Pages

Thursday, January 31, 2013

Azharian

...............................................................................
In the Name of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful
Praise be to Allah, Lord of the Worlds
Any kind of language coming from Him
................................................................................

Perkara yang paling membahagiakan saat kita rindukan seseorang adalah apabila dia seolah-olah mengetahui yang dirinya sedang dirindui, lalu dia pun meng-sms / meng-whatsapp / meng-bbm kita. Okay, pembukaan yang jiwang. =)

Aku teringat kata-kata Ustazah Fatimah Syarha,

"Kalau rindukan seseorang, aura itu selalunya sampai. Berdoalah kepada Allah agar dapat mengubati rindu kita semua"

Aku bukanlah menganggap kata-kata beliau ini sebagai sesuatu yang wajib dipercayai, kalau tak percaya, dosa! Ha, tidak tidak... Tapi adalah sesuatu yang baik kan? Kalau rindu, maka berdoalah! Tapi ingat...bukan rindu yang terlarang tau! =)

Sahabat-sahabat di Malaysia yang disayangi kerana Allah, sungguh,

AKU RINDU KAMU SEMUA!!! =')

Kalau cakap soal rindu ni, memang sampai esok lusa tulat pun takkan habis.

Sahabat-sahabat, ingin aku kongsikan dengan kamu semua, sesuatu yang aku rasakan amat perlu untuk aku kongsikan. Dengan kamu khususnya. Ye, dengan kamulah. Kamu yang sedang senyum-senyum tu. Kamu wahai bakal dentist! Yang inshaAllah bakal menyusul setahun kemudian selepas aku.
(Aku tak pasti sejak bila aku punya ayat jadi skema gini bila berkata-kata)

Selama lebih kurang 4 bulan bergelar mahasiswa azhari. Pejam celik pejam celik, tamat sudah satu semester. Tamat sudah semester pertama. Selesai sudah midterm exam kami. Cepatnya masa berlalu. Apa yang aku pelajari sepanjang semester 1?

Ini;

ZOOLOGY botany PHYSICS organic chemistry CREEDS AND ETHICS english and medical terminology ARABIC LANGUAGE al-quran

"Banyaknyeee"

Manade banyaklah. 8 subjek je pun. Dan antara 8 subjek ni, ada anak cucunya. =)

ZOOLOGY = vertebrate + invertebrate + physiology + cytology + histology

Hamekaw (bak kata Rais :D). Apa bendenya vertebrate invertebrate semua tuh?

Haaa, melalui subjek vertebrate, aku mengenali haiwan ini;


Petromyzon fluviatilis sp.

Hehe, terkejut kew? Jangan risau, aku rasa haiwan ini tak gigit orang. Aku rasa laa hehe.

Dan aku juga mengenali haiwan-haiwan di bawah ini;

Dogfish

Tilapia Nilotica

Egyptian lizard

Aku percaya mesti kamu semua cakap dalam hati, "ape bende budak ni belajo nih? Dia ni doktor gigi ke doktor hewan?". Mueheheh. Ape ingat manusia je ada masalah? Hewan juga bermasalah! (bak kata A. Samad Said). Okay, gurau gurau hehe.

Nak buat caner. Dah memang silibus dia, in order to become a dentist, aku kena belajar semua nih! :D

Erm, paling best belajar Tilapia Nilotica. Apa bende tuh? Ala, itu ikan yang kamu semua makan tulah. Ikan tilapia...kira hebatlah kan orang dulu-dulu, bagi nama saintifik untuk ikan tu hehe.





Ha, siap tengok slide kot. Tengok kat mikroskop. Melihat segala macam 'ventral section' mahupun 'transverse section'. Dan kami perlu hafal gambar-gambar slide nih, berserta 'classification' nya untuk menjawab final practical exam dengan jayanya.

Susah? Erm, taklah susah mana pun. Untuk memastikan aku lebih ingat, lepas belajar ikan tilapia tu, aku terus bukak peti ais bila sampai rumah. "Ha, pehal pulak?"

