Pages

Thursday, April 4, 2013

Ahlan wasahlan ke dunia Baitul Muslim. Barakallah!


...............................................................................
In the Name of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful
Praise be to Allah, Lord of the Worlds
Any kind of language coming from Him
................................................................................



Ahlan wa sahlan ke dunia baru!
Moga mencapai kematangan pada tahap maxima!
Good luck!
Jaga diri!

Cewahhh, wishes ni ialah khusus untuk sahabat saya yang tak lama lagi bakal nak mendirikan baitul muslim. Tak salah agaknya kalau saya wish awal-awal kan? (ditujukan pada si bakal perantin) hehe.

Okay, point dia kat sini ialah saya nak share alkisah manusia yang nak mendirikan rumah tangga pada awal usia. Pendek kata kahwin muda.

Hmm, sebelum tu saja nak mention…kawan saya yang nak mendirikan rumah tangga sabtu ni umur depa baru 20.

Huh? 20 tahunnn. Mudanya!

Memang muda, tapi hakikatnya bila berkawan dengan depa ni, tak kurang hebatnya.

Saya tertarik dengan bab ni bila ada sesetengah individu tak bertanggungjawab yang memandang "rendah" pada keputusan manusia yang memilih untuk kahwin muda.

Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segalanya. Percaturan Allah berhikmah. Mudah-mudahan kita mampu atasi setiap ujian dengan baik.



Contoh terdekat yang saya nak share kat sini ialah sepupu saya sendiri. Depa kahwin masa umuq depa 21 tahun.

Masing-masing still belajar kat universiti masa tu. Alhamdulillah sekarang mereka dah ada dua orang cahaya mata. Sangatlah kiut miut. Dan inshaaAllah bakal menyambut kehadiran si comel yang ketiga. Alhamdulillah. Sehingga ke hari ini depa dapat je hidup. Montel pula tu anak depa. Makan minum, rumah semua serba cukup. Subhanallah. Islamkan Mudah.

Nak dijadikan cerita, at first memang kita akan terfikir;

“Eh, mampu ke kahwin awal. Muda-muda ni?”

“Dahlah belajar lagi, macamne nak bagi anak-anak makan? Pasir?”

“Banyak masalah nanti kalau kahwin awal…”

Allahurabbi, macam-macam persoalan timbul. Bahkan hampir kesemuanya negative. Seolah-olah kita terfikir yang Allah itu bukan matlamat kita.

Eh, faham ke? Maksud saya…kan Allah Maha Pemberi Rezeki. Kan Allah yang mengaturkan segalanya. Dan segalanya berhikmah.

Memang benar, realitinya zaman sekarang macam-macam yang dunia demand.

Nak bayar itulah, bayar inilah, dan segalanya perlukan duit. Macam-macam. Jadi kalau tak keje tu memang persoalan “mana nak cari duit?” memang akan wujud.

Tapi, bila kita dah bersedia nak ke arah baitul muslim, for sure kita akan mula rancak memikirkan bagaimana menjadi bakal abi, bakal umi yang berjaya.

Ye lah, sebab nak bina rumahtangga.

Cuma, kita perlu yakin dan percaya bahawa Allah sentiasa bersama hambaNya yang sentiasa berdoa. Sentiasa berusaha. Bukan pakai hentam keromo je. Habislah ummah kalau macam tu. Pincanglah agama.

Yang penting kita perlu ‘memasakkan keyakinan dan kematangan' dalam diriBaru boleh hidup.

Nak dewasa cepatkan, so be matured. Dalam setiap aspek.

Okaylah, apa yang saya nak tekan kan kat sini ialah bab rezeki. Kata Allah dalam surah Muhammad;

“Sekiranya kamu membantu urusan Allah, Dia (Allah) akan membantu dan memperkuatkan  kaki-kaki kamu”
Ayat  7

Haa, nampak tak kaitannya kat situ. Tak nampaklah tu.

Macam ni, bila kita berkahwin jangan kahwin saja-saja. Bak kata orang untuk suka suki semata. Tapi berkahwinlah untuk memenuhi separuh dari tuntutan agama. Membantu urusan Allah.

