Pages

Monday, July 23, 2012

Doa

...............................................................................
In the Name of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful
Praise be to Allah, Lord of the Worlds
Any kind of language coming from Him
................................................................................



"Sesungguhnya doa seseorang itu tidak akan lepas dari salah satu di antara tiga..adakalanya diampuni dosanya, adakalanya diberikan kebaikan segera (dikabulkan sesuai dengan permintaan) adakalanya ditunda pengabulannya" (H.R Dailami)


Berikut adalah SEBAHAGIAN perkara2 yang doanya tidak di terima Allah SWT:
  1. Berdoa tetapi tidak menghindari dari makanan/minuman haram atau bercampur dengan hal2/barang2 yang haram.
  2. Mengaku mencintai Rasulullah tetapi tidak mengikuti / menjalankan sunnahnya.
  3. Berdoa untuk masuk ke syurga, tetapi tidak beramal untuknya.
  4. Kamu makan nikmat Tuhanmu, tetapi kamu tidak bersyukur kepadaNya.
  5. Kamu mengaku syaitan itu musuhmu, tetapi kamu patuh kepadanya.
  6. Berdoa untuk melepaskan diri dari seksa neraka, tetapi kamu lemparkan dirimu ke dalamnya dengan selalu berbuat dosa.
  7. Sibuk memperkatakan aib saudaramu, tetapi kamu tidak melihat aibmu sendiri.
  8. Kamu kuburkan orang2 yang meninggal dunia, tetapi kamu tidak mengambil ikhtibar dari peristiwa itu.
  9. Berdoa perkara2 yang tidak sesuai dengan permintaan.
  10. Berdoa dengan tidak memenuhi tatacara/syarat2 berdoa.
“Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka.” [Ibn Majah]

Mari sahabat-sahabat superb, perbanyakkan berdoa kepadaNya terutama sepanjang bulan Ramadan ini! Saya suka ingin memetik kata2 Dr.MAZA ini;

"Iblis mintak panjang umur sampai kiamat pun Allah makbulkan, padahal derhaka betul iblis tu. Takkan doa hamba Dia yang solat dia tak terima?"

Sahabat-sahabat superb, sila tersentuh dengan ayat di atas.

Selamat beramal! ^^

Salam sayang, :)




Mumtaz for Ummah. Mari Jadi Hamba Superb! ^^

No comments:

Post a Comment