Pages

Showing posts with label Damia Humaira's Story. Show all posts
Showing posts with label Damia Humaira's Story. Show all posts

Tuesday, December 31, 2013

Ada Apa dengan Kaherah?

Assalamualaikum sahabat semua...apa khabar di sana?

Alhamdulillah akhirnya dapat juga saya memeriahkan semula blog ni. Hihi. Maaf lah ye,kesibukan dalam menuntut ilmu sangat memenuhi jadual harian. Cewahh. Almaklumlah,bila bergelar pelajar sepenuh masa ni tumpuan terhadap blog yang disayangi ni terpaksa di selitkan untuk waktu lapang je. Apa-apa pun,bersyukur sangat sebab dapat spend masa untuk mengisi ruang entri ini! Fi hifzillah.

Pertamanya, pastilah tentang Mesir kan. Semua tak sabar nak dengar tu. Hehe. Pada saat saya menulis ni,mungkin ada beberapa perkara yang tak dapat saya share dan mungkin saya akan ceghitakan nanti. InshaaAllah by time.

Monolog

“ketika aku sampai di bumi Mesir ini,satu perasaan yang tak dapat aku gambarkan dengan kata-kata tentang rasa kesyukuran yang tak terhingga pada Sang Pencipta Ketenangan. Ye,aku sangat tenang. Udaranya yang segar dan lantai buminya yang penuh dengan debu membuatkan aku rasa seperti aku pernah wujud 1400 tahun yang lalu! Wajah-wajah Arab mengingatkan aku tentang Rasul tercinta Muhammad saw. Pasti seperti ini kah wajah Arab yang wujud 1400 tahun dulu. Sangat mendamaikan. 

Bangunan yang hampir semuanya berwarna coklat,padang pasir dan masjid-masjid yang sangat banyak. Kiri kanan,depan,belakang penuh! Aku teringat,pernah seorang teman berpesan… ‘carilah mutiara disebalik debu ini ’. Sungguh mendalam maksud itu.
Perjalanan selama sebulan sebagai seorang penuntut ilmu di sini sangat mencabar. Pada aku,bukan senang dan bukan semua orang dapat merasai apa yang kami rasa. Keadaan jalan raya yang sesak. Bising. Bunyi hon yang membingitkan telinga dan mengejutkan. Kereta,bas,motor laju. Tahap maksima. Mesir,tempat mencabar keimanan. Terbaik. Melintas dalam keadaan paling bergaya ketika kereta sangat laju.

Kawasan rumah ke kuliah lebih kurang 5km. berulang dari rumah ke kuliah dan dari kuliah ke rumah jadilah 10 km setiap hari bila ada kuliah. Setiap pagi,orang Arab jiran tetangga dah bersiap sedia nak ke tempat kerja,nak hantar anak sekolah,nak buka kedai dan rutin harian membasahkan jalan raya. Itu memang habit orang sini. Bagi jalan sejuk. Tak cukup sejuk ke?(musim sejuk).

Orang Arab sangat peramah. Menceriakan dan membahagiakan.Bahasa yang aku boleh hanya fushah. Teringat kata-kata doktor Ahmad…
 ‘ kamu jangan sesekali bercakap ammiy. Aku tidak suka. Bercakaplah dengan baik dan sopan. Aku suka Fushah. Bercakaplah sesama kalian supaya fasih. Bagaimana kamu ingin memahami isi alQuran kalau kamu tak fasih berbahasa Arab. Itu bahasa Syurga. Bahasa alQuran. Bahasa Nabi Muhammad saw.’

Mungkin ada sesetengah yang tak berapa setuju dengan kenyataan doktor,tapi pada aku sangat menginsafkan. Ye,sepatutnya aku perlu tahu berbahasa Arab. Aku perlu letak harapan dan niat untuk memahaminya walaupun sikit. Sekurang-kurangnya aku meraikan bahasa ibunda Muhammad saw Rasul tercinta. Doktor di al Azhar bukan calang-calang orangnya. Berkat mereka seperti berkat umi abah. Dan berkat umi abah berkat Allah. Boleh dikatakan hampir setiap kelas. Setiap praktikal lab, aku bukan belajar ilmu keperluan dunia saja tapi aku belajar ilmu Allah yang perlu untuk agama. Ye, segalanya. Walaupun dengan hanya melihat sekeping nota! Setiap hari,persoalan yang timbul,doktor akan jawab berasaskan teori sains dan diselitkan keindahan teori Allah. Kesan dan kebaikan. Pada manusia dan pada alam sekitar. Sangat indah dan mudah untuk aku aplikasikan. Untuk hadam semuanya.Jujurnya belajar di sini sangat mudah nak faham.

