...............................................................................
In the Name of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful
Praise be to Allah, Lord of the Worlds
Any kind of language coming from Him
................................................................................
Maaf kerana post saya yang lepas tergendala (ada kesilapan teknikal sikit)...
Dalam previous post, saya ada berkongsi tentang seorang wanita berbangsa
Cina yg menyoalkan tentang kenapa ada sesetengah wanita Melayu yang
memakai tudung dan ada juga yang sebaliknya? Katanya kalau dah melayu
pasti Islam. Itulah pandangannya terhadap orang melayu, tetapi kenapa
tidak mengamalkan Islam?
Saya nak share beberapa "Typical Excuses" dari wanita yang masih tidak bertudung. Saya dapat senaraikan lebih kurang dalam 15 common excuses:
- 'I dont feel beautiful'
- 'I still too young'
- 'I am not ready yet'
- 'Nobody would want to marry me'
- 'I need to live my life to the fullest'
- 'Not stylish enough'
- 'My friends will judge me'
- 'Gonna look old'
- 'Nobody will respect me, not up to date'
- 'They'll call me terrorist'
- 'Feel too hot'
- 'But modesty begins from within'
- 'Hijab is not practical today'
- 'They won't allow me wear it where I work'
- 'It's hard to wear it'
Masya-Allah, begitu mudah jawapannya. Kenapa perlu rasa tak cantik? Sedangkan kecantikan seorang muslimah
itu terserlah daripada akhlaknya iaitu budi bukan body. Akhlak itu adalah peribadinya. Apabila
peribadi terjaga, terserlahlah kecantikan luarannya.
"Seindah hiasan dunia adalah wanita solehah"
Mencantikkan diri dan ingin kelihatan cantik yang tidak berasaskan iman dan
syariat akan merosakkan diri kita dan juga orang lain. Bukan ke semua
wanita inginkan truly beauty? Eternally? Bayangkan betapa ramai lelaki terseksa melihat wanita seksi. Hati mereka
dicemari oleh aurat wanita yang terdedah dan diperaga. Kasihanilah kaum
Adam. Wanita solehah itu tidak memandang dan tidak dipandang.
'Bidadari syurga itu wanita solehah'
Betul ke tak cukup bergaya kalau memakai hijab?
Cuba perhatikan gambar di atas ni. Cantik bukan? Dan sangat
bergaya. Menepati syariat dan terpelihara. Kadang kadang kita yang menyempitkan
fikiran kita bahawa dengan bertudung itu, nampak old fashion.
"Innallahha jamil wa yuhibbu jamal"
- sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.
Jadi tidak salah untuk kita kelihatan cantik kerana ia merupakan satu
fitrah manusia tetapi mestilah menepati syariat Islam iaitu menutup
aurat dengan sempurna. InshaAllah, kita cuba perlahan-lahan ye. Perubahan itu
memerlukan kesabaran dan kekuatan.
"Dan Allah menciptakan apa yang dirancangkan berlaku, Dia jugalah yang memilih (daripada makhluknya untuk tugas dan keutamaan dan kemuliaan), tidak layaklah dan tidak berhak sesiapa memilih selain dari pilihanNya" (al-Qasas:38)
Kalau kita nak cakap pakai tudung ni panas, api neraka lagi panas. Adakah
sudah betul betul sedia untuk hadapi nya di akhirat kelak? Tepuk dada tanya
iman. Ada juga yang cakap tak bersedia. Kita nak tunggu sampai
bila? Sedangkan kematian itu sendiri tidak menunggu kita. Allah akan ambil
nyawa kita pada bila bila masa. Petunjuk Allah itu perlu dicari, bukan tunggu
sehingga hidayah itu sampai. Jika kita inginkan kebahagiaan duniawi dan
ukhrawi, kitalah yang perlu bangun dan cari.
Siapa kata wanita berhijab tidak ada jodoh? Kan janji Allah wanita yang
baik itu untuk lelaki yang baik. Wanita sekalian, janganlah kita risaukan
kehadiran jodoh. Tetapi fikirkanlah untuk memelihara diri kita agar
menjadi wanita solehah agar peroleh bakal pemimpin yang soleh, yang bakal
bimbing kita, pelihara diri kita dan berkasih sayang kerana Allah.
Pernah saya dengar suara suara yang mengatakan "Walaupun saya tak bertudung tapi hati saya baik, tak pernah mengumpat".
Hmm, alangkah baiknya wanita baik seperti ini memilih untuk memakai
pakaian yang baik iaitu menutup aurat, dan menjadi wanita yang benar benar baik serta memberi kebaikan kepada orang lain. Subhanallah.
Siapa ingin menjadi bidadari syurga? Jom sama-sama kita menjadi wanita
solehah. Wanita Islam berbangga dengan identiti yang telah ditentukan
Allah, bukan menolak takdir ini kerana pasti ada hikmahnya. Jadi
buktikanlah rasa bangga itu dengan tampil yakin menutup aurat (bukan
riak dgn penampilan ye)
"Bila tutup aurat, sejahtera dunia akhirat"
Allahu'alam.
HARGAILAH DIRI ANDA SEBAGAI MUSLIMAH! ^^
No comments:
Post a Comment