Pages

Thursday, February 14, 2013

Hanyalah UntukMu

...............................................................................
In the Name of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful
Praise be to Allah, Lord of the Worlds
Any kind of language coming from Him
................................................................................

Hidup tak selalu indah
biasalah, kata orang itu lumrah
lumrah bagaimanakah itu sebenarnya?
aku tak mengerti?
apakah Allah mencipta kita untuk hidup seperti roda?
atas dan bawah?
mashaaAllah mashaaAllah!
aku tidak pernah berburuk sangka 
pada Sang Khalik
sungguh!
wahai diriku,
Allah mencipta khalifah
dan khalifah itu ialah kamu
yang hidup dan berjuang atas nama Islam
dan di sebalik Islam 
wujud "the Creator"
Allah namaNya
menurunkan wahyuNya pada Muhammad saw
siapa dia Muhammad?
Muhammad saw itu RasulNya
yang mengajar dan mendidik aku
apa erti HIDUP
menjadi teladan sepanjang masa
nah, apa itu hidup wahai diriku?
Baginda mendidik aku 1400 tahun yang lalu
hidup memang tak selalu indah
jika tidak "berpunya"
APA? "berpunya"...
ya, apa punya kamu?
wahai diriku
kau punya Allah swt
jika hidupmu keranaNya pasti segalanya indah
bahkan Baginda menunjukkan contoh
Baginda berusaha, Baginda cuba 
beribu cara
senyum jua tika perit dan payah
titisan air matanya, bukan semata
tidak sekali nafsi nafsi
sepanjang hidupnya, kata Aisyah ra
'aku tak pernah nampak Baginda makan seenaknya'
"seadanya" itulah istilah singkat
itu kata aku untuk Baginda
wah, aku? Masin tak rasa
manis tak rasa
menghenyuk landasan meja!
wahai diriku, dirasukkah?
istighfar!
nanti iblis ketawa
benar, wahai diriku
berbaik sangkalah dan teruskan berbaik sangka
ujian Sang Malik
berhikmah pasti kerana itu kau diuji
ahhh, aku penat!
kenapa nafsu mengikat diriku
iblis membelenggu?!
wahai diriku yang penyabar
yang kuat yang gagah
lawan lawan LAWAN!
mujahadah itu penat
sungguh aku tak tipu
putarkan roda fikiranmu yang terbawa-bawa
entah ke mana
kembalikan pada tebaran hakiki
apa tujuanmu?
apa matlamatmu?
apa dasarmu?
kini aku tahu, aturan perjalananku 
sudah tercatat dalam peta Maha Kuasa
ada hikmah untukku cari cari CARI
menangis aku
aduh, siapa yang ambil tahu?
siapa memujukku? siapa memelukku? siapa mengesat air mataku?
TIDAK ADA!
Allah Allah, bibir menyebut sayup
Allah Allah, jiwa berdetar menahan sakit
Allah Allah, sempit diriku 
panggilan yang tak pernah pudar
walau tak bertentang mata
namun perasaanku meronta, hati berdebar 
bagai cinta pertama
inilah hakikat cintaku
pada Dia
yang tak jemu mendengar bebelanku
yang tak jemu melihat hodohnya aku
ketika bernafsu
yang tak jemu menemani aku pada malam
bagiku malam ini, malam esok, malam malam
adalah yang pertama
kerana Dia sentiasa membahagiakan aku
ketika aku sedih Dia menghiburku
ketika aku sakit Dia mengubatiku
ketika aku lemah Dia mendorongku
"BANGUN sayang
Aku bersamamu, Aku mendengar hatimu
kerana Aku Penciptamu"
berputar di kepalaku
inilah perangsang semangatku
"kata-kata" Dia padaku
Tuhan, adakah aku sempurna di mataMu?
andai aku menyayangiMu, melutut dan sujud padaMu
apakah Engkau berpaling dariku?
kerana dosa-dosaku?
jangan Tuhan! Allah Allah
bukan itu kehendakku
perhatianMu kehendakku
akan ku titipkan serpih-serpih mujahadah
menjadi segelas jihad FISABILILLAH
segunung pengharapan
selaut kesyukuran
dan putaran hidup yang bergelek atas permaidani indah
akanku elak calitan hitam
sedaya UPAYA
Allah, tiada hadiah seindahnya
yang mampu ku persembahkan padaMu
melainkan bukti 'kejadian ini'
iaitu wahai diriku
dari akar rambutku 
hingga
ibu jari kakiku
HANYALAH UNTUKMU
*Astaghfirullahal'adzim

love;
Damia Aliah

Mumtaz for Ummah. Mari Jadi Hamba Superb! ^^

No comments:

Post a Comment