Kerana Allah. Lafaz kalimah mutiara Islam ada di mana-mana. Kalimah ini sering kali  membuatkan aku mengingati Allah setiap saat. Nadi dan nafas.

Bukan semua tapi rata-rata. Keindahan wajah tenang dan muslimah pelajar al Azhar membuatkan aku rasa sangat kecil pada pandangan mata Allah. Hafizah. Mereka semua hafizah. Ayat Quran di bibir mereka. alQuran di tangan mereka. Penutupan aurat yang sempurna dan berniqab. Walaupun identiti niqab semakin kurang dilihat tapi yang segelintir inilah yang membuatkan aku bangga menjadi sebahagian pelajar perempuan kuliah pergigian al Azhar. Berniqab atau bertudung labuh tak menghalang mereka untuk menjadi wanita yang kuat dan tegas. Tak kurang macam Khaulah al Azwar. Pejuang di medan perang bersama sahabat Nabi hingga tak  siapa kenal wajah disebalik penutup muka itu! Ketegasan mereka terhadap keadilan sangat tinggi. Semangat mereka tak pernah luntur. Kelantangan bersuara. Aku kagum. Kagum subhanallah.

Tarbiyyah. Itulah kata-kata yang sentiasa menemani aku. Walau ke mana-mana. Orang kata,tarbiyyah itu perlu dicari. Ada juga kata tarbiyyah itu ada pada halaqah. Ada pada usrah. Ada pada ceramah. Ada pada tazkirah. Ye. Semua betul. Cuma,aku takut untuk meletakkan keterbatasan tarbiyyah itu dalam diri aku. Pada aku,tarbiyyah itu ada di mana-mana. Tepi jalan. Dalam bas. Dalam tandas. Dalam bilik. Dalam kedai. Tengah melintas atau di mana-mana.Tarbiyyah itu tak perlu dicari tapi hanya perlu disedari kehadiranya.
Tarbiyyah keinsafan dari kelapangan urusan. Tarbiyyah rezeki. Tarbiyyah rasa tenang. Tarbiyyah kesempurnaan diri aku sendiri. Nangis. Pada itu, aku akan cuba mencari identiti diri aku sendiri dengan segala kekurangan yang aku nampak setiap hari.Ye.Tentang kekurangan.rakyat Mesir tak semua senang. Kebanyakkannya susah.Anak kecil sangat comot dan berkaki ayam.Bagaimana masa depan mereka?

Walaupun mungkin aku bukan seorang muslimah sejati tapi aku masih berpeluang dan cuba memperbaiki kelemahan manusiawi aku. Aku berpeluang membaca ayat-ayat cinta Allah subhanahu wa taala dengan baik.  Setiap hari aku akan memotivasikan diri aku sendiri dengan setiap kelebihan yang dimiliki orang lain. Dan sentiasa meletakkan diri aku pada garisan paling bawah walaupun Allah tak pernah membezakan hamba Dia.
Semenjak aku berada di Kaherah,aku baru sedar yang sebenarnya setiap perbuatan itu ibadah. Asal niat kerana Allah dan bertujuan untuk Allah,agama Allah.

Ketika pertama kali menjejakkan kaki ke Masjidul Azhar,itulah moment paling berharga. Bersyukur. Menjadi kebiasaan wanita Arab turut serta solat jumaat. Masa khutbah jumaat disampaikan,pastilah aku tak faham sepenuhnya. Cuma beberapa perkataan dan kalimah zikrullah yang biasa didengar aku hayati sebaiknya. Cuba faham. Dalam kawasan solat wanita,tv dipasangkan. Nampak wajah Syeikh yang menyampaikan khutbah. Bila dia menegaskan sesuatu,dia akan bergerak ke depan sikit dan cuba membuat orang memahami penyampaiannya. Terharu. Bila nama Muhammad,Muhammad,Muhammad saw….Rasulullah saw disebut,dia sayu. Semua wanita Arab sekeliling aku menangis dan mengucapkan selawat. Istighfar. Aku sangat kecewa dengan kelemahan aku memahami penyampaian beliau. Aku terfikir. Banyak perkara. Tentang aku ketika itu. Hanya Allah yang tahu betapa aku merindui saat pertama kali  aku sujud di atas sejadah Masjid Azhar. 

