Pages

Monday, January 28, 2013

Aish, lima ke enam??

...............................................................................
In the Name of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful
Praise be to Allah, Lord of the Worlds
Any kind of language coming from Him
................................................................................


Assalamualaikum and warm smile from me =)

Hey guys, how’s life? Getting better? Okay good2…

Alhamdulillah segala puji bagi Allah kita masih berpeluang untuk menyedut Ohingga ke saat ini.

Ohye, isu semasa atau lebih tepat isu ummah yang kita kena peka hari ni…seems to be:

  • Pembebasan Palestina
  • Revolusi Syria
  • Umat Islam Rohingya

Haaa, apa yang saya share kan di atas tu rasanya most of us dah tau.

Alhamdulilah remaja Islam zaman sekarang sangat peka dengan isu-isu umat Islam Globally. Indeed. So kepada yang masih belum tau tu, apa lagi lets checkitaut! =)

In Shaa Allah hari ni saya bukanlah nak bercerita berkaitan isu ummah itu (maybe next time) tapi saya nak cerita soal Asas Islam.

Menariknya topik ni ramai yang dahhhh tau tapi kurang ambil berat. Allah, maaf ye bukan nak menunding jari pada sesiapa tapi inilah hakikat dunia kita hari ini. Walllahu’alam…
 
Most of the day we keep talking about this and that, biggest part of life. The thought seems to be not clear.

Baiklah, apa ertinya kita menganut Islam?? Aish, berat tak nak jawab?

Hmm, honestly saya mengambil masa 1 minit untuk memikirkan jawapan yang tepat dan ringkas...jawapan ini, mungkin boleh jadi sesuatu yang subjektif tapi bagi saya mestilah muslim at first pada sudut aqidah.

Berpegang pada aqidah yang benar lagi murni adalah syarat pertama bagi someone yang mengaku diri dia ISLAM.

Islam sebagai cara hidup kita. Well said, "Islam is the way of Life"…

Pegangan kita ada dua.Satu AL-QURAN dan kedua AS-SUNNAH.

Saya percaya dan yakin Allah mencipta segala kejadian di muka bumi ini bertujuan dan tidak sia-sia. Betul tak? Aturan Allah itu sentiasa berhikmah!

Okay okay, berbalik pada Asas Islam, siapa tau rukun Islam ada berapa dan apa dia? Hmm, macamane pula dengan rukun Iman?

Baiklah sahabat yang saya sayang semua meh sini saya nak share…mungkin sekarang ada yang tengah tertanya-tanya… "Eh, rukun iman enam ke lima ye?"... Tak kurang juga ada yang google, hehe.

Takpe takpe,selagi Allah memberi kita peluang untuk mengingati kembali asas-asas Islam itu maka bersyukurlah…itu tandanya Allah masih sayangkan kita. =)

Tapi tapi tapi, after ni no more, no more…kita mesti lekatkan kat hati kita semua asas Islam  ini. Dan dah ada kat bibir kita. Bila orang tanya kita dah master dah! Bila Allah tanya…?

Rukun Islam ada 5 perkara;

  1. Mengucap dua kalimah syahadah
  2. Menunaikan Solat Fardhu lima waktu
  3. Berpuasa sebulan di bulan Ramadan
  4. Menunaikan Haji ke Baitullah yakni Mekah
  5. Menunaikan zakat

Rukun Iman ada 6 perkara;

  1. Beriman kepada Allah swt
  2. Beriman kepada Malaikat
  3. Beriman kepada Kitab
  4. Beriman kepada Rasul
  5. Beriman  kepada Hari Kiamat
  6. Beriman kepada Qada’ dan Qadar

Haaa, itulah Rukun Iman dan Rukun Islam yang wajib kita ketahui, okay? WAJIB.

Tanpa asas-asas ini, aqidah kita akan jauh dari Islam.

Sebab tu lah kalau kita tengok dunia hari ni, ramai yang dah terpesong fahaman diorang ni. Ada juga yang masih mencari-cari what is Islam about or why am I a muslim? Undang-undang Islam pandang sebelah mata.

Tak kurang juga yang buat hukum Islam sendiri. Nauzubillah min zalik…cepat-cepat pegang Quran dan Sunnah!

Sabda Rasulullah,

"Sesungguhnya amalan seseorang itu bergantung pada niatnya dan sesungguhnya amalan seseorang itu akan dibalas sesuai dengan apa yang diniatkannya"
-Hadis riwayat Imam Bukhari

Setiap muslim lahiriahnya Islam, kita solat setiap hari dan berhubung dengan Allah secara langsung.

Kita ucap kalimah syahadah,
"Aku bersaksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammmad pesuruh ALLAH”…

Setiap kali kita solat. Tapi, cukup ke hanya dengan lafaz dalam solat itu kita berupaya mentarbiyyah diri kita dan mentajdid niat kita setiap hari sebagai seorang muslim?

So, this is the time. Inilah masanya kita semua menilai amalan kita. Semuanya...

Sebagai permulaan, take time. Kita kukuhkan satu persatu.

Yang penting niat kita Fillah. =)

Bila kita dah mantop dalaman kita, kita hiasi pula dengan amalan-amalan sunnah.

Hmm, analoginya kat sini…contohnya kita nak tanam pokok. Kalau akar pokok tu belum kukuh macamane kita nak paksa pokok tu berbunga dan berbuah? Betul tak? Bunga dan buah itu ibarat akhlak kita…so nak dapatkan pokok yang cantik, make sure akar pokok itu kukuh dulu, kemudian dijaga dengan rapi dan tumbuhlah dahan yang kuat. Tak lama lepas tu tumbuh pula daun-daun yang sangat lebat dan bunga-bunga yang mewarnai pokok itu.

Nah, sekarang pokok tu sangat cantik! Bahkan menghasilkan buah yang memberi manfaat kepada semua hidupan. Sumber paling penting! ^^

Aish, agak-agaknya korang faham tak apa yang saya membebel kat atas tu? In shaa Allah, harap fahamlah ye. ^^

Last but not least, jom muhasabah diri sama-sama.
Mistakes are lessons that lead to new discoveries.
ILMU.IMAN.AMAL.

With love,
Mia <3

Mumtaz for Ummah. Mari Jadi Hamba Superb! ^^

No comments:

Post a Comment