...............................................................................
In the Name of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful
Praise be to Allah, Lord of the Worlds
Any kind of language coming from Him
................................................................................
Cerita Hati (bab 1) : HARAPAN
Mampukah?
‘barang siapa mengerjakan kebajikan dan dia beriman, maka usahanya tidak
akan diingkari (disia-siakan) dan sungguh Kami lah yang mencatat untuknya’
(Surah al-Anbiya’ ayat 94)
'dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, ''Aku hendak
menjadikan khalifah di bumi…''. Mereka berkata, ''apakah Engkau hendak menjadikan
orang yang merosakkan dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih
kepadaMu?'' Dia berfirman, ''Sesungguhnya aku mengetahui apa yang tidak kamu
ketahui.'' '
(surah al-Baqarah ayat 30)
Allah mengajarkan kepada Nabi Adam nama-nama dan semuanya
dan Allah memperlihatkan kepada malaikat. Allah menguji malaikat, namun malaikat
hanya bertasbih kepadaNya. Lalu dipersoalkan kepada Adam apa yang telah Dia
ajarkan kemudian Adam menjawab satu persatu.
Itulah bukti kekuasaan Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui disebalik apa yang diciptakan. Ya, kita adalah khalifah. Khalifah yang memegang amanah. Cukupkah tanggungjawab kita terhadap Allah?
Itulah bukti kekuasaan Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui disebalik apa yang diciptakan. Ya, kita adalah khalifah. Khalifah yang memegang amanah. Cukupkah tanggungjawab kita terhadap Allah?
Daripada ibn Abbas, kata Rasulullah saw yang bermaksud :
“Dapat merasai kemanisan iman, orang yang meredhai Allah
sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai rasul.”
Keterangan hadis Baginda saw pada kita cukup jelas
menerangkan bahawa persoalan apa yang kita redhai dalam kehidupan ini sebagai
hamba perlu diambil kira. Kerana pada tahap itu kita akan mencapai tahap
kemanisan iman bila kita hidup berlandaskan sesuatu.
Meredhai. Bersetuju dan memadai dengannya serta tidak mencari
sesuatu yang lain.
Maksudnya di sini tidak berkehendak kepada sesuatu yang lain selain daripada Allah. Tidak mempedulikan jalan selain jalan Islam. Dan tidak menuruti selain apa yang selari dengan syariat yang dibawa oleh Muhammad saw.
Yes! Indeed! Itulah yang sepatutnya dikatakan redha pada Allah dalam membawa diri sebagai satu makhluk bergelar KHALIFAH.
Maksudnya di sini tidak berkehendak kepada sesuatu yang lain selain daripada Allah. Tidak mempedulikan jalan selain jalan Islam. Dan tidak menuruti selain apa yang selari dengan syariat yang dibawa oleh Muhammad saw.
Yes! Indeed! Itulah yang sepatutnya dikatakan redha pada Allah dalam membawa diri sebagai satu makhluk bergelar KHALIFAH.
Dua hari lagi aku akan balik ke Semenanjung, macam mana
dengan keadaan umi dan abah kalau aku bagi tahu keputusan aku ni? Positif atau negatif? Ya Allah, mudah-mudahan Kau berikanlah aku
kekuatan. Macamne lah aku nak pastikan tiada hati yang terluka?
Sesungguhnya aku akui dalam dunia ini terlalu banyak
pilihan dan kita akan sentiasa membuat pilihan.
Celik je mata bila subuh menjelang, Allah subhanahu wa ta’ala dah sediakan pilihan untuk umat manusia. Dan aku pula dah buat satu pilihan masa depan.....Mungkin agak berat untuk mereka yang tak memahami tujuan ini kerana bukan semudah memetik jari dalam membuat keputusan hidup ini.
Namun jauh di sudut hati, kebahagiaan menanti. Kebahagiaan yang bakal disediakan untuk hati-hati yang bersama mendaulatkan agama ini. Kebahagiaan hati-hati yang celik dunia, celik agama. Dan letakkanlah keinginan menjadi golongan yang “beruntung”.
Terutamanya demi kebahagiaan hakiki dalam mencari identiti diri sebenar sebagai seorang muslim sejati! Permudahkanlah ya Allah. Allahu Yusahhil.
“Ketika saat hati dan perasaan manusia itu hiba, tiada siapa
manusia yang ambil tahu.”
