...............................................................................
In the Name of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful
Praise be to Allah, Lord of the Worlds
Any kind of language coming from Him
................................................................................
FREEDOM FOR PALESTIN
Alhamdulillah hari ini saya masih diberi kesempatan untuk terus bernafas dan menikmati rezekiNya. Allahumma bariklanaa fiddunya walakhirah, InshaAllah.
Baiklah setelah satu hari memikirkan topik apa yang ingin dikongsikan, saya berminat untuk berkongsi dengan kalian semua berkaitan Palestin bumi yang diberkati... Hmm, pada mulanya idea ni timbul bila saya tengah dengar lagu Maher Zain (Freedom), secara tak langsung terus terfikirkan soal ni pasti banyak manfaatnya kalau dapat dikongsi bersama. Dengan izinNya saya akan cuba sebaik mungkin untuk berkongsi dengan awak semua ilmu yang banyak saya peroleh dari pelbagai jenis pandangan, bermula dari seorang atok hinggalah ke seorang profesional, ustaz dan tak terkecuali dari seorang mufti. Wallahualam.
"gathered here with my family,
my neighbours and my friends, standing firm together
against oppression holding hands
it doesnt matter where you are from
if you are young, old, woman or man
we're here for the same reason
we want to take back OUR LAND..."
Inilah antara bait bait lirik lagu bertajuk Freedom nyanyian Maher Zain. Subhanallah lagu ni kalau kita semua hayati betul betul, tak mustahil kita akan menangis. Persoalannya meitisnya air mata ni bukanlah sebab lagu ni semata-mata tapi apa yang kita rasa bila kita terfikirkan saudara kita di Palestin. MasyaAllah, sangat menyayat hati.
Islam mengiktirafkan Palestin sebagai bumi yang diberkati. Allah pernah berfirman dalam surah al-Isra' ayat 1 yang bermaksud;
"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya (Muhammad saw) pada malam hari dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat"
Sebagai umat Islam kita sangat memuliakan Masjidil Aqsa sebagai masjid ketiga yang utama selain Masjidilharam dan Masjid Nabawi. Sahabat yang disayangi kerana Allah sekalian, penganut Kristian pula mendakwa Haikal Sulaiman sebagai kepunyaan mereka (orang kristian) manakala Yahudi menganggap tanah Palestin merupakan kawasan yang dijanjikan oleh Tuhan Yahweh kepada mereka sebagai tanda mereka ni bangsa terpilih (chosen people la katanya). Selain itu juga bangsa Yahudi mendakwa merekalah yang paling berhak ke atas tanah Palestin sebab dengan alasan kawasan suci Baitul Maqdis ini pernah diperintah raja raja Yahudi seperti King Solomon (Nabi Sulaiman) dan King David (Nabi Daud). MasyaAllah kadang kadang terfikir juga kenapa dan kenapa apabila bumi yang diangkat sebagai tanah suci ni saban hari dicemari dengan peperangan atas nama Agama...
Tapi cuba kita renungkan kembali apa yang pernah diperkatakan oleh Sallahuddin Al-Ayyubi, sesiapa yang mampu kuasai bumi Palestin bermakna dia akan menguasai dunia. Ungkapan pemikiran yang jelas ni pernah diselidik dan ternyata benar. Kenapa saya berani cakap macam ni? Sebab contohnya penguasaan Israel atas Baitul Maqdis sekarang dilihat sebagai kuasa yang besar yang mampu kuasai dunia melalui proksinya, Amerika Syarikat.
Bermula dengan penguasaan Sayyidina Umar Al-Khattab ke atas Palestin setelah sekian lama berada dibawah kuasa kerajaan Rom. Semua ni dapat dibuktikan bila Sophronius iatu paderi besar Baitul Maqdis sendiri menyerahkan kunci kota tersebut kepada Umar. Pada ketika ni bukan umat Islam saja yang gembira tapi termasuk jugalah penganut Kristian. Malangnya pada 429H/1099M tentera salib berjaya merampas semula Palestin. Walaubagaimanapun semangat juang umat Islam pada ketika itu untuk dapatkan kembali 'tanah kita' semakin menebal. Mereka berjaya dan membuktikan kemenangan meraka dalam Perang Hittin di mana peperangan ni dipimpin oleh Sultan Salahuddin Al-Ayyubi. Umat Islam berjaya disatukan dan berjuang bersama-sama di bawah panji panji Islam yang sama tanpa mengira bangsa. Subhanallah, manisnya saat ini! Dengan kemenangan ni umat Islam solat dan beribadah kembali di Masjid Al-Aqsa.
Apa apa pun apa yang nak ditekankan ialah perjuangan yang dipimpin Salahuddin. Perjuangannya tidak terbatas tanpa mengira bangsa dan sebagainya tetapi aqidah Islamiyyah itulah titik permulaan untuk mendapatkan kemenangan dan kunci kekuatan umat Islam. Beliau merupakan satu contoh pemimpin beriman yang taqwa kepada Tuhannya iaitu Allah subhanahu wa taala dan takutkan pembalasan Allah pada hari akhirat kelak.
Justeru, tanggungjawab kita sebagai perintis dan pemuda Islam terlalu besar kerana apa yang dapat kita lihat remaja Islam hari ini sangat menyedihkan. Saya rasa perkara ni tak perlu saya jelaskan lagi sebab kita semua dah boleh berfikir dan nampak dengan jelas berkaitan keadaan sekeliling kita. Sahabat yang saya hormati sekalian, mencontohi pejuang pejuang terdahulu, hanya ada satu jalan yang dapat kita atasi iaitu dengan semuanya bersatu hati atas aqidah yang sahih kepercayaan, kasih sayang, ilmu yang mantap dan strategi demi mengembalikan zaman kegemilangan Islam seperti dulu. Kalau dulu Islam pernah berada diatas kenapa sekarang tidak? Sekurang-kurangnya usaha usaha keamanan macam misi 'Life Line For Gazza' harus disokong dan sentiasa ambil berat. Ini dah cukup membuktikan yang umat Islam masih ambil berat dan ada kesedaran memperjuangkan 'tanah kita' Palestin. Namun, sebenarnya masih ada banyak lagi cara yang boleh kita bantutkan kemajuan Israel. Nak atau tak itu terpulang pada kita, pada tahap keimanan kita pada Allah.
Tepuk dada tanya Iman.
Nanti kat padang Mahsyar orang orang Palestin akan tanya kita, "Susah sangat ke anda nak tinggal makan BigMac tu..?" Gulp.
*Alhamdulillah dalam minggu ni dapat kita lihat kebahagian dan keceriaan yang terpancar pada wajah wajah rakyat Mesir apabila sejarah terukir di tengah-tengah kota Kaherah, golongan muda terutamanya meraikan kemenangan mutlak calon Ikhwan Muslimin Dr.Mohamed Morsi sebagai presiden baru Mesir. Syukur, Alhamdulillah! :)
Belumpun Dr.Muhammad Mursi mengangkat sumpah jawatan Presiden, bursa saham Mesir mencatatkan keuntungan LE4.9 juta, sehari selepas Mursi diumumkan menang. Allah akan bukakan rezeki dari pintu langit dan bumi kpd Mesir. Itu pentingnya pemimpin bertakwa, bukan semata2 dilihat kpd pengalaman mentadbir seperti yg dipandang oleh sesetengah rakyat Mesir bila ditanya kenapa menyokong Ahmad Syafiq.
Subhanallah!
well said. The facts written are very compact, love the way they are presented. مبروك :)
ReplyDeletealhamdulillah, syukran. moga Allah reda (ayat bro hilal). moga bermanfaat. ^^
Delete