Peluang kedua ialah kebetulan dapat berjumpa dengan Syeikh Asyraf dalam bilik beliau. Rasa nak menangis. Bilik itu sangat menenangkan dan penuh dengan kitab.

Bukan mudah untuk mencapai atau memiliki sesuatu. Dan bukan mudah untuk kita mendapatkan apa yang bukan milik kita. Pinjaman daripada Allah hanya untuk kegunaan dunia. Kadang-kadang,pada aku kerana serba kekurangan dan teknologi yang tak seberapa dalam kuliah al Azhar membuatkan aku rasa sangat bersyukur dan bangga sebagai anak Malaysia. Di Mesir,kami berkongsi barang. Berkongsi bahan kimia untuk tujuan eksperimen. Penggunaan yang limit dan sikit. Doktor kata...'kami negara serba kekurangan. Jangan membazir.' Malaysia terlalu mewah. Apatah lagi negara di Eropah. Cuma pada saat kita menghabiskan jutaan ringgit untuk perkara yang mungkin tidak ada sedikit pun untungnya untuk umat manusia,adakah kita sedar Allah akan soal tentang pembaziran itu?”


Mesir. Segalanya akan menjadi pasti dan tak ada yang mustahil. Percayalah pada takdir Allah. Doalah bersungguh-sungguh. Allah takkan pernah membebankan hamba Dia. Paling penting jangan pernah putus asa. Jangan pernah mengalah. Jadilah umat Islam yang berfikiran terbuka dan pendakwah bergerak. Itu je buat kali ni….nanti saya ceritakan selebihnya. Tentang betapa tingginya semangat juang kuliatul banat al Azhar. inshaaAllah.

Lahawla wa la quwwata illa billah. Terima kasih baca panjang2 ni ^^.

Mumtaz for Ummah. Mari Jadi Hamba Superb! ^^

Sunday, September 29, 2013

Decide - Part of Life. Isthikharah.


...............................................................................
In the Name of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful
Praise be to Allah, Lord of the Worlds
Any kind of language coming from Him
................................................................................
Assalamualaikum. Have a great day today?

Lately i got so many things to do. Deciding is a huge thing to be considered. Well it make sense.
Hmm,will  talk about it.

Thinking about how to manage your daily life? Having problems,works and everything to settle down. Or still thinking about how to make it clear. Well,you wake up in the morning, no idea what to do for that day, open your e-mails, check your facebook account, sleep some more, go to work,university,school, do something to act busy, wait for the time to clock out, go home, watch TV more and more, speak to some people on the phone, listening to the music,then sleep.

The example above is of a person who is not decisive. When they woke up, they didn’t decide what they had to do, they didn’t decide what their plans for the day would be, that can lead a productive life.
Emotions such as love, hope, enthusiasm, determination…etc are strongly encouraged in the Quran and teachings of The Prophet, as they result in a positive attitude for the Muslim at home, in public, and in relation to the rest of the world including all other creations. The Prophet teaches that no one's faith is complete until they love for others what they love for themselves, which is a very positive state of mind. Love is recognized and respected as the noblest emotion.
Decisiveness is the characteristic of a productive Muslim,because only by making effective decisions will you be moving forward in your life. The more you linger, and let shaytaan play with your mind, the more you’ll be slowed down and become unproductive.


*this is the example of a great decision in your life as a muslimah.


Think. Thinking is the best way to make a decision or to clarify something in your life. Because Islam taught so. And by thinking, it doesn’t  mean spending few minutes staring at the ceiling waiting for a revelation to come! Or penetrating to your phone’s screen waiting for someone to make a plan. No its not. Thinking means brainstorming, analysing, drawing from your experience of how best to go about a certain course of action and really taking the time to measure the implications of your decision.