“Ketika saat fikiran manusia dalam kebuntuan, tiada siapa
manusia yang ambil tahu.”
“Dan pada ketika saat itulah baru manusia tahu betapa tinggi
rendahnya langit.”
“Kembali pada Allah Yang Maha Berkuasa.”
Bertahun lamanya aku menanti saat itu. Berpijak pelangi, bersujud hamparan permaidani taman syurga
suatu hari nanti. Pasti. Bumi Nabi Musa as. Bumi Mesir. Bumi tarbiyyah
yang menjadi pilihan aku untuk meneruskan perjuangan aku sebagai seorang
pelajar yang mencari identiti hakiki.
Benar kata abah, dalam hidup ini manusia takkan pernah berhenti mencari identiti diri mereka hinggalah satu saat manusia akan benar-benar faham matlamat hidup mereka. Dan termasuklah aku.
“Ibn Ata'
Allah said: "God may open up for you the gates of obedience, but without
opening up for you the gates of acceptance. On the other hand, He may Allow
you to fall into disobedience which happens to lead you to the right path.
DISOBEDIENCE that teaches you HUMILITY is better than PIETY that fills you with
VANITY and ARROGANCE.”Benar kata abah, dalam hidup ini manusia takkan pernah berhenti mencari identiti diri mereka hinggalah satu saat manusia akan benar-benar faham matlamat hidup mereka. Dan termasuklah aku.
― Yusuf al-Qaradawi, Islamic Awakening Between Rejection and
Extremism
Musibah sebagai anugerah untuk manusia menjadi lebih
tabah. Bukan kebiasaan yang difahamkan “tabah” pada makna tetapi “tabah” yang
dihayati sedalamnya. Menyebabkan rasa cinta yang mendalam dan kebergantungan
yang utuh pada Tuhan. Itulah Tabah pada pendefinisianku.
‘iaitu orang –orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata inna
lillahi wa inna ilahi rajiun... (sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami
kembali)’
(surah al-Baqarah ayat 156)
‘Ya Allah, aku tak
berdaya. Malunya aku padaMu kerana pada saat ini aku perlukanMu. Dengan ujian
yang kecil ini, terasa besar untukku. Allah, sungguh goyah imanku setipis kulit
bawang! Sungguh jauh benar aku dari Sumayyah yang gagah menghadapi kematian di
hujung pedang. Sungguh jauh bagai langit dan bumi. Mungkin ada hikmahnya mengapa
aku diciptakan pada zaman ini, kerana belum pasti 1400 tahun yang lalu aku
menegakkan panji Islam bersama Muhammad saw. Astaghfirullah. Janganlah Engkau
pesongkan hatiku setelah aku mendapat hidayahMu pada saat ini. Kuatkan aku
menerima ujian ini. Sedangkan RasulMu, penuh sabar mengajarku. Ya Allah ampunkan aku, ampunkan
aku… Aku perlukanMu.’
‘ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu dan
sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami’
(surah al-Kahf ayat 10)
‘ketahuilah sesungguhnya milik
Allah lah apa yang ada di langit dan di bumi. Dia mengetahui keadaan kamu
sekarang. Dan mengetahui pula hari ketika mereka dikembalikan kepadaNya…’
(surah al-Furqan ayat 64)
Aku masih teringat
pesanan humaira pada aku. Aku kena kuat. Aku kena sentiasa berusaha. Doa dan
doa. Dia je yang faham aku. Situasi aku sekarang susah nak dijelaskan kat umi
abah. Hmm, bukan menyebelahi humaira lebih dari umi dan abah aku tapi sekarang
aku buntu. Aku perlukan humaira sekarang! Kadang-kadang lumrah jiwa insani aku ni
bersetuju juga kalau aku kata kan yang meluahkan segala masalah aku kat humaira
is the best therapy ever. Thats what besties do. Yet, whatever it is umi and abah
still my “bestfriend” ever. They know me more than anyone! Haish, kiranya aku ni
dalam kategori anak manjalah juga sebab semua benda nak decide mesti bagitau umi
abah. Yup, bagi aku umi abah perlu tahu semua benda tentang aku. Barulah hidup aku
dapat berkat. Redha umi abah, redha Allah. Anyway sometimes, 'kematangan' umi abah
dengan 'kematangan' aku tak seiring and thats make humaira as my second option untuk bantu aku. Tapi
aku faham, dalam kes aku ni, bukanlah humaira sebab untuk masalah aku ni selesai
cuma dia satu 'suluhan' yang buat aku tak sesat jalan. Pesanan seorang sahabat. Datangnya
daripada Allah. Itu pasti! Walaupun kami berdua ni masing-masing ada dalam jarak yang jauh, tapi hanya dengan
sebutir pesanan dan sokongan dalam fon yang bermula dengan bunyi “beep beep”
with an unspoken connection, dah buat kami jadi kuat! Macam magnet tarik besi. Kadang-kadang
aku jadi magnet, humaira jadi besi. Tak kurang juga sebaliknya. Huh, sungguh unik
persahabatan aku dengan dia ni. Sorang kat benua afrika, sorang kat benua
asia. Jauh beribu batu tu. Tapi Alhamdulillah, Humaira sangat memahami kehendak
aku. Pilihan untuk meneruskan pengajian aku kat Universiti al-Azhar. Nafsi-nafsi
sekali pun tidak.
