jadi, kami melengkapi. Subhanallah, Allah adalah sebaik-baik perancang. Diaturnya kami serumah :)

Housemate yang lain, Kak Umi, Kak Bahjah, Kak Kimah, Kak Zue. Sume sempoi-sempoi belaka. Paling memeriahkan suasana adalah Kak Bahjah, ore kelate. Hahaha, dengan adanya Kak Bahjah, ditambah dengan Kak Umi dan Syira, rumah akan jadi sangat meriah. Aku yang paling pendiam rasanya. Kak Zue dengan Kak Kimah pulak biasa-biasa jek. Tak bising sangat, tak diam sangat. Hehe, aku bukan pendiam, cuma aku memang bercakap kalau memang perlu atau rasa nak cakap. Tapi bila semua duduk makan sama-sama dengan depa, aku bising je. Tengok keadaan lah. Cuma, disebabkan berlainan course, kami cuma sempat nak borak-borak kalau hari cuti je :)

Aku ada je kenal ramai senior yang lain.
Kak Sabiha, medik tahun 4, Universiti Kaherah
Kak Nurul, medik tahun 2, Universiti Al-Azhar
Kak Nabilah, medik tahun 4, Universiti Al-Azhar
Kak Iffah, pergigian tahun 2, Universiti Al-Azhar

Paling rapat rasanya dengan Kak Iffah, sebab sama course, dan muka kami sangat sama! Haha, aku macam melihat diri sendiri bila pandang dia :D


Haa, sama tak? Ni lah Kak Iffah.
Kak Iffah pegi gebang kat kawan-kawan dia yang aku ni adik dia, haha! :D
Dan semua orang percaya! :D
Yang tengah-tengah ni Kak Sabiha!
Merangkap musyrifah kami sepanjang 3 hari program orientasi kami.
Sampai sekarang kami rapat.
 Ni masa program AHLAN :)
Ni pulak Kak Nabilah. Kat hadiqah azhar (azhar park).
Merupakan naqibah bagi group usrah aku.
Akak ni tangan dia patah baru-baru ni, sebab terjatuh dari kerusi.
Mari doakan kesembuhan dia! :)


#MAKANAN???

Firstly, makanan kat sini memang tak diragui. Inshaallah sume dijamin halal. Cuma aku tak berani nak makan makanan-makanan kat tepi-tepi jalan tuh. Yelah, jalan berdebu kot. Memang tak terjamin kebersihan. Senior-senior pun ada pesan supaya tak beli makanan-makanan kat tepi-tepi jalan tu. Depa (orang arab) takpe sebab depa sume dah biasa. Antibodi kuat. Makanan sume okay jer, sedap jer. Kira takde masalah la pasal makanan. Tapi aku lagi puas hati bila masak sendiri, hee. Apa guna aku berlatih masak sebelum mai mesir dulu ye tak? Pe lagi masak la, jadi suri rumah tangga tak sepenuh masa :P

Pasal air, air adalah dari Sungai Nil. Sungai Nil sebagai sumber air. Tapi baru ni krisis air, jadi harga air mineral agak mahal. Aku tak pasti berapa harga sebab aku takde beli pun. Masak air kat rumah je. Dan aku sangat suka jus kat sini! Kalau minum air mangga macam makan sebiji buah mangga. Dahlah harga murah kemain! Ori pulak tu, tanpa perasa tambahan :)


#CUACA???

Sekarang masih kategori summer. Tapi inshaallah nak masuk winter dah. Makin hari makin sejuk. Owh ye, semalam (24/10/2012) hujan! Hujan dalam 20 minit macamtu. Sume excited, haha. Dan kami mandi hujan!! Menurut Kak Umi, masa summer banyak lipas. Masa winter pulak akan banyak semut! Okay nantikan.


#WAKTU SOLAT???

Subuh: 4.30am (lebih kurang)
Zuhur: 11.40am
Asar: 2.50pm
Maghrib: 5.20pm
Isyak: 6.40pm

Ini waktu solat terbaru. Subuh makin awal, maghrib makin cepat. Waktu malam makin panjang, menandakan nak winter sangat dah.


#PAKAIAN

Walaupun aku bawak banyak baju kurung, tapi aku lagi suka pakai jubah. Jubah aku ada 6 helai je. Ulang-ulang pakai. Dalam seminggu kelas tu, aku pakai baju kurung sekali je. Selebihnya aku pakai jubah je, dengan tudung bidang 60 tu, alhamdulillah :)


Okay dah penat bebel itu ini :)


#RANDOM#


Humaira, Kak Sabiha, Syira
@ Markaz Perubatan Sabi' 
Humaira, Kak Umi, Syira
@ Sg. Nil
Kak Sabiha, Syira, Kak Umi, Kak Wasilah, Humaira
@ Sg. Nil, atas bot.
Humaira, Syira
@ Sg. Nil
Humaira, Syira
@ Masjid Azhar
@ Hadiqah Azhar ( azhar park)
@ KFC :D
@ Hadiqah Dauli.
Kat mesir ni memang banyak hadiqah :D
Syira, Kak Umi, Humaira
@ Hadiqah Dauli - Korea.
@ Hadiqah Dauli :D
Pre dental - Communication skill class.
Kami belajar macamana nak berinteraksi dengan baik dengan pesakit :D
AHLAN 12
@ Universiti Al-Azhar - Cafe.
@ Asfour, kilang kristal.
Jaulah bumi anbia' - hadiqah azhar. 
Picnic @ Hadiqah Dauli. 
Depan kuliah tib asnan, banat. 
Coklat paling sedap (bagi aku) :D
Program 'Glow in Flow' oleh Perubatan @ Markaz Perubatan. 
Kami sampai ke kuliah tiap-tiap hari pada jam 7 pagi.
Sementara tunggu pintu dibukak, kami amik gambo :D 
Universiti Al-Azhar
Owh ye, gambo ni dapat dari Arif.
Kitab ni ada sorang syeikh bagi.
Hanya kerana aku senyum dan tunduk hormat kat dia :) 
Sila fokuskan pada langit yang gelap itu. Nak hujannn :D

Perasmian pembukaan Universiti Al-Azhar oleh Hosni Mubarak.
Gambar hiasan. 
Gambar hiasan.
Malam penutup orientasi @ markaz perubatan.
Jadual waktu pre-dental. Colourful gitu :D
2 hari sebelum ke Mesir :)
Mia, Zu, Pija, Salman, Rais
Saya sentiasa doakan awak semua!
Damia Humaira
KMS, Cafe Carina, 28 Ogos 2012.

Salam sayang,
ام حوميراء بنت محمد نوردين



Mumtaz for Ummah. Mari Jadi Hamba Superb! ^^

4 comments:

  1. ko nk tunggu blog ni brsawang ke baru nk update yg terbaru.. ish!2 mk tunggu blog trbaru ko.... :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu ade sarang lelabah, ade lipas, tikus, cicak, sume lah :P

      Delete
  2. hehe.. comey jek bab toilet pelik.. haha :P take care there !

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, toilet camtu jumpa kat mesir je rasanya :D
      take care jugak! =)

      Delete