Pages

Saturday, May 18, 2013

Tarbiah Rohani : Cerita Hati (travelog)


...............................................................................
In the Name of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful
Praise be to Allah, Lord of the Worlds
Any kind of language coming from Him
................................................................................


Cerita Hati (bab 1) : HARAPAN

Mampukah?

‘barang siapa mengerjakan kebajikan dan dia beriman, maka usahanya tidak akan diingkari (disia-siakan) dan sungguh Kami lah yang mencatat untuknya’
(Surah al-Anbiya’ ayat 94)

'dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, ''Aku hendak menjadikan khalifah di bumi…''. Mereka berkata, ''apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosakkan dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih kepadaMu?'' Dia berfirman, ''Sesungguhnya aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.'' '
(surah al-Baqarah ayat 30)

Allah mengajarkan kepada Nabi Adam nama-nama dan semuanya dan Allah memperlihatkan kepada malaikat. Allah menguji malaikat, namun malaikat hanya bertasbih kepadaNya. Lalu dipersoalkan kepada Adam apa yang telah Dia ajarkan kemudian Adam menjawab satu persatu.

Itulah bukti kekuasaan Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui disebalik apa yang diciptakan. Ya, kita adalah khalifah. Khalifah yang memegang amanah. Cukupkah tanggungjawab kita terhadap Allah?

Daripada ibn Abbas, kata Rasulullah saw yang bermaksud :

“Dapat merasai kemanisan iman, orang yang meredhai Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai rasul.”

Keterangan hadis Baginda saw pada kita cukup jelas menerangkan bahawa persoalan apa yang kita redhai dalam kehidupan ini sebagai hamba perlu diambil kira. Kerana pada tahap itu kita akan mencapai tahap kemanisan iman bila kita hidup berlandaskan sesuatu.

Meredhai. Bersetuju dan memadai dengannya serta tidak mencari sesuatu yang lain.

Maksudnya di sini tidak berkehendak kepada sesuatu yang lain selain daripada Allah. Tidak mempedulikan jalan selain jalan Islam. Dan tidak menuruti selain apa yang selari dengan syariat yang dibawa oleh Muhammad saw.

Yes! Indeed! Itulah yang sepatutnya dikatakan redha pada Allah dalam membawa diri sebagai satu makhluk bergelar KHALIFAH.

Dua hari lagi aku akan balik ke Semenanjung, macam mana dengan keadaan umi dan abah kalau aku bagi tahu keputusan aku ni? Positif atau negatif? Ya Allah, mudah-mudahan Kau berikanlah aku kekuatan. Macamne lah aku nak pastikan tiada hati yang terluka?
Sesungguhnya aku akui dalam dunia ini terlalu banyak pilihan dan kita akan sentiasa membuat pilihan.

Celik je mata bila subuh menjelang, Allah subhanahu wa ta’ala dah sediakan pilihan untuk umat manusia. Dan aku pula dah buat satu pilihan masa depan.....Mungkin agak berat untuk mereka yang tak memahami tujuan ini kerana bukan semudah memetik jari dalam membuat keputusan hidup ini.

Namun jauh di sudut hati, kebahagiaan menanti. Kebahagiaan yang bakal disediakan untuk hati-hati yang bersama mendaulatkan agama ini. Kebahagiaan hati-hati yang celik dunia, celik agama. Dan letakkanlah keinginan menjadi golongan yang “beruntung”.

Terutamanya demi kebahagiaan hakiki dalam mencari identiti diri sebenar sebagai seorang muslim sejati! Permudahkanlah ya Allah. Allahu Yusahhil.

“Ketika saat hati dan perasaan manusia itu hiba, tiada siapa manusia yang ambil tahu.”

“Ketika saat fikiran manusia dalam kebuntuan, tiada siapa manusia yang ambil tahu.”

“Dan pada ketika saat itulah baru manusia tahu betapa tinggi rendahnya langit.”

“Kembali pada Allah Yang Maha Berkuasa.”

Bertahun lamanya aku menanti saat itu. Berpijak pelangi, bersujud hamparan permaidani taman syurga suatu hari nanti. Pasti. Bumi Nabi Musa as. Bumi Mesir. Bumi tarbiyyah yang menjadi pilihan aku untuk meneruskan perjuangan aku sebagai seorang pelajar yang mencari identiti hakiki.

Benar kata abah, dalam hidup ini manusia takkan pernah berhenti mencari identiti diri mereka hinggalah satu saat manusia akan benar-benar faham matlamat hidup mereka. Dan termasuklah aku.

 “Ibn Ata' Allah said: "God may open up for you the gates of obedience, but without opening up for you the gates of acceptance. On the other hand, He may Allow you to fall into disobedience which happens to lead you to the right path. DISOBEDIENCE that teaches you HUMILITY is better than PIETY that fills you with VANITY and ARROGANCE.”
― Yusuf al-Qaradawi, Islamic Awakening Between Rejection and Extremism

Musibah sebagai anugerah untuk manusia menjadi lebih tabah. Bukan kebiasaan yang difahamkan “tabah” pada makna tetapi “tabah” yang dihayati sedalamnya. Menyebabkan rasa cinta yang mendalam dan kebergantungan yang utuh pada Tuhan. Itulah Tabah pada pendefinisianku.