Mencari dunia atau meletakkan dunia pada tempat selayaknya adalah tugas manusia. Berusaha kat dunia untuk kebahagiaan hakiki kat akhirat. Nak tolong agama Allah ni kena mantap dunia juga, bukan akhirat je. Allah kan suka hamba Dia yang berusaha. Habis tu, nak hidup macamne kalau hidup sehelai sepinggang ala-ala zuhud belaka. Harini tak sama dengan zaman Rasulullah. Tapi mempraktikkan kehidupan sunnah itu tak salah. Macam harini dah ada kereta tapi zaman Nabi ada unta je, jadi apa salahnya gunakan rukhsah yang Allah nikmatkan untuk manusia harini untuk menjalani kehidupan seharian. Pernahlah orang perdebatkan, lebih baik pegi masjid jalan kaki dari naik kereta. Pahala lebih. Yes, saya meraikan pendapat kamu tu. Tapi bagi saya, kalau kereta dah sedia ada, baik gunakan nikmat tu. Cuba hayati doa naik kenderaan. Cari maksud dia. Nikmat tak ternilai tu. Bahkan Allah tu Maha Bijaksana. Setiap pahala nak ke masjid tu ada. Naik kereta ke, motor ke, jalan kaki ke, naik basikal ke, ada bahagiannya. Zuhud itu ada pendefinisiannya. Jangan terlalu sempitkan pemikiran. We are human being and we need to work out. We need to do something for having a better life. For having a great life. Dunia dan akhirat.
Mencari dunia atau meletakkan dunia pada tempat selayaknya adalah tugas manusia. Berusaha kat dunia untuk kebahagiaan hakiki kat akhirat. Nak tolong agama Allah ni kena mantap dunia juga, bukan akhirat je. Allah kan suka hamba Dia yang berusaha. Habis tu, nak hidup macamne kalau hidup sehelai sepinggang ala-ala zuhud belaka. Harini tak sama dengan zaman Rasulullah. Tapi mempraktikkan kehidupan sunnah itu tak salah. Macam harini dah ada kereta tapi zaman Nabi ada unta je, jadi apa salahnya gunakan rukhsah yang Allah nikmatkan untuk manusia harini untuk menjalani kehidupan seharian. Pernahlah orang perdebatkan, lebih baik pegi masjid jalan kaki dari naik kereta. Pahala lebih. Yes, saya meraikan pendapat kamu tu. Tapi bagi saya, kalau kereta dah sedia ada, baik gunakan nikmat tu. Cuba hayati doa naik kenderaan. Cari maksud dia. Nikmat tak ternilai tu. Bahkan Allah tu Maha Bijaksana. Setiap pahala nak ke masjid tu ada. Naik kereta ke, motor ke, jalan kaki ke, naik basikal ke, ada bahagiannya. Zuhud itu ada pendefinisiannya. Jangan terlalu sempitkan pemikiran. We are human being and we need to work out. We need to do something for having a better life. For having a great life. Dunia dan akhirat.
Pengharapan pada yang
mana?
‘Ya Allah andai apa yang aku alami selama ini adalah satu
tarbiyyah untuk diriku daripada Engkau, aku redha ya Allah...aku bertaubat ya
Allah. Sesungguhnya didikanMu ini sangat memberi kesan pada diriku. Aku belajar
untuk menjadi orang yang lebih bersabar. Aku mula mengenali apa itu dunia dan
aku peroleh satu kekuatan luar biasa ya Allah.’