Consult. When you’ve  done with the thinking part, now you’ve many of questions… no problem, do some researches! Look around, ask around, and consult others, bounce ideas from family, the eldest,friends. Make sure the implications. People around you. Either its gonna affect your whole life or just for a couple of days.

Istikharah. SubhanaAllah, Allah is so Merciful to us, He knew that it would be hard for us to make decisions easily, so He opened a special lines of communication for us to Him when it comes to decisions.. it’s called Istikharah prayer! Just read this hadeeth carefully and understand its meaning:

On the authority of Jaabir Ibn ‘Abdullah he said: “The Prophet (peace be upon him) would instruct us to pray for guidance in all of our concerns, just as he would teach us a chapter from the Qur’an. He would say ‘if any of you intends to undertake a matter then let him pray two supererogatory units (two rak’ah naafilah) of prayer and after which he should supplicate:
‘O Allaah, I seek Your counsel by Your knowledge and by Your power I seek strength and I ask You from Your immense favour, for verily You are able while I am not and verily You know while I do not and You are the Knower of the unseen. O Allaah, if You know this affair -and here he mentions his need- to be good for me in relation to my religion, my life, and end, then decree and facilitate it for me, and bless me with it, and if You know this affair to be ill for me towards my religion, my life, and end, then remove it from me and remove me from it, and decree for me what is good wherever it be and make me satisfied with such.’

You’re asking Allah, The One who knows everything about what’s best for you… if you must belive to Allah(certainty) in your dua, do you think Allah will make you take a “bad” decision? Prophet Muhammad (Peace be upon him) said, the one does istikharah will not regret! Imagine someone saying to you, I’ll give you a formula, if you follow it, you’ll never ever ever regret any decision you make! Will you take up the offer? So be sure.

Action. You’ve thought about it, asked others, and most importantly asked Allah for guidance tru an Istikharah prayer, now what? Hummm.. DECIDE! Take action! And jump into your decision full force taking every conceivable first step you can make, so that you can’t reverse your decision! You wanted to open a business, and taken the above steps, NOW open it and invest your money! You want to further your studies….now make a move,ask your parents. Musyawarah.You wanted to propose to a particular person and you’ve done the above, pick up the phone and call her waly now! Make the decision and act upon it quickly before shaytaan comes to whisper in your mind and puts doubt.

Doa and Tawakkal. You’ve made the decision, taken some actions… it’s not over yet. Make dua and have trust in Allah. You may have made the right decision, but to follow through a decision correctly needs lots of dua, and trust in Allah….so don’t give up! And don’t regret decisions you’ve made after doing all the above, you only have 2 possible scenarios: either you’ve made good decisions and things are working great, or you’ve made a decision that challenged you which you can either learn from or you’ve learnt to overcome!

Yes, making decisions isn’t easy, but instead of dodging them and suffering the consequences in this life and hereafter, develop your decision making muscle by making decisions daily using the above steps – whether for small decisions or big decisions – just make a decision!

This is something I recently began to practice: when I have a decision I need to make, I ask myself, "What would Allah want me to do?"

Alhamdulillah, when I remember that my decisions and actions will be judged by Allah subhana wa ta’ala and taken into account on the Day of Judgement, that really helps me to choose carefully what my decision will be.
Allah knows best.




Mumtaz for Ummah. Mari Jadi Hamba Superb! ^^

Monday, May 27, 2013

Demam Exam

...............................................................................
In the Name of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful
Praise be to Allah, Lord of the Worlds
Any kind of language coming from Him
................................................................................

hi, assalamualaikum.

sesungguhnya dah teramat lamaaa aku tak bebel kat blog. aku sebenarnya tengah hafal fiqh ni. esok (27/5/2013) exam fiqh. sedang aku hafal, aku terpandang jam di dinding, 6 pm. loh, apa mu hafal pepetang nih? (kataku seorang diri). kebetulan laptop memang tengah terbukak, mari aku nak share sikit dengan hangpa semua mengenai apa yang aku dah hafal dari pagi tadi. hmm, aku takdelah nak share semua. aku cuma nak share salah satu dari tajuk yang aku dah hafal, iaitu mengenai imam abu hanifah. haaa, tu dia. hangpa kenai dak imam abu hanifah? apa? dok kenai? hmm, dont worry be happy. aku pun tak kenal. well, caner nak kenal orang yang kita tak pernah jumpa, kan? tapi, a BIG tapi, weh, janganlah tipu kan, takkan tak pernah dengar mazhab hanafi?

