Assalamualaikum sahabat semua...apa khabar di sana?
Alhamdulillah akhirnya dapat juga saya memeriahkan semula
blog ni. Hihi. Maaf lah ye,kesibukan dalam menuntut ilmu sangat memenuhi jadual
harian. Cewahh. Almaklumlah,bila bergelar pelajar sepenuh masa ni tumpuan
terhadap blog yang disayangi ni terpaksa di selitkan untuk waktu lapang je.
Apa-apa pun,bersyukur sangat sebab dapat spend masa untuk mengisi ruang entri
ini! Fi hifzillah.
Pertamanya, pastilah tentang Mesir kan. Semua tak sabar nak
dengar tu. Hehe. Pada saat saya menulis ni,mungkin ada beberapa perkara yang
tak dapat saya share dan mungkin saya akan ceghitakan nanti. InshaaAllah by
time.
Monolog
“ketika aku sampai di bumi Mesir ini,satu perasaan yang tak
dapat aku gambarkan dengan kata-kata tentang rasa kesyukuran yang tak terhingga
pada Sang Pencipta Ketenangan. Ye,aku sangat tenang. Udaranya yang segar dan
lantai buminya yang penuh dengan debu membuatkan aku rasa seperti aku pernah wujud 1400 tahun yang lalu! Wajah-wajah Arab mengingatkan aku tentang Rasul tercinta
Muhammad saw. Pasti seperti ini kah wajah Arab yang wujud 1400 tahun dulu.
Sangat mendamaikan.
Bangunan yang hampir semuanya berwarna coklat,padang pasir
dan masjid-masjid yang sangat banyak. Kiri kanan,depan,belakang penuh! Aku
teringat,pernah seorang teman berpesan… ‘carilah mutiara disebalik debu ini ’.
Sungguh mendalam maksud itu.
Perjalanan selama sebulan sebagai seorang penuntut ilmu di
sini sangat mencabar. Pada aku,bukan senang dan bukan semua orang dapat merasai
apa yang kami rasa. Keadaan jalan raya yang sesak. Bising. Bunyi hon yang
membingitkan telinga dan mengejutkan. Kereta,bas,motor laju. Tahap maksima.
Mesir,tempat mencabar keimanan. Terbaik. Melintas dalam keadaan paling bergaya
ketika kereta sangat laju.
Kawasan rumah ke kuliah lebih kurang 5km. berulang dari
rumah ke kuliah dan dari kuliah ke rumah jadilah 10 km setiap hari bila ada kuliah.
Setiap pagi,orang Arab jiran tetangga dah bersiap sedia nak ke tempat kerja,nak
hantar anak sekolah,nak buka kedai dan rutin harian membasahkan jalan raya. Itu
memang habit orang sini. Bagi jalan sejuk. Tak cukup sejuk ke?(musim sejuk).
Orang Arab sangat peramah. Menceriakan dan membahagiakan.Bahasa yang aku boleh hanya fushah. Teringat
kata-kata doktor Ahmad…
‘ kamu jangan sesekali bercakap ammiy. Aku tidak suka.
Bercakaplah dengan baik dan sopan. Aku suka Fushah. Bercakaplah sesama kalian
supaya fasih. Bagaimana kamu ingin memahami isi alQuran kalau kamu tak fasih
berbahasa Arab. Itu bahasa Syurga. Bahasa alQuran. Bahasa Nabi Muhammad saw.’
Mungkin ada sesetengah yang tak berapa setuju dengan
kenyataan doktor,tapi pada aku sangat menginsafkan. Ye,sepatutnya aku perlu
tahu berbahasa Arab. Aku perlu letak harapan dan niat untuk memahaminya
walaupun sikit. Sekurang-kurangnya aku meraikan bahasa ibunda Muhammad saw
Rasul tercinta. Doktor di al Azhar bukan calang-calang orangnya. Berkat mereka
seperti berkat umi abah. Dan berkat umi abah berkat Allah. Boleh dikatakan
hampir setiap kelas. Setiap praktikal lab, aku bukan belajar ilmu keperluan
dunia saja tapi aku belajar ilmu Allah yang perlu untuk agama. Ye, segalanya.
Walaupun dengan hanya melihat sekeping nota! Setiap hari,persoalan yang timbul,doktor akan jawab berasaskan teori sains dan diselitkan keindahan teori Allah.
Kesan dan kebaikan. Pada manusia dan pada alam sekitar. Sangat indah dan mudah
untuk aku aplikasikan. Untuk hadam semuanya.Jujurnya belajar di sini sangat mudah nak faham.
Kerana Allah. Lafaz kalimah
mutiara Islam ada di mana-mana. Kalimah ini sering kali membuatkan aku mengingati Allah setiap saat.
Nadi dan nafas.
Bukan semua tapi rata-rata. Keindahan wajah tenang dan
muslimah pelajar al Azhar membuatkan aku rasa sangat kecil pada pandangan mata
Allah. Hafizah. Mereka semua hafizah. Ayat Quran di bibir mereka. alQuran di
tangan mereka. Penutupan aurat yang sempurna dan berniqab. Walaupun identiti
niqab semakin kurang dilihat tapi yang segelintir inilah yang membuatkan aku
bangga menjadi sebahagian pelajar perempuan kuliah pergigian al Azhar. Berniqab
atau bertudung labuh tak menghalang mereka untuk menjadi wanita yang kuat dan
tegas. Tak kurang macam Khaulah al Azwar. Pejuang di medan perang bersama
sahabat Nabi hingga tak siapa kenal
wajah disebalik penutup muka itu! Ketegasan mereka terhadap keadilan sangat
tinggi. Semangat mereka tak pernah luntur. Kelantangan bersuara. Aku kagum.