Haha, janganlah pelik sangat weh. Memang antara makanan ruji aku di sini adalah ikan tilapia. Jadi, untuk mempraktikkan apa yang aku belajar, aku pun belek-belek la ikan tu sambil menyiangnya untuk memasak untuk makan malam hehe. Sambil siang ikan, aku kenal pasti mana satu dorsal fin, mana satu ventral fin, blablabla. Hehe, best kot. Bukan setakat belajar, tapi juga memuji-muji kekuasaanNya. Subhanallah! =)

Okay, beralih ke invertebrate. Aku rasa kamu semua sedia tahu kot, invertebrate bermaksud haiwan tidak bertulang belakang. Atau dalam kata lainnya, aku belajar bende-bende yang tak boleh dilihat dengan mata kasar. Contoh; paramecium caudatum, amoeba proteus, trypanosoma gambiense, dan macam-macam lagi.

Tak jelas? Ala, bende-bende nih;

Amoeba proteus sp.

Paramecium caudatum sp.

Ascaris sp.

Euglena viridis sp.

Trypanosoma gambiense sp.

Weh wehh, lari ke mana tuh??? Hehe, janganlah lari tengok cacing tu wehhh. Haaa, bende-bende nilah yang aku belajaq selama nih :'D

Bila final exam, sama jugak macam vertebrate. Kena hafal slide, structure, blablabla. Sebab soalan exam memang kena lukis bende-bende ni. Dulu mula-mula memang tak dinafikan, geli geleman. Tapi bila dah lama-lama, macam takde perasaan dah. Tak tahulah bila balik Malaysia nanti geli balik ke kan hehe. :D

Beralih ke Cytology. Ce google ce google, pebendenya cytology nih?

Haaa, pandai! Cytology ni belajar pasal cell. =)

Cell structure

Ini adalah gambar struktur sel yang paling lengkap yang aku jumpa. Sebab ada peroxisome, secretory vesicles, nuclear envelope bagai. Benda ni rasanya tingkatan 1 dah belajar, ye tak? Ya. Tapi yang aku belajar lagi detail la. Kata doktor, kenelah tahu in detail kan. =)

HISTOLOGY, kesinambungan kepada cytology. Ceh ayat. Sebabnya, dengan adanya cell, maka terhasilnya tisu-tisu badan. Say 'Subhanallah' kawan-kawan! ^^

Epithilium cells

Aku dah macam mengajar kamu semua pulak kan. Well, ini antara ilmu yang terdapat dalam subjek histology. Cuba tengok kulit kamu sekarang. Ha, yang membentuk kulit tu adalah 'simple squamous'. Tu yang gambar mula-mula sekali tuh. Flat and thin. Hehe. Okay, cukup.

Beralih ke Physiology. Subjek physiology ni, ada banyak topik kat dalamnya. Topik nutrients la, bloods, immune system, respiratory system. Semuanya berkaitan badan manusia. Memang ini paling berat pun. Banyak nak kene ingat. Tapi, tak susah mana pun, inshaAllah. Untuk kamu yang bakal belajar subjek ini, jangan risau. Tajdid niat selalu, okay? =)

Baik. Kesimpulan dari apa yang saya ceritakan mengenai ZOOLOGY adalah, ketika final exam, subjek adalah SATU paper. Hehehe. SATU paper untuk satu hari. Dalam satu paper tu, ada vertebrate, invertebrate, cytology, histology dan physiology. Makanya, boleh keluar mana-mana tajuk pun, ikut sukahati dukturah.

Owh, cuma nak share sikit. Untuk subjek vertebrate kan, punyalah kami belajar macam-macam; structure of teeth, respiratory system of petromyzon/dogfish, excretory system of petromyzon/dogfish blablabla, tapi masa final exam, keluar pasal gigi jer. Nampak tak permainannya di situ?

Okay, kamu semua dah penat baca eh? Sabau duluuu. Ini baru citer pasal ZOOLOGY.

Belum botany, physics, organic chemistry dll.

Okay jangan risau. Aku cuba ringkaskan ye. =)

BOTANY. Nama pun botany kan, ye memang belajar pasal tumbuhan pun. Dan ada la sikit-sikit pasal virus.

