...............................................................................
In the Name of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful
Praise be to Allah, Lord of the Worlds
Any kind of language coming from Him
................................................................................
Bismilahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat-sahabat yang
dikasihi kerana Allah sekalian. Bagaimana hidupmu hari ini? Masih dalam
pemeliharaan dan pengawasan Allah subhanu wa Taala? Mudah-mudahan InshaaALLAH.
Setelah sekian lama tak mengupdate blog kami ni,akhirnya rasa
terpanggil nak menceriakannya kembali. Hati mengatakan untuk tetap menulis dan
mengisi ruang entri ini. Tak lupa juga sebagai penghargaan kepada mereka yang
tak jemu menyinggah blog kami ni. Maaf buat sahabat-sahabat yg dicintai,bukan
tak nak penuhkan setiap bulan,cuma kelapangan masa kami amatlah terbatas. Dan
dalam masa yang sama, kami sentiasa mencari perkongsian yang terbaik untuk
dikongsikan.
Daripada Ubai bin Kaab r.a, Nabi saw berkata : "berilah khabar gembira kepada umat ini dengan keagungan,ketinggian,kemenangan dan kekuasaan di bumi. Sesiapa yang mengamalkan amalan akhirat kerana duia,ia tidak mendapat bahagian (ganjaran baik) di akhirat."

Alhamdulillah,setelah menyusun beberapa topik sebelum di
update kan untuk dibaca,akhirnya saya memilih untuk perkongsian tentang 7
golongan yang mendapat naungan daripada Allah subhanahu wa taala.
Antaranya ialah…
Pertama : Imam(
raja atau pemimpin yang adil)
Kedua : Pemuda
yang menjadi dewasa dalam beribadat kerana Allah.
Ketiga : Orang
yang hatinya tergantung di masjid
Keempat : Dua
orang yang saling mencintai antara satu sama lain kerana Allah. Mereka
berkumpul dan berpisah kerana Allah.
Kelima : Seorang
lelaki yang dirayu oleh seorang wanita bangsawan yang cantik untuk berzina lalu
menolak dengan berkata,” aku takut kepada Allah”.
Keenam : Orang
yang bersedekah dengan diam-diam hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa
yang disedekahkan tangan kanannya
Ketujuh : Orang
yang mengalir air matanya ketika berzikir mengingati dan menyebut nama Allah
dalam keadaan sunyi sendirian.
(Riwayat Muslim : 989)
Jadi jom sesama kita renung-renungkan dan ambil iktibar. Timbulkan persoalan sama ada,kita ni pencinta dunia atau pencinta Allah dan agama? Seandainya kita sedar kelemahan diri kita,for sure kita semua mesti akan melipat gandakan amalan kita semua. Alangkah indahnya kalau kita semua tergolong dalam 7 golongan ni! Apa lagi,jom perbaiki diri kita kerana Allah.
Love;
Mia

No comments:
Post a Comment