...............................................................................
In the Name of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful
Praise be to Allah, Lord of the Worlds
Any kind of language coming from Him
................................................................................
“Sabar, sabar, sabar!”
“asyik aku je nak sabar! penatlah macam ni. Hati orang je nak
jaga tapi hati aku? SAKIT!”
MashaaAllah…
Monolog kat atas tu hanya contoh semata-mata.
Saya bukan
berniat nak memburukkan sesiapa di sini, cuma saya berharap perkongsian kali ni
kita semuaaa dapat amik sebagai pengajaran. InshaaALLAH.
SABAR. Lima huruf. Senang nak eja. Tapi payah nak duga
perlaksanaannya. Indeed.
“ah, kenapa aku?”
Baiklah, bercakap dari hati ke hati siapa kat sini dia memang
penyabar? (angkat kening!)
Susah nak jawabkan.
Sebab kesabaran itu sesuatu yang
mahal.
Bila mahal ia payah untuk dimiliki.
Tapi tak mustahil wahai
sahabatku.
Kadang-kadang orang selalu kata,
“sabar lah, sabar.”
Responnya pula,
“aku dah penat bersabar. Sabar pun ada batasnya tau.”
Hmm, pada hemat saya sabar itu takde batasan.
Cuma bagaimana
kita nak mengawal minda kita dan terus
bawa ke hati dengan bermodalkan keimanan.
Ye, memang payah. Payah sangat.
Sebab
itulah orang yang sabar itu tinggi darjatnya di sisi Sang Pencipta!
“katakanlah
Muhammad: 'wahai hamba-hambaKu yang beriman! bertakwalah kepada TuhanMu.' Bagi
orang yang berbuat baik di dunia ini akan memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah
itu luas. Hanya orang-orang yang bersabarlah
yang disempurnakan pahalanya tanpa batasan.”
Az-Zumar:10
“ah, kenapa aku lagi?”
Musibah punca atau asbab termuhasabah.
Eh, betul ke? Kenapa
pula dapat musibah, tetiba termuhasabah pula?
Ye sahabat, bila kita ditimpa
musibah barulah nak ingat Allah.
Maka betullah lontaran itu.
Bila kita
diuji, lantas hati mula bergerigi, koyak, rabak seolah-olah…
”ah, hidup aku terhenti disini!”
“kenapa aku diuji sebegini?”
“ya Allah, banyak sangatkah dosa aku sehingga Engkau menguji
aku dengan musibah sebesar ini?”
Mulalah muncul satu perasaan bagai hati mengetuk iman.
Sedar rupa-rupanya
“Aku Masih ada Iman”.
Dasarnya, bukan hati yang mengetuk iman untuk kembali
mengingati fitrah diri seorang hamba namun, Iman yang kembali memanggil
kita. Rindu.
Saban hari kita melupakan sahabat kita, iaitu keimanan.
Allah telah
memberi ruang dan peluang untuk kita berasa termuhasabah. Syukuri!
Kenapa masih
nak bersoal jawab dengan Allah.
Benar, memang payah!
Tapi itulah, hakikatnya
tersangatlah berat nak menduga perlaksanaan sabar dalam menjemput kedatangan musibah atau ujian yang tak diundang!
Jap!
Analoginya kita ditinggalkan dalam satu bilik yang gelap. Dalam
bilik itu ada banyak “khazanah alam”. Dalam
berhimpit-himpit, kesesakan, jenuh, jerih, luka berdarah kita di paksa mencari satu kunci. Dengan kunci itu kita boleh
buka salah satu pintu dalam bilik. Bagi ruang kat bilik tu untuk mendapat
suluhan cahaya. Cahaya atas cahaya.
Haaa, pendefinisian cheq kat sini berkaitan
cahaya atas cahaya tu ialah andai kita berjaya buka pintu, so pastilah bilik tu
dapat cahaya. Dapat menerangi semua yang ada dalam bilik tu lagi! Cahaya
dapat, nak keluar dari “penjara sementara” pun dapat. Itulah Cahaya atas Cahaya.
Ehh, pajang lebo nya cheghita…so what’s the point? apa
kaitanya dengan sabar. Musibah? Muhasabah?
“Tak habis-habis aku kena sabar.”
Yelah, sabar dalam menjemput musibah. Nanti
termuhasabahlah.
Begini, setiap apa yang berlaku dalam dunia ni bersebab. Iya
bersebab.
Even saya tulis ni pun bersebab.
Haa, kome semua baca pun
bersebab.
Haha, bunyi macam lawak je. Biar betul cik penulis
oi!
Well, betul. Serious.
Cuma kadang kita yang tak pernah nak sangkal perkara yang
kecik pun bersebab.
Kita hanya tahu menyalahkan. Dalam konteks musibah ni
lah.
Contoh lagi, kalaulah anak kita tumpahkan air, agak-agaknya apalah yang
terkeluar dari mulut kita? (kenapa anak? haha…saja)
“Ya Allah, macam mana hang minum ni! mulut hang kat mana? Tang
mana hang pi sumbat ayaq tuuu?” (maaflah, saya bukan orang utagha tapi dok gatai guna bahasa
utagha ^^ kalau salah tu, tutup sebelah matalah ye)
Contoh ni saya nak kome fikir sendiri.
Supposely macam
mana?
Fikir ye. Positively thinking.