Cuba tengok gambar-gambar nih;




Sebab apa aku tunjuk slide under microscope je? Sebab memang aku kene tengok slide under microscope pung! :D

Nak tahu sesuatu tak? Dukturah pernah buat test mengejut untuk kami. Dia panggil sorang-sorang suruh tengok slide under microscope. Then, kenalpasti slide apakah itu, dan lukis berserta classification. Satu kelas tak dapat jawab! Haha. Yelah, banyak kot slide nak kene ingat. Ada lebih kurang 20 slides. (Aku pun ingat-ingat lupa dah). Nak ingat classification sekali. Memang banyak. Memang tak boleh jawab kalau tak study dulu! Akhirnya dukturah kesian, dukturah tak amik markah untuk test tu, hehe. :D

ORGANIC CHEMISTRY. Hurm, ini sama je macam yang belajar kat matrik tuh. Takde yang baru pun. Kiranya bila aku belajar benda ni kat sini, macam revise subjek kat matrik dulu, hehe. Alhamdulillah aku habes belajar kat KMS dengan jayanya. Mudah untuk aku faham. Okeh, aku rindu KMS! =')
Dan untuk adik-adik 18 tahun yang tak masuk matrik (direct ke Mesir lepas SPM), mereka memang tak faham apa-apa! Ini serius. Nak tahu sebab apa? Dukturah bukannya ajar 'Introduction to Organic Chemistry' macam yang kita belajar kat matrik dulu. Masuk kelas terus belajar "Alkane". Mau tak pening mereka. Aku simpati sangat dengan mereka. Tapi Allah tahu yang mereka boleh tempuh, sebab tu mereka tempuh semua tu, kan? Aku tabik spring sama mereka =)

PHYSICS. Sama jugak macam organic chem kawan-kawan! :D
Maksud, sama je macam yang belajar kat matrik. Dan belajar kat sini lagi sikit dari apa yang belajar kat matrik dulu. Yelah, kamu semua tahu kan, subjek-subjek yang dipelajari kat matrik selama setahun tu bersamaan dengan lebih kurang 3 tahun belajar untuk diploma. Sumbat sumbat sumbat, kasi pack. Haha.
Kat Universiti Al-Azhar ni tak belajar sebanyak tu pun. Belajar dua tiga topik je (yang sama macam kat matrik), cuma detail sikitlah. Ala, detail sikit je. Alhamdulillah, midterm exam baru ni, aku boleh jawab. Alhamdulillah! =)

Aku belajar simple pendulum experiment jugak laa!! :D

Aku pernah nak try cabut gigi orang guna teknik simple pendulum experiment. Hahaha! Opsss ><

CREEDS AND ETHICS. Nama arabnya 'aqidah wa akhlaq'. Haa, ni dah masuk subjek agama. :D
Dah penat belajar ilmu dunia, berehat seketika bersama kitkat! Eh. Bukanlah. Berehat seketika bersama subjek agama nih. =)
Untuk creeds, belajar pasal ketuhanan; oneness of God, existence of God, dan asma' wa sifat.
Manakala untuk ethics, belajar tamadun babylon, ancient egyptian, dan macam-macam lagi.



Ye, tahu dah. Tulisan aku memang buruk.
"Siap ada ayat al-Quran?"
Haah, memang style kat al-Azhar ni, bila nak jawab soalan-soalan gini, perlulah berserta dalil. So kene hafal la, surah apa, ayat berapa. Susah? Tak pun. =)
InshaAllah tak susah. Lagipun memang kalau dah nama pelajar Azhar, memang kene hafal al-Quran, kan?
Eh, aku ada satu tips. Sebelum mula study, hafal/baca al-Quran duluuu. InshaAllah lagi mudah masuk, hafal dan faham. Ini berdasarkan pengalaman aku sendiri beb. =)

ENGLISH AND MEDICAL TERMINOLOGY. Tengok nama subjek pun rasanya kamu semua dah tahu kan? English tu belajar english. Grammar. Manakala medical terminology, belajar term-term medic dan dentist. Ini antara subjek release tension, hehe. Subjek ni cuma ada final exam. Takde midterm exam.

COMPUTER SCIENCE. Erm, kat KMS dulu, aku tak amik subjek ni. Jadi aku tak pasti sama ke tak dengan yang belajar kat matrik. Tapi dengar-dengarnye, belajar kat sini macam lagi detail. Entah. Paling best masa praktikal. Tutup semua buku, simpan dalam beg. Keluarkan laptop, letak atas meja. Hehe. Tapi rasanya sem ni punya silibus senang kot. Sem depan belajar programming. Fuh!