‘iaitu orang –orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata inna lillahi wa inna ilahi rajiun... (sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali)’
(surah al-Baqarah ayat 156)

‘Ya Allah, aku tak berdaya. Malunya aku padaMu kerana pada saat ini aku perlukanMu. Dengan ujian yang kecil ini, terasa besar untukku. Allah, sungguh goyah imanku setipis kulit bawang! Sungguh jauh benar aku dari Sumayyah yang gagah menghadapi kematian di hujung pedang. Sungguh jauh bagai langit dan bumi. Mungkin ada hikmahnya mengapa aku diciptakan pada zaman ini, kerana belum pasti 1400 tahun yang lalu aku menegakkan panji Islam bersama Muhammad saw. Astaghfirullah. Janganlah Engkau pesongkan hatiku setelah aku mendapat hidayahMu pada saat ini. Kuatkan aku menerima ujian ini. Sedangkan RasulMu, penuh sabar mengajarku. Ya Allah ampunkan aku, ampunkan aku… Aku perlukanMu.’

‘ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami’
(surah al-Kahf ayat 10)

 ‘ketahuilah sesungguhnya milik Allah lah apa yang ada di langit dan di bumi. Dia mengetahui keadaan kamu sekarang. Dan mengetahui pula hari ketika mereka dikembalikan kepadaNya…’
(surah al-Furqan ayat 64)

Aku masih teringat pesanan humaira pada aku. Aku kena kuat. Aku kena sentiasa berusaha. Doa dan doa. Dia je yang faham aku. Situasi aku sekarang susah nak dijelaskan kat umi abah. Hmm, bukan menyebelahi humaira lebih dari umi dan abah aku tapi sekarang aku buntu. Aku perlukan humaira sekarang! Kadang-kadang lumrah jiwa insani aku ni bersetuju juga kalau aku kata kan yang meluahkan segala masalah aku kat humaira is the best therapy ever. Thats what besties do. Yet, whatever it is umi and abah still my “bestfriend” ever. They know me more than anyone! Haish, kiranya aku ni dalam kategori anak manjalah juga sebab semua benda nak decide mesti bagitau umi abah. Yup, bagi aku umi abah perlu tahu semua benda tentang aku. Barulah hidup aku dapat berkat. Redha umi abah, redha Allah. Anyway sometimes, 'kematangan' umi abah dengan 'kematangan' aku tak seiring and thats make humaira as my second option untuk bantu aku. Tapi aku faham, dalam kes aku ni, bukanlah humaira sebab untuk masalah aku ni selesai cuma dia satu 'suluhan' yang buat aku tak sesat jalan. Pesanan seorang sahabat. Datangnya daripada Allah. Itu pasti! Walaupun kami berdua ni masing-masing ada dalam jarak yang jauh, tapi hanya dengan sebutir pesanan dan sokongan dalam fon yang bermula dengan bunyi “beep beep” with an unspoken connection, dah buat kami jadi kuat! Macam magnet tarik besi. Kadang-kadang aku jadi magnet, humaira jadi besi. Tak kurang juga sebaliknya. Huh, sungguh unik persahabatan aku dengan dia ni. Sorang kat benua afrika, sorang kat benua asia. Jauh beribu batu tu. Tapi Alhamdulillah, Humaira sangat memahami kehendak aku. Pilihan untuk meneruskan pengajian aku kat Universiti al-Azhar. Nafsi-nafsi sekali pun tidak.

 Mencari dunia atau meletakkan dunia pada tempat selayaknya adalah tugas manusia. Berusaha kat dunia untuk kebahagiaan hakiki kat akhirat. Nak tolong agama Allah ni kena mantap dunia juga, bukan akhirat je. Allah kan suka hamba Dia yang berusaha. Habis tu, nak hidup macamne kalau hidup sehelai sepinggang ala-ala zuhud belaka. Harini tak sama dengan zaman Rasulullah. Tapi mempraktikkan kehidupan sunnah itu tak salah. Macam harini dah ada kereta tapi zaman Nabi ada unta je, jadi apa salahnya gunakan rukhsah yang Allah nikmatkan untuk manusia harini untuk menjalani kehidupan seharian. Pernahlah orang perdebatkan, lebih baik pegi masjid jalan kaki dari naik kereta. Pahala lebih. Yes, saya meraikan pendapat kamu tu. Tapi bagi saya, kalau kereta dah sedia ada, baik gunakan nikmat tu. Cuba hayati doa naik kenderaan. Cari maksud dia. Nikmat tak ternilai tu. Bahkan Allah tu Maha Bijaksana. Setiap pahala nak ke masjid tu ada. Naik kereta ke, motor ke, jalan kaki ke, naik basikal ke, ada bahagiannya. Zuhud itu ada pendefinisiannya. Jangan terlalu sempitkan pemikiran. We are human being and we need to work out. We need to do something for having a better life. For having a great life. Dunia dan akhirat.