Baiklah, hidup bukan semudah memetik dua
jari.Itu pun belum pasti berbunyi. Hidup bukan semudah ABC. Itu pun bukan mudah
mana, sebab ada yang buta huruf! Dan mehnah dunia itu satu yang pasti. Ujian itu
akan diselangi dengan ujian dan ujian.
Semakin kita berada pada garisan penamat
semakin terasa bebanan. Tekanan.
Dan pada saat itulah segala ujian dan amanah
menjadi pikulan. Nak sampai ke garisan penamatlah katakan.
Jadi, tanpa kesabaran
dan kecekalan kita memang takkan mampu menelan arus lautan cubaan
dunia.
Seriously talk, kita memang kena letak SABAR dalam kamus hidup kita.
Nak
berubah? Memang susah.
Nak maintain? Lagi payah.
Sebab kadang iman itu ada lagunya. Kadang
rancak, kadang melekakan, mendayu tertidur dibuatnya.
Hah, dunia tu banyak betul
ibaratnya! Sastera sungguh!
Dalam firman Allah ada mengatakan yang hati manusia
itu ibarat berada di celah-celah jariNya dan boleh dibolak-balikkan pada
bila-bila masa.
Allahurabbi, andai kita dah hampir setengah abad beribadah, sujud
pada yang Esa, tiba di saat pengakhiran kufur menjelma.
Syirik kerana apa
sahaja!
Syaitan mula merasuk tak terduga.
Nauzubillah. Nauzubillah.
Saat menemui
sakaratul maut, manisnya kalau diselimuti mujahadah. Redha. Husnul Khatimah!

Kenapa Allah timpakan
ujian, musibah, penyakit, bebanan, tanggungan, jiwa kosong…?
Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Sebab Allah tahu kita KUAT.
Sebab Allah nak BERSIHKAN DOSA kita.
Sebab Allah mahu kita DEKAT denganNya.
Subhanallah.
Ye, bersyukurlah sebab
Allah masih ingatkan kita.
Bahkan Allah sentiasa megingati kita.
Dalam apa
situasi pun.
Sebab tu lah ujian tu boleh datang bila-bila.
Tak dinafikan bila
kita berhadapan dengan orang pun, kadang tercabar si sabar ni.
Hmm, teruskanlah
bersabar.
Opss, sabar bagaimana?
Kalau orang dah melampau, sakit hati cik oi!
Cuba
explore sifat Baginda.
Kan Muhammad saw is our best idol. Selebriti hidup
kita!
CHOP!
kita memang ada hak dan tersangatlah boleh nak tegur orang yang cuba
merampas kesabaran kita.
Tapi, in proper way lah.
Nak voice out memang boleh tapi
cuba elak dari gaduh-gaduh ni.
Hmm, ni tak. Ada yang sampai bermasam muka
berhari-hari. Eh, bertahun pun ada juga.
Itu sifat manusia. Sadis. Ego.
Selagi wujud
istilah “aku betul kau salah” memang sampai bila pun, no point.
Bila
ditegur, melenting. Bila dibiar menjadi-jadi. Bagaimanakah? Bagaimankah? Menangis.
Menjemput kefahaman terlebih dahulu berbanding menerjah
sesuatu secara melulu :)
Progress is impossible without change, and those who cannot
change their minds cannot change anything. Mentaliti.
Jadi apa kata dalam
penitipan perjalanan seorang manusia, seorang daie, seorang
pengembara, berlatihlah bersabar.
Ubah sikap.
Bertatih pun takpe asal tak pernah
letih!
Ya, saya faham pasti ramai hati-hati yang mengeluh,
''alah, cakap
senanglah…cuba dia.''
Bukan macam tu maksud saya tapi, penulisan ni juga buat
peringatan besarrr untuk saya. Untuk kita.
Tak salah nak berusaha. Tak salah nak
mencuba. Tapi biar bertala-tala. Istiqamah.
Hidup itu bukan pilihan tetapi kita
hidup untuk membuat pilihan.
Percayalah, kalau anda anda dan anda yang baca ni
cuba sabar walaupun seminit, nikmatnya Allahu Akbar! Cukup indah.
Mungkin bukan
onwards tapi mungkin esok, lusa atau akhirat kelak.
Bersabarlah duhai hati.
Pesan
kat hati kita, minda akal dan jiwa, bersabarlah! Tenanglah.
Jangan di jenguk api
yang marak, terasa bahangnya kelak.
“its me again. Sabar sabar sabar.”
Pengembaraan yang sebentar, memberi aku 1001 penjelasan.
Bisikan,
"oh
macam ni rupanya manusia..."
mengejutkan mata hati yang lama 'terlelap'.
Setiap
hari juga kita belajar untuk hidup. Mengenali manusia dan telatah mereka.
Kita
serupa tapi jauh berbeda.
Dicipta untuk satu tujuan namun bila
dihamparan, manusia bercoretkan misi dan visi yang berbeda.
Siapa tahu hati kita? Gerak
kerja kita? Pilihan hidup kita? Keputusan kita? No one.
Kecuali Allahi Taala.
Andai
kita sakit, bersyukurlah kerana dosa yang
melilit diri sedang cuba dirungkaikan satu persatu. Tanda Allah nak kita dekat
dengan Dia. Bersabarlah.
HIDUP SATU MUJAHADAH YANG AKAN DISELANGI UJIAN DEMI
UJIAN. MAKA BERSABARLAH SUPAYA MENDAPAT TARBIYYAH HAKIKI DALAM TERMUHASABAH DEK
MUSIBAH.