ARABIC. Bahasa arab. Mari pelajari bahasa arab, bahasa al-Quran, bahasa syurga! =)
Untuk sem 1 ni, belajar macam arab PMR. Haah, taklah susah mana. Tapi kene praktis banyak laa. Doktor kami, Dr.Moustafa, suka bagi kami homework berupa esei. Mula-mula dulu guna google translate. Hahaha. Ini pengakuan jujur. Cuma bila dah masuk esei terakhir tu, tajuk makin susah, jadi aku mintak tolong Amirul Arif translate BM ke arab. Erk. Haha! Bertungkus-lumus weh menyiapkan esei tu pukul 12 tengah malam. Syukrannn Arif. Ha, menurut Arif, Dr.Moustafa mengajar dia semester lepas. =)
Dan yang buat segannye, esoknya bila hantar esei tu, Dr.Moustafa kata, "Ahsanti!"
Kalaulah Dr.Moustafa tahu yang buat esei tu sebenarnya bekas anak muridnya sem lepas. Erk.

AL-QURAN. Ini pun antara subjek release tension. Simpan semua buku, keluarkan al-Quran!
Cara doktor mengajar, dia baca ayat tu dengan tajwid yang betul dua tiga kali, lepastu dia suruh semua ikut. Hehe, doktor yang mengajar tu, Dr.Usamah, umur dalam 40-an, masuk kelas rileks je. Al-Quran pun tak bawak. Yelah, 30 juzuk sudah di dada. Dia cuma duduk kat depan dan baca, lepastu suruh orang ikut. Cumanya, Dr.Usamah ni suka buli aku. Betul weh! Masuk je kelas, terus dia panggil, "Humaira'!"
Nak tahu dia suruh buat apa? Dia suruh beli air nescafe untuk dia. -..-
Hahaha. Aku tak kisah pun. Cumanya, erm, erm erm, ermmm. Haha. Aku rasa memang semua orang nama 'Usamah' ni suka kenakan orang! >< Dahla dia cakap arab. Serius, kalau aku tak faham, memang aku akan buat muka paling toya. Wakaka. Dah tak faham, nak buat caner. Aku buat muka blur, sampai dia gelak. Selagi dia tak gelak, selagi tu aku buat muka. Hikhik. Tapi kelas al-Quran ni memang best la. Tenang fikiran kot. Dia akan tasmi' tiap-tiap kali kelas dia. Biasanya kalau dia nak tasmi' aku, dia akan ugut aku suruh baca lain dari yang orang lain baca. Wah. Ingat aku takut? Haha. Contohlah kan, dia suruh baca surah an-Naba'. Orang lain semua baca an-Naba'. Sampai kat aku, dia suruh baca an-Naba' dan an-Nazi'ah. Elele. Ingat aku takut lettew. Aku buat berlagak pegi baca sampai dekat separuh surah an-Nazi'ah sampai dia kata, "khalas Humaira'. Khalas! Syukran syukran" sambil gelak-gelak dan halau aku suruh duduk. Haha. Weh, panjangnyaaa citer pasal subjek al-Quran jek. Tapi tak boleh kalah Zoology! ><

Sahabat-sahabat yang disayangi, sebenarnye kan, aku tak punya masa yang lama untuk menaip panjang berjela. Ini dua hari punya 'esei' kot. Hehe. Semalam tak sempat taip habis. Sambung jap lepas subuh tadi. Aku ada hal, perlu ke Sarag Mall sebentar lagi untuk rehearsal program amal Palestin anjuran PERUBATAN malam ni. Sekian dulu. =)


Salam sayang;
Humaira' =)


Mumtaz for Ummah. Mari Jadi Hamba Superb! ^^

4 comments:

  1. Nk tnye......syllabus azhar utk laki ngn pempuan. ..same x?
    Pastu hafazan brp juzuk setahun ye?^^"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah. maafla lambat sangat reply. yup. silibus sama je lelaki perempuan. hafazan, satu juzuk setahun =)

      Delete