okay, mari aku ceritakan mengenai beliau. ni aku cerita tak nengok skrip tau.
dah hafal lah konon, haha.

okay jommm...

imam abu hanifah, nu'man bin thabit, was born in kuffah, southern iraq.
he belonged to a business family trading in clothes.
he was a veryyy religious young man.
he memorized quran at a very young age.
he learnt quran from imam asim, one of the seven most famous scholars of quranic recitation.
he began to learn hadith so that he would know how to conduct his life and business in accordance with islam.
his intelligent was evident at an early age.
in his youth, he was involved in debates with the adherent of various beliefs and philosophies.
debate was his main hobby.
but then, he began to concentrate on fiqh, learning them in depth.
he turned to the study of fiqh after he felt that such debates were largely waste of time and couldn't bring benefits to anyone.
kuffah was a city where different trends of knowledge had converged.
imam abu hanifah aimed to achieve full understanding of four trends of fiqh scholarship.
imam abu hanifah was veryyy close to his teacher, hammad ibn abi sulayman.
he learnt all the fiqh of iraq scholars from hammad.
in makkah, he learnt from ata' ibn abi rabah and nafi' (abdullah ibn umar's slaves), reowned scholars of tabi'in  generation in madinah.
when his teacher, hammad died, he took his place and continued hammad's circle.
at the same time, he did not stop his business activity.
as a teacher, he followed the methods similar to that of socrates.
imam abu hanifah has an independent thinking.
he also have scholarly characteristics which are patience and courage.
he never use hard words to anyone who attacked him.
he also state his views on something very clearly.
he was a man of sharp mind too.
he seemed to be always ready with evidence supporting his views.
as a businessman, he had these four characteristics; clear sense of integrity, honest, kindness in dealing, and profound sense of religion.
ibn al-mubarak describes him as 'the core of knowledge'.
imam malik describes him as 'a true scholars of fiqh'.
imam abu hanifah did not write any book, but some pamphlets are said to be authored by him.
imam abu hanifah died in the year 150, at the age 70.

ha, amacam? yang aku citer kat atas ni cuma surface. sebab dr.gharib kata, "write summary".
hmm, sambil menghafal, aku dok membanding diri aku dengan beliau. jauhhhnya beza.
erm, sorry la kalau hangpa bosan dok baca benda nih. amboi, baca pasal artis boleh pulak?
hehe, gurau. aku tak paksa pun hangpa baca. nak baca, silakan. taknak baca, takkan aku nak paksa pulak kan? aku tak penah kisah pun. hehe, gurau gurau lah.

baiklah, cairo nak maghrib dah ni weh. dalam 6.45pm nanti masuklah waktu maghrib bagi bandar cairo dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya.

kawan-kawan, kami sedang final exam nih. doakan yer =)


salam sayang;
humaira'


Mumtaz for Ummah. Mari Jadi Hamba Superb! ^^

Sunday, April 21, 2013

Ahlan wa sahlan fi Australia!



...............................................................................
In the Name of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful
Praise be to Allah, Lord of the Worlds
Any kind of language coming from Him
................................................................................




Assalamualaikum.

Ladies and gentlemen, entri kali ni lain sikit sebab banyaks gambo, tak macam entri yang previous. Agak santai. Just for sharing. So, tarik nafas, selesakan badan anda pada kerusi, duduk baik-baik dan jangan lupa pakai seatbelt! Okay done? Good. Now lets begin our journey...cewahhh.
*terimbau kisah lalu.

Australia.
Kenapa pegi Australia?
Pada tarikh berapa hari bulan saya tak ingat dah tapi yang pasti masa tahun 2010 bulan 7. Setelah terpilih menjalani ujian pertukaran pelajar ke luar negara selama 2 minggu, saya pun telah berjaya dengan jayanya untuk mengikuti program ni ke Australia. Okay, itu ayat formal -.- winkwink!