Kagum subhanallah.
Tarbiyyah. Itulah kata-kata yang sentiasa menemani aku. Walau ke mana-mana. Orang kata,tarbiyyah itu perlu dicari. Ada juga kata tarbiyyah
itu ada pada halaqah. Ada pada usrah. Ada pada ceramah. Ada pada tazkirah. Ye.
Semua betul. Cuma,aku takut untuk meletakkan keterbatasan tarbiyyah itu dalam
diri aku. Pada aku,tarbiyyah itu ada di mana-mana. Tepi jalan. Dalam bas. Dalam
tandas. Dalam bilik. Dalam kedai. Tengah melintas atau di mana-mana.Tarbiyyah itu tak perlu dicari tapi hanya perlu disedari kehadiranya.
Tarbiyyah keinsafan dari kelapangan urusan. Tarbiyyah
rezeki. Tarbiyyah rasa tenang. Tarbiyyah kesempurnaan diri aku sendiri. Nangis.
Pada itu, aku akan cuba mencari identiti diri aku sendiri dengan segala
kekurangan yang aku nampak setiap hari.Ye.Tentang kekurangan.rakyat Mesir tak semua senang. Kebanyakkannya susah.Anak kecil sangat comot dan berkaki ayam.Bagaimana masa depan mereka?
Walaupun mungkin aku bukan seorang
muslimah sejati tapi aku masih berpeluang dan cuba memperbaiki kelemahan manusiawi aku.
Aku berpeluang membaca ayat-ayat cinta Allah subhanahu wa taala dengan baik. Setiap hari aku akan memotivasikan diri aku
sendiri dengan setiap kelebihan yang dimiliki orang lain. Dan sentiasa
meletakkan diri aku pada garisan paling bawah walaupun Allah tak pernah
membezakan hamba Dia.
Semenjak aku berada di Kaherah,aku baru sedar yang
sebenarnya setiap perbuatan itu ibadah. Asal niat kerana Allah dan bertujuan
untuk Allah,agama Allah.
Ketika pertama kali menjejakkan kaki ke Masjidul Azhar,itulah
moment paling berharga. Bersyukur. Menjadi kebiasaan wanita Arab turut serta
solat jumaat. Masa khutbah jumaat disampaikan,pastilah aku tak faham
sepenuhnya. Cuma beberapa perkataan dan kalimah zikrullah yang biasa didengar
aku hayati sebaiknya. Cuba faham. Dalam kawasan solat wanita,tv dipasangkan.
Nampak wajah Syeikh yang menyampaikan khutbah. Bila dia menegaskan sesuatu,dia
akan bergerak ke depan sikit dan cuba membuat orang memahami penyampaiannya.
Terharu. Bila nama Muhammad,Muhammad,Muhammad saw….Rasulullah saw disebut,dia
sayu. Semua wanita Arab sekeliling aku menangis dan mengucapkan selawat.
Istighfar. Aku sangat kecewa dengan kelemahan aku memahami penyampaian beliau.
Aku terfikir. Banyak perkara. Tentang aku ketika itu. Hanya Allah yang tahu
betapa aku merindui saat pertama kali
aku sujud di atas sejadah Masjid Azhar.
Peluang kedua ialah kebetulan
dapat berjumpa dengan Syeikh Asyraf dalam bilik beliau. Rasa nak menangis.
Bilik itu sangat menenangkan dan penuh dengan kitab.
Bukan mudah untuk mencapai atau memiliki sesuatu. Dan bukan mudah untuk kita mendapatkan apa yang bukan milik kita. Pinjaman daripada Allah hanya untuk kegunaan dunia. Kadang-kadang,pada aku kerana serba kekurangan dan teknologi yang tak seberapa dalam kuliah al Azhar membuatkan aku rasa sangat bersyukur dan bangga sebagai anak Malaysia. Di Mesir,kami berkongsi barang. Berkongsi bahan kimia untuk tujuan eksperimen. Penggunaan yang limit dan sikit. Doktor kata...'kami negara serba kekurangan. Jangan membazir.' Malaysia terlalu mewah. Apatah lagi negara di Eropah. Cuma pada saat kita menghabiskan jutaan ringgit untuk perkara yang mungkin tidak ada sedikit pun untungnya untuk umat manusia,adakah kita sedar Allah akan soal tentang pembaziran itu?”
Mesir. Segalanya akan menjadi pasti dan tak ada yang
mustahil. Percayalah pada takdir Allah. Doalah bersungguh-sungguh. Allah takkan
pernah membebankan hamba Dia. Paling penting jangan pernah putus asa. Jangan
pernah mengalah. Jadilah umat Islam yang berfikiran terbuka dan pendakwah
bergerak. Itu je buat kali ni….nanti saya ceritakan selebihnya. Tentang betapa tingginya semangat juang kuliatul banat al Azhar. inshaaAllah.
Lahawla wa la quwwata illa billah. Terima kasih baca
panjang2 ni ^^.