‘dan mohonlah pertolongan Allah dengan sabar dan solat. Dan solat itu
sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk’
(surah al-Baqarah ayat 45)
Walau dalam apa masalah sekalipun, hati perlu sentiasa
mengingati Allah. Untuk selamanya dalam apa keadaan sekali pun. Itu terapi
terbaik. Percayalah wahai diri. Percayalah.
“hanya dengan mengingati Allah
hati akan menjadi tenang”
Sabar kunci utama.
Sampai bila nak sabar? Bukan ke sabar tu ada
batasannya? Tidak, langsung tidak ada batasan. Cuma pada fikiran manusia. Manusia
yang meletakkan batasan pada setiap hala tuju menjadi manusia hakiki. Kita yang
mengawal akal. Mengawal hati. Mengawal perasaan. Jadi, jangan sesekali meletakkan
batasan pada sabar. Mudarat nanti.
“Hmm, kenapa wujud
kesabaran?” Kerana Allah ciptakan ia untuk menjadi hikmah kat manusia. Dalam satu kitab yang menuliskan tentang
As-Sabru Fil Quran menghuraikan dengan
terperinci dalam bahasa yang mudah mengenai sabar. Ye la, itu kata Allah. Kalam
alFurqan. Merupakan akhlak al-Quran yang paling utama dan sangat ditekankan
Allah. Selalu diulangkan, sabar, sabar, sabar. Kalau berjaya kekalkan kesabaran
tu, haa berjayalah dunia akhirat. So, no wonder la kalau tak silap aku dikatakan
70 kali sabar disebutkan dalam Quran. Ada juga Ibnu Qayyim menemui sabar pada
94 tempat. Wallahualam. Tapi ya Allah, terlalu penat jiwa dengan hati ni. Tak mampu
nak bersabar. Lebih lagi bila masalah menimpa, manusia pun sibuk berbicara. Ada je
bunyi-bunyi “busuk”. Sangat menyedihkan ya Allah… Hmm, bila berbalik pada
agama, pada Yang Esa segalanya pasti. Aku mesti kuat. Terfikir sejenak bila
seorang sahabat ada berpesan kat aku… ''awak seorang yang hebat dimata saya. Saya
taknak awak putus asa. Manusia tu ada dua jenis, satu bila ditimpa ujian dia tahu
itu ujian Allah, so dia bersyukur. Dengan ujian dia akan lebih dekat dengan
Allah. Reda, Sabar dan sepenuhnya kebergantungan pada Allah. Yang lagi
satu, bisikan syaitann yang goyahkan iman dan kepercayaan kita terhadap
Allah. Kita start complain and mengadu nasib diberi ujian. Rasa Allah tu tak
adil.'' Allah! satu tamparan hebat bila baca. Tersentap. Malu. Apakah aku golongan
yang mengadu nasib. Mempersoalkan hak Allah. Astaghfirullah... Apa pun yang
dihadapi, ini satu pegangan yang kuat buat aku. Aku kena usaha apa cara baik
sekali pun. Berbaik sangka pada Allah. No turning back dalam pilihan hidup. Terus mencari jalan
lurus. Faham bukan pada akal. Faham pada hati. Nak melalui jalan Allah ni banyak
halangannya. Namun itu bukan alasan. Manusia memang suka beralasan. Aku percaya
mata untuk melihat, mulut untuk berbicara, telinga untuk mendengar, hati untuk
memahami, akal untuk berfikir…
Benar, bukan mudah untuk mencapai sesuatu. Tidak.
Ya, masih banyak yang perlu diusahakan. Allah nak tengok sejauh mana tahap usaha hamba Dia. Satu tamparan hebat dan tarbiyyah yang cukup perit. Berat.
Andai Khidir (Nabi Khidir) ada untuk menjelaskan padaku
hikmah disebalik hal ini. Kisah nya sangat mengagumkan.
‘…cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selainNya. Hanya kepadNya aku
bertawakkal dan Dialah Tuhan yang memiliki arasy (singgahsana) yang agung.’
(surah at-Taubah ayat 129)
**sambungannya pada masa akan datang, inshaaAllah. Moga kisah "cerita hati" ni dapat manfaat untuk kita semua. Diambil dan ditambah untuk menjadi sebuah kisah perjalanan hamba-hamba yang padat dengan pesanan dari Maha Pencipta. Untuk saya, awak, dia dan semua!
love:
damia'
No comments:
Post a Comment