Pages

Wednesday, August 8, 2012

Perintah Kecil, penting ke?


...............................................................................
In the Name of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful
Praise be to Allah, Lord of the Worlds
Any kind of language coming from Him
................................................................................


Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan untuk berkongsi sedikit ilmu bersama sahabat semua.

Rasanya seperti sudah lama saya tidak menulis. Ya, pejam celik pejam celik dah hampir peringkat ke tiga dalam bulan puasa kita, iaitu mencari Lailatulqadra...subhanallah masa berlalu begitu pantas sekali! 

Bagaimana iman kita hari ini? Masih ditangga teratas atau semakin mencorot? Wanauzubillah.

Moga setiap hari amal dan ibadah kita sentiasa diupgrade semata-mata kerana Allah. 

Baiklah, segala puji bagi Allah kerana memberi ruang kepada saya untuk mengisi entri ini. 

InsyaAllah apa yang bakal saya kongsikan ini mungkin pada sesetengah orang, perkara ini agak remeh dan kita semua tidak ambil kisah namun sangat besar disisi Allah subhanahu wa taala.

Sabda Rasulullah saw:
"Janganlah kamu meremehkan perbuatan baik (makruf) sekecil mana sekalipun walau hanya tersenyum ketika berjumpa sahabatmu."
Hadis Riwayat Muslim

Hadis ini mentarbiyah sesuatu yang sangat penting, iaitu perbuatan kecil yang bisa memberi impak yang besar kepada diri seseorang. 

Sahabat yang dikasihi kerana Allah sekalian, semua yang diperintahkan oleh Allah melalui RasulNya, Muhammad saw walau sekecil mana sekalipun mengandungi hikmah yang sangat besar. Oleh itu pencinta kebaikan tidak pernah melihat kecil perbuatannya. Tetapi dia menganggap perbuatannya itu mendekatkan dirinya dengan Allah. Subhanallah! Kenapa? Kerana hidup dan matinya hanya untuk Allah swt. 

Namun ada sesetengah manusia yang fikirannya terpesong. Tetapi kita tidak boleh menyalahkan orang itu sepenuhnya kerana dugaan seorang mujahadah itu memanglah sangat berat. 

Syaitan dengan kerjasama nafsu memang tidak akan pernah berhenti untuk meyesatkan Bani Adam. Kerana segalanya sudah termaktub di dalam Furqanul Kareem. 

Tetapi ingin saya tegaskan bahawa Muhammad saw telah meninggalkan kita Quran dan Sunnah untuk menjadi pegangan kita. Jadi nak tak nak kita yang tentukan. 

Fikirlah. Fikirlah dan fikirlah apa tujuan hidup kita. Bekalan kita dan ke mana destinasi kita?

Samurah bin Jundab iaitu merupakan seorang sahabat Nabi saw pernah berkata:
"Sesiapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah, maka periksalah kedudukan Allah di hatinya".

Ertinya sesiapa yang meletakkan Allah yang utama dalam setiap urusannya, dia pasti menghormati Penciptanya itu. Dia akan bersegera melaksanakan perintahNya walaupun sekecil mana perkara itu. 


Sebagai contoh, seorang murid yang menghormati gurunya pasti akan segera menyiapkan kerja yang ditugaskan oleh gurunya. Balasannya tentu guru itu akan turut menyayangi dan menghormatinya. 

Justeru itu samalah seperti manusia dengan Tuhannya. Pasti Allah akan meletakkan kita disisiNya pada tempat yang tinggi jika kita mendengar perintahnya.

Kebanyakan orang begitu sukar untuk senyum apabila bertemu dengan sahabatnya. Pada mereka senyuman itu bukanlah satu kewajipan. Namun bukanlah susah untuk melakukan itu. Hanya senyuman. Seperti kita semua tahu senyuman yang lahir dari hati yang ikhlas adalah satu sedekah. Oleh itu, ambillah peluang tak berbayar ini dengan segera. Lakukan perubahan dan bersedekahlah. 

Dengan senyuman juga secara tak langsung kalian semua akan merasakan satu kepuasan yang sangat menenangkan hati. Percayalah!

Islam itu indah kerana mendidik umatnya untuk sentiasa menjadi yang terbaik. Jadilah muslim yang mukmin. InsyaAllah.


Selamat beramal. Salam sayang, :)


Mumtaz for Ummah. Mari Jadi Hamba Superb! ^^

No comments:

Post a Comment