Ada je kawan-kawan saya yang lain dapat pegi Jepun dengan London, tapi rezeki saya ke Australia. Pengalaman yang tak boleh dijual beli. Program ni, bukan seratus peratus kerajaan support tau tapi half-half. So selebihnya sumbangan dari sekolah. Hamboi, untung ler. Untung? Agakla =)


Dua hari sebelum bertolak, kami ada “break the ice” first. Berkenalan dengan pelajar Malaysia dari pelusuk negeri. Cina, Melayu, India. Malay? Tak ramai pun. Dalam masa dua hari ni kami dipecahkan ikut group masing-masing. Kalau tak silap saya masa ni ada 5 groups. ”As a Malaysian, we must show our sopan santun as orang Asia” <<< Ini kata-kata pengerusi program ni. Dan banyak lagilah pesanan-pesanan beliau yang sangat memotivasikan!


Alhamdulillah, kami semua sampai kat Changi Airport Singapore untuk transit tak sampai satu jam. Sampai je, saya, zaida, jannah (geng budak-budak baik, haha perasan) terus cari surau nak solat. Yang paling lawak tu, kami ni dah la blur-blur sampai je kat situ cari surau plus semua pengiring nonmuslim pula tu, depa mana la tau yang kami ni nak solat subuh. So we gotta do something! Last-last jumpa surau kat 2nd floor. Bila masuk semua hitammmm... Semua orang Arab berjubah hitam. Excited.



Subhanallah, cantikkan? Sepanjang saya dalam kapal terbang ni, koje saya baca buku, tidur, makan. Lepas tu pandang orang kiri kanan (ni kalau dah bosan sangat la). Dan alhamdulillah juga masa ni saya ada bawa tafsir Quran, sempatlah isi masa-masa terluang tu baca dan baca dan baca sampai terlelap. Hihi






Okay, taraaa...perkenalkan ini housemate saya Alia merangkap adik beradik foster family saya kat sana. Just call her Lia. Katil sebelah kanan tu hak milik saya selama  dua minggu. Haa, yang specialnya dalam bilik ni siap ada rules tau. Tak boleh bawa makanan basah atau berkuah masuk dalam bilik ni. Okay, jangan terkejut ye kasut is available. Tapi jangan risau, kami bedua dah sediakan space yang bersih lagi suci untuk solat. Ewahhh.



Ini ruang makan. Comel dan simple.



Meet them! Keluarga angkat saya yang sangattttt baik hati. Hmm, ayah angkat kami ni memang asal dia dari Brisbane Australia tapi wife dia dari Filipina. Jadi kalau bab makan tu memang tak jadi masalah la sebab they eat rice, they eat lauk-lauk asia ni dan termasuklah lauk berempah. Apa-apa pun alhamdulillah masa sesi beli-beli bahan nak masak, depa bawa kami sekali. Halalantoiyyiba! No worries.


 
Australian International College Of Language. Tempat belajor kami. Apa yang kita tau, orang Australia ni ada slang dia yang tersendiri kan. Tak macam British yang agak jelas. Kata orang tu, lebih sedap di dengar. Faham pun ada. So, bila bercakap, belajar kat sini walaupun 2 minggu tapi bolehlah sikit-sikit berloghat Aussie. We learnt about natives, animals, places, language and most important ialah budaya orang Australia. Rupa-rupanya Australia ni bukanlah penempatan yang dah sedia wujud tapi bermula dengan sangat luar biasa. Lecturer kami kata, Native Australia atau aborigine ni dulu bahasa dia macam orang asli, tak pakai baju macam orang normal dan banyak penyembahan ritual yang pelik-pelik. Tapi bila dah start pendatang dari negara luar datang maka wujudlah bahasa depa sekarang dan lebih bertamadun. Allahu, dah macam cikgu sejarah pula, hehe.




Haa, nampak tak tu nama saya kat atas sekali. Hahaha, kenapa atas sekali? Sebab lecturer kata my name is the easiest name to be remembered. Wah, perasan dah! Ini semua senarai nama classmates saya. Dari 40 orang tadi kami dipecahkan dalam 3 kelas. Okay, abaikan kejap, now tengok sebelah kiri tu ada tulisan G’day mate! Australian speak “geddaymath”.