Kita berkahwin bermodalkan untuk melengkapi fitrah manusia di samping membiakkan generasi ummah, menyebarkan mahabbah, melindungi wanita, mempertahankan agama dan membuka mata-mata manusia!

Kita kena yakin Allah bersama kita dalam apa jua keadaan. Allah pelengkap rezeki dan akan membimbing kita ke arah yang lebih ke hadapan. Baik dan positive. Maju secara holistic. Syumul.

Jadi bila nak kahwin, berusahalah bersungguh-sungguh mempersiapkan diri dalam permulaan membina keluarga yang diredhai Allah.


Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah.

Sahabat semua, terlalu banyak yang Allah cuba fahamkan pada kita dalam Quran. Bacalah, fahamilah. Gali, gali dan gali agama kita ni. Banyak sebenarnya yang kita masih tercari-cari dalam agama.

Sebab tu lah wujud istilah, 'menuntutlah ilmu hingga ke liang lahad'. Sebab setiap hari we gain knowledge. Setiap saat kita mempelajari dan memahami. Cuma sedar tak sedar je.

Surah an-Nur ayat 32, Allah kata lagi;

“Dan kahwinlah orang-orang bujang lelaki dan perempuan dalam kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh daripada hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Sekiranya mereka miskin, Allah akan memberi kekayaan kepada mereka daripada limpahan kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan kurniaNya), lagi  Maha Mengetahui.”

Dan perkahwinan adalah perkara yang halal tapi manusia sering menghukum fitrah ini.

Kenapa kita nak perlekehkan soal ni? Bahkan banyakkkkk lagi perkara yang umat Islam masih pandang sebelah mata. Cuba fikirkan.

Tapi manusia bersikap kejam dengan diri mereka sendiri.

Tak kurang juga ada yang mengatakan soal hati dan perasaan itu HARAM.

Eh, kita ni sedar atau tau tak hakikat duniawi?

Jangan terlalu menghukum hakikat ni sebab Allah yang menciptakan dunia. Perlu seimbangkan.

Haa, bila cakap soal hati…saya nak share jap;

“Dan demi sesungguhnya, Kami sudah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.”
Surah Qaf:16

Apa-apa pun yang berlaku dalam hidup bersebab. Tugas kita berdoa, doa dan doa. Kuat semangat dalam apa pun yang kita sedang hadapi. Maklumlah mulut tempayan boleh ditutup tapi mulut manusia sangat sukar.

Allah sentiasa memberikan yang terbaik walaupun kita tak suka sesuatu perkara itu;

“Berdoalah padaKu, nescaya Aku perkenankan permintaan kamu’
Surah Ghaafir:60

Nak bernikah, mental kena kuat.

Sebab tak semuanya manis selepas kahwin tapi boleh jadi manis kalau kita hidup bersyariat.

Macamne tu?

Hang pikiaq lah sendiri naa. Berpijak pada bumi nyata. Be praktikal. Sebab bila kita sedar betapa besarnya makna perkahwinan disisi Allah, ia bukan impian dan mimpi semata tapi jihad dan peperangan. Membina ummah. Menajamkan fikiran. Mematangkan peribadi individu yang ramai orang kata kononnya, "kahwin muda tak matang". So prove it!

Buktikan pada mereka kata-kata mereka salah.

Usaha kita dah syarak, jadi istiqamah. Pilih yang terbaik untuk hidup kita. Jangan seksa diri.

HADIRKAN TANGGUNGJAWAB DALAM DIRI.

*Apa-apa pun bergantung pada pandangan individu dalam persediaan ini. Kita menghormati keputusan setiap individu. Cuma janganlah kita cepat melatah dalam menunding jari kerana lagi lima jari yang lain mengarah pada kita. Hikmah dalam pertuturan. InshaaAllah.

Love;
Damia'


Mumtaz for Ummah. Mari Jadi Hamba Superb! ^^

No comments:

Post a Comment