Pengharapan pada yang mana?

‘Ya Allah andai apa yang aku alami selama ini adalah satu tarbiyyah untuk diriku daripada Engkau, aku redha ya Allah...aku bertaubat ya Allah. Sesungguhnya didikanMu ini sangat memberi kesan pada diriku. Aku belajar untuk menjadi orang yang lebih bersabar. Aku mula mengenali apa itu dunia dan aku peroleh satu kekuatan luar biasa ya Allah.’

‘dan mohonlah pertolongan Allah dengan sabar dan solat. Dan solat itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk’
(surah al-Baqarah ayat 45)

Walau dalam apa masalah sekalipun, hati perlu sentiasa mengingati Allah. Untuk selamanya dalam apa keadaan sekali pun. Itu terapi terbaik. Percayalah wahai diri. Percayalah.

 “hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang”

Sabar kunci utama.

Sampai bila nak sabar? Bukan ke sabar tu ada batasannya? Tidak, langsung tidak ada batasan. Cuma pada fikiran manusia. Manusia yang meletakkan batasan pada setiap hala tuju menjadi manusia hakiki. Kita yang mengawal akal. Mengawal hati. Mengawal perasaan. Jadi, jangan sesekali meletakkan batasan pada sabar. Mudarat nanti.

Hmm, kenapa wujud kesabaran?” Kerana Allah ciptakan ia untuk menjadi hikmah kat manusia. Dalam satu kitab yang menuliskan tentang As-Sabru Fil Quran menghuraikan dengan terperinci dalam bahasa yang mudah mengenai sabar. Ye la, itu kata Allah. Kalam alFurqan. Merupakan akhlak al-Quran yang paling utama dan sangat ditekankan Allah. Selalu diulangkan, sabar, sabar, sabar. Kalau berjaya kekalkan kesabaran tu, haa berjayalah dunia akhirat. So, no wonder la kalau tak silap aku dikatakan 70 kali sabar disebutkan dalam Quran. Ada juga Ibnu Qayyim menemui sabar pada 94 tempat. Wallahualam. Tapi ya Allah, terlalu penat jiwa dengan hati ni. Tak mampu nak bersabar. Lebih lagi bila masalah menimpa, manusia pun sibuk berbicara. Ada je bunyi-bunyi “busuk”. Sangat menyedihkan ya Allah… Hmm, bila berbalik pada agama, pada Yang Esa segalanya pasti. Aku mesti kuat. Terfikir sejenak bila seorang sahabat ada berpesan kat aku… ''awak seorang yang hebat dimata saya. Saya taknak awak putus asa. Manusia tu ada dua jenis, satu bila ditimpa ujian dia tahu itu ujian Allah, so dia bersyukur. Dengan ujian dia akan lebih dekat dengan Allah. Reda, Sabar dan sepenuhnya kebergantungan pada Allah. Yang lagi satu, bisikan syaitann yang goyahkan iman dan kepercayaan kita terhadap Allah. Kita start complain and mengadu nasib diberi ujian. Rasa Allah tu tak adil.'' Allah! satu tamparan hebat bila baca. Tersentap. Malu. Apakah aku golongan yang mengadu nasib. Mempersoalkan hak Allah. Astaghfirullah... Apa pun yang dihadapi, ini satu pegangan yang kuat buat aku. Aku kena usaha apa cara baik sekali pun. Berbaik sangka pada Allah. No turning back  dalam pilihan hidup. Terus mencari jalan lurus. Faham bukan pada akal. Faham pada hati. Nak melalui jalan Allah ni banyak halangannya. Namun itu bukan alasan. Manusia memang suka beralasan. Aku percaya mata untuk melihat, mulut untuk berbicara, telinga untuk mendengar, hati untuk memahami, akal untuk berfikir…

Benar, bukan mudah untuk mencapai sesuatu. Tidak.

Ya, masih banyak yang perlu diusahakan. Allah nak tengok sejauh mana tahap usaha hamba Dia. Satu tamparan hebat dan tarbiyyah yang cukup perit. Berat.

Andai Khidir (Nabi Khidir) ada untuk menjelaskan padaku hikmah disebalik hal ini. Kisah nya sangat mengagumkan.

‘…cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selainNya. Hanya kepadNya aku bertawakkal dan Dialah Tuhan yang memiliki arasy (singgahsana) yang agung.’
(surah at-Taubah ayat 129)

 **sambungannya pada masa akan datang, inshaaAllah. Moga kisah "cerita hati" ni dapat manfaat untuk kita semua. Diambil dan ditambah untuk menjadi sebuah kisah perjalanan hamba-hamba yang padat dengan pesanan dari Maha Pencipta. Untuk saya, awak, dia dan semua!

love:
damia'

Mumtaz for Ummah. Mari Jadi Hamba Superb! ^^

No comments:

Post a Comment