Ini part paling best, research. Haaa, tak pasal-pasal kaji tentang kanser pula dah...unexpected. Tapi itulah cara belajar depa. Bukan bahasa je tapi setiap aspek kehidupan depa kaji juga. Sebab tu lah depa maju. Hmm, setiap group berbeza tajuk. And we got this! (hari ketiga)



SURFERS PARADISE – antara tempat yang menjadi tumpuan ramai. Kalau nak disamakan kat Malaysia area tempat ni suasana dia macam kat Melaka kot... Ada lorong-lorong dan tepi-tepi dia ada stalls. Banyakkkk sangat souvenir and rambang mata. Mahal? Takde lah mahal sangat tapi kena pandai berjimat, duit keluar macam air je. Sedor diri sikit juga lah masa tu. Haha. Tapi gambar ni saya amik part laut je. Yang kedai-kedai tu tak banyak sangat amik sebab leka dok membeli. Heee.


Next day pegi Wildlife Currumbin Sanctuary. Happy yang teramat sangatttt sebab dapat touch kangaroo and koala! They are so cute! Look at the baby! Dalam "poket" mummy dia... Dan rezeki kami pula, masa lawatan tu kangaroo dikeluarkan untuk bagi makan. Haa, apa lagi dah peluang depan mata memang semua tak lepaskan peluang ‘bermesra’ dengan haiwan jinak ni. Iya, depa bukan main manja lagi. Siap ajak "berborak". Haha. Kalau tak silap saya ada 3 jenis kangaroo masa tu. Based on warna bulu dia. Yang bezanya warna bulu ni bergantung pada asal-usul dia. Sungguh unik ciptaan Allah. Subhanallah!








Saya ketinggalan kat belakang >>> menikmati suasana yang tenang lagi segar! Apa-apa pun, sempat je snap dari belakang. Bila tengok-tengok balik gambar ni, cantik pula! ^^



Kat Malaysia dah ada ke machine ni? (hoping, huhu). Kat sana, machine ni memang jumpa je kat mana-mana. Nampak tak harga cekelat boost tu? Duit Malaysia equal tu RM 3.50 satu. Break je, ni lah koje kami. ’Cekelat time’!!




DreamWorld - Tower of Terror. Huaaa, mengucap dua kalimah syahadah nak naik! Tapi satu kepuasan bila dah cuba mengatasi ketakutan, serious! >>> FearFactor. Tak takut dahhh. Errr, haha.



*Saat-saat terakhir...
Sorry gambar tak clear sangat sebab time ni amik dari dalam bus. Inilah bumi Australia! Cekitauut. Ilalliqa’ ma’assalamah! *Brisbane. Gold Coast. Marine Mirage. Sydney*


*Muka zaman sekolah


Mumtaz for Ummah. Mari Jadi Hamba Superb! ^^

Monday, April 15, 2013

Ummu Humaira Mohd Nordin, seindah namamu. Happy Birthday.


Mabrook, mabrook ya habibi!
Ana ahebbak!!


Sempena kelahiran Maira Nordin yang ke 20 ni, saya mendoakan supaya segala doa maira termakbul. Sesungguhnya Allah Ya Mujeeb! Ameen ya Allah.

Everything is gonna be okay. As long as we are at the same line towards Jannah.
Moga coretan saya yang agak 'merepek' ni bermakna disisimu sahabat…jangan gelak!

Ummu Humaira,
Namamu cukup ringkas namun cukup bermakna
Bukan biasa-biasa namun sangat luar biasa
Menyebut namamu saja
Sudah cukup membuatkan aku mengingati agama
Subhanallah Subhanallah
Pendefinisian persahabatan kita
Sangat sukar digambarkan dengan kata-kata
Itu kataku, katamu?
Andai kamu bahagia, aku tumpang gembira
Andai kamu bersedih, aku turut  merasa gundah
Bukan sekadar hiasan kata-kata
Namun itu apa adanya
Pada segumpal darah bernama hati

Jangan bersedih hati, Allahkan ada
Allahkan ada, Allahkan ada
Kata-katamu masih segar diingatan
Walaupun tidak bertentang mata ketika “berbicara”
Namun dirimu sentiasa menjadi inspirasiku
Aku mohon padamu
Jangan pernah berhenti berlari
Jangan pernah putus asa
Mari, berpimpin tangan berusaha
Mencapai yang mampu

