...............................................................................
In the Name of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful
Praise be to Allah, Lord of the Worlds
Any kind of language coming from Him
................................................................................
Assalamualaikum sahabat semua, apa khabar iman kalian?
Saya mendoakan kita sihat luar dan dalam, inshaAllah, :)
Subhanallah, pejam celik, pejam celik dah 1 Ramadhan. Terlalu cepat masa berlalu. Walaubagaimanapun, syukur alhamdulillah kita masih diberi masa untuk sama-sama menyambut hari yang penuh rahmat ini di bulan yang mulia ini. Terima kasih ya Allah!
Hari ini hati saya tergerak untuk berkongsi beberapa perkara dengan sahabat semua, moga apa yang bakal saya ceritakan dapat kita jadikan teladan dan kebaikan untuk semua, biiznillah.
Di sini ada satu kisah yang saya nak kongsikan berkaitan perbualan seorang kakak dan adik yang baru mereka kenali lebih kurang dalam masa satu bulan setengah.
Perkenalan mereka bermula apabila adik ini memulakan kerja sebagai seorang promoter di sebuah butik kanak-kanak.
Apa yang ingin saya ceritakan di sini bukanlah bagaimana perkenalan mereka terjalin tetapi mengenai sebuah perbualan dalam hari-hari yang mereka lalui. Antara perbualan mereka;
Kakak: Adik, boleh akak bertanyakan sesuatu?
Adik: Boleh, apa dia? Insya-Allah kalau saya mampu jawab saya akan jawab.
Kakak: Apa pandangan adik berkaitan isu orang bertudung labuh?
Adik: Hmm... Allah, soalan akak ni sebenarnya dah terlalu ramai yang persoalkan dan kalau nak diikutkan mungkin juga dah ramai penceramah bebas tekankan isu ini (senyum segan). Ok, insya-Allah apa pandangan saya ialah tudung labuh ni subjektif. Oh ye, kenapa saya cakap macam tu sebab ada sesetengah muslimah yang beranggapan tudung labuh tu menutup belahan leher dan dada sebab biasalah sekarang ni mcm2 gaya tudung.Lilit punya lilit sampai tak gerak kepala.Haha.Hmm, ada juga yang beranggapan tudung labuh tu menutup hampir seluruh badan sampai labuh ke pinggang. Ada banyak lagi yang berbeza pendapat. Tapi kalau akak nak kepastian ada satu fakta yang saya suka sgt berkaitan suruhan Allah ini terhadap kita, jom kita try tengok dalam surah al-Ahzab ayat 59, maksudnya; "Wahai nabi, katakanlah kepada isteri2mu, anak2 perempuan mu dan isteri2 orang mukmin, hendaklah mereka menutupkan jilbabnya* ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu mereka lebih dikenali hingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun dan Penyayang."
Kakak : Hmm (angguk faham) ...
Adik: Kenapa akak tanya saya tentang ni ye?
Kakak: Tak ada apa2, cuma akak teringin nak pakai tudung labuh satu hari nanti, tapi akak tengah mencari masa yang sesuai dan akak betul2 ikhlas sebab Allah. Betul tak?
Adik: Oh ye ke? Alhamdulillah saya tumpang happy (senyum semangat). Betul cakap akak tu, apa saja yang kita nak buat perlu ikhlas semata-mata keranaNya. Tapi sepeti apa yang pernah ulama2 kita berpesan perubahan ke arah kebaikan itu jangan ditangguh-tangguh dan hidayah Allah perlu dicari. Lama-lama keihklasan itu akan muncul apabila kita istiqamah. Insya-Allah. Tapi, takpa saya akan mendoakan yang terbaik untuk akak.
Kakak: Adik... Tapi, Allah nak terima ke dosa2 akak yang lepas? Akak dah lama nak lepaskan semua dalam hati akak tapi belum ada yang akak terbuka hati nak share. Mungkin dengan adik akak boleh luahkan semuanya. Akak ni dulu banyak buat silap (bergenang air mata), akak terlalu ikutkan perasaan dan akak mudah terpengaruh. Akak takut Allah tak terima dosa akak (tutup muka).
Adik: Akak (sambil mengosok tangan kakak ini untuk memujuk), akak tahu tak Allah tu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani hamba-hambaNya. Hmm, dalam al-Quran sendiri pun Allah dah banyak berfirman. Antaranya, dalam surah an-Nisa' ayat 110, "Dan barang siapa berbuat kejahatan dan menganiayai dirinya, kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia akan mendapat keampunanNya. Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang."
Kakak: (menangis sambil senyum memandang adik tersebut)... Boleh tak adik ceritakan apa2 yang adik tahu...? Akak nak dengar...
Adik: (senyum sabar) Insya-Allah, boleh. Apa2 saja kan?
Kakak: Ye (kembali bersemangat).
Adik: Ok, satu perkara yang saya teringin nak share kan dengan akak ni tentang Baginda saw. Kalaulah kita tahu perjuangan Baginda untuk kita, pasti tersentap dan luluh hati ni. Terlalu banyak pengorbanan Baginda untuk kita. Ketika saat kematiannya pun masih teringatkan kita, umatnya. "Ummati, ummati, ummati"... Ya Allah setiap apa yang Baginda fikirkan adalah semata-mata untuk kebaikan kita. Tapi pernah tak kita fikirkan walaupun sesaat mengenai kebaikan untuk Baginda? Ya Allah kita terlalu selfish, semuanya hanya untuk kita sebab kita ikutkan nafsu semata. Allah... (menitis air mata). Disebabkan terlalu sibuk memikirkan soal manusia dan umat yang dikasihi, Aisyah ra pernah berkata; "Aku sedih kerana sepanjang hidup Baginda aku tak pernah lihat Baginda makan roti dan daging 2 kali sehari hingga kenyang"... Dalam kisah ni selepas kewafatan Baginda, seorang bangsawan datang ke rumah Aisyah dan membawa makanan yang sedap untuk Aisyah sebagai hadiah hingga menyebabkan Aisyah ra menitiskan air mata terkenangkan Baginda saw...
Belum sempat adik itu menyambung ceritanya,
Kakak: Ok, maafkan akak... Akak tak mampu nak dengar lagi (Bangun dan bergerak ke dalam bilik).
Baiklah sahabat yang saya sayangi semua, perbualan cerita kat atas ni ada yang telah diedit bersesuaian dengan situasi tapi berdasarkan perbualan sebenar.
Moga buat diri ini dan sahabat dapat kita jadikan pengajaran dunia dan akhirat. Masih banyak yang ingin saya kongsikan tapi insya-Allah saya akan cuba update dari masa ke semasa...
Sekadar renungan,
Menyedari bahawa mati itu boleh datang tiba-tiba maka usahakanlah melembutkan hati.
Imam al-Ghazali pernah berkata; "Carilah hatimu di tiga tempat. Carilah hatimu sewaktu bangun membaca Quran, jika tidak kau temui carilah hatimu ketika mengerjakan solat, jika tidak kau temui carilah ketika mengingati mati, jika kau tidak temui berdoalah pada Allah, pinta hati yang baru!
SELAMAT BERAMAL SAHABAT! SAYANG AWAK SEMUA... ^^
No comments:
Post a Comment