Terhantuk, terbabas, tewas, penat
Banyak keluhan bahasa yang berbeza
Namun, setiap yang berjiwa hamba
Pasti tahu
Mehnah dunia sering mengejar kita
Andai jatuh dalam perlumbaan itu
Ingatlah piala akhirat masih menunggu
Tak pernah menipu, bahkan kekal disitu

Pesan ayah bonda,
“jaga diri anakku, kami mendoakan mu”
Moga menjadi obor semangatmu
Terkenang ayah bonda, saat menitiskan air mata
Jiwa meronta, namun kerana agama
“kami lepaskanmu anakku, kami redhai perjuanganmu”
Moga kekal dilapisan hatimu

Walau apa pun yang berlaku
Jadilah yang kuat
Jadilah Superb…love you so much.
I do care everything about you <3


Ummu Humaira Mohd Nordin - seindah namamu

U - Unik
M - manis
M - mumtaz
U - usaha

H - hebat
U - upaya
M - malas (hahahahaha) maira faham apa definition 'malas' kita kat sini
A - amanah
I - inspirasi
R - relax
A - agamawan


Taraaa, hopefully maira happy tengok ni. Walaupun sekejap...yeay! (recorded pukul 9 malam waktu Malaysia selepas habis class mengaji) wink wink.





Mumtaz for Ummah. Mari Jadi Hamba Superb! ^^

Friday, March 22, 2013

. . .


...............................................................................
In the Name of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful
Praise be to Allah, Lord of the Worlds
Any kind of language coming from Him
................................................................................

Aku tak punya apa-apa idea untuk menaip apa-apa. Sesungguhnya post suka suki ini hanyalah sekadar ingin mengisi kekosongan masa di kala kemengantukan yang amat-amat ketika ini. Aku study pun nampak huruf tu dua tiga. Nak kata tak cukup tidur, terlebih cukup dah rasanya. Hurmmm -_-

Okay maaf, aku tak berniat nak merungut mahupun mengeluh di sini.

...


Semalam kan, eh bukan, kelmarin, aku cuma tidur selama satu jam dalam masa 24 jam. Itu kerja gila yang pertama kali aku buat sejak sampai Mesir 6 bulan lalu. Mana tak gila, esok ada kelas. Ada test. Macamana nak fokus kalau tak cukup tidur, ye dok? Bagi aku itu kerja gila. Tak pasti lah pulak orang lain macam mana.

Kenapa aku tidur hanya satu jam? Sebab, aku punya terlalu banyak urusan, dan perlu study untuk test esoknya (semalam - 21/3/2013).

Aku dilema jugak mula-mula. Nak tidur banyak kerja. Kalau aku tidur konfem tak bangun dah kerana kemengantukan yang amat. Habis bilanya nak study? Jadi aku buat keputusan untuk tidak tidur. Aku siapkan kerja dan study. Sampai satu ketika, tiba-tiba aku rasa sakit kepala. Stress. Amattt! Rasa nak nangis, tapi aku tahan.

Tetiba teringat kata-kata seorang sahabat yang aku kenali di KMS. Menurut beliau;

"Stress macamana pun, banyak kerja macamana pun, study tu tanggungjawab kita. Study tu sebahagian dari jihad kita. Carilah masa celah mana pun untuk jihad"

Aku sentap okay!

Akhirnya, tanpa mempedulikkan stress, penat, mengantuk, sedih etc, aku fokus study sampai ke 4 pagi (lebih kurang). Dan pada waktu itu, otak aku bagai dah tak berfungsi. Mengantuk weh! Tutup buku, tidur! Dan aku hanya terbangun bila dengar iqamat di masjid berdekatan.

Hurm. Jujur, hari itu merupakan hari yang stress bagi aku. Aku call mak di Malaysia dan hanya menangis tanpa berkata apa-apa. Okaylah, cukup sampai sini cerita stress, sedih, mengantuk bagai.

Cumanya, bila aku melangkah ke luar rumah, hanya mampu berbisik 'bismillahi tawakkaltu 'alallah". Senyum.

Dan tak ada yang lebih menggembirakan dari melihat hasil yang setimpal yang Allah bagi dari apa yang aku usahakan sepanjang malam itu! Oh Allah, Kau sangat sweet! =')

Sekian =)

Luv from Egypt =)


Salam sayang;
Humaira'


Mumtaz for Ummah. Mari Jadi Hamba Superb! ^^