Pages

Wednesday, June 6, 2012

Stanza Cinta


...............................................................................
In the Name of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful
Praise be to Allah, Lord of the Worlds
Any kind of language coming from Him
................................................................................



Assalamualaikum wbt. Haa, siapa dah baca novel ni? "Sila angkat tangan macam saya".
Apa? Belum baca lagi?? Haaa, teramatlah ruginya. Kerana apa? Setiap baris, ayat, kata-kata walau se-simple kata-kata, semuanya padat dengan kata-kata hikmah, hadis, doa, tips, dan macam-macam lagi. Nak sedap citer lagi, 10 kali baca, 10 kali nangis. Memang tersentuh habis! Tak percaya??? Cer baca kat bawah ni, ^^

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Berderai mata hatiku
Mendera semua harapan
Selaksa cintaku padanya
Ikatan suci romantika naunganMu
Meski sejuta cinta menyapa
Masih cenderung ku padanya
Tuhan, satukan hati kami
di bawah cintaMu alirkan bahagia
di redaMu
Kutidurkan mimpi indah ini
PadaMu yang menggenggam takdir
Kusandarkan harapanku ini
PadaMu ya Ilahi,
Kusimpan dalam rongga hati
Stanza Cinta~

Jika kamu letakkan hatimu di akhirat, pasti kamu akan bahagia di dunia dalam redaNya.
tetapi jika kamu letakkan jiwamu hanya pada dunia, maka kamu akan merasai pahit maungnya hati yang tidak berkesudahan.

Jika kita mencari rezeki yang halal kerana Allah, inshaAllah walaupun sibuk dan tiada masa, Dia pasti akan bukakan ruang untuk kita.

Barangsiapa menginginkan teman,
cukuplah Allah menjadi temannya.
Barangsiapa menginginkan kekayaan,
cukuplah qanaah menyertainya.
Barangsiapa menginginkan nasihat,
cukuplah kematian menasihatinya.
Barangsiapa menginginkan harta simpanan,
cukuplah al-Quran menjadi barang simpanannya.
Barangsiapa yang tidak cukup dengan keempat-empat hal ini,
cukuplah neraka baginya.

Perjalanan ini begitu dahsyat.
Bagai berlayar di lautan bergelora.
Bagai meniti titian penuh berduri.
Namun labanya begitu hebat.
Hanya si cekal dan si tabah tiba di tujuan.

Allah pasti membantuku. Dia tidak pernah meninggalkan hamba-hambaNya walaupun sekelip mata cuma.
Allah did not promise that life would be easy, but He did promise to always be beside you, in every step of your life.

Dalam setiap kesusahan pasti ada kemudahan. Apabila dia menutup satu jalan, Dia pasti akan membuka jalan yang lain buat hamba-hambaNya. Dan setiap hambaNya haruslah berusaha untuk mencari jalan yang disediakan itu.

Ya ALLAH yang Maha Lembut, Kau lembutkanlah hatinya!

Berilah hatimu untuk Allah, pasti Allah temukan padamu pemilik terbaik.
Hamparkan masamu seluasnya untuk Allah, pasti Allah aturkan seluruh hidupmu sebaiknya.

Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka.
Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki yang mencemarkan maruah diri.

Jadilah seperti rama-rama dengan sayapnya yang terang dan indah daripada sang kelekatu yang menerjah api.

Ya Allah, permudahkanlah urusanku pada hari ini.

Lelaki yang aku cintai adalah lelaki yang tahu mengangkat darjat kehormatan dirinya. Lelaki yang aku cintai adalah lelaki acuan, seperti yang digambarkan melalui firmanNya: "Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kehormatannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang mereka perbuat."

Ya Allah, kurniakanlah kepadaku cinta yang Engkau redai. Anugerahkanlah kepadaku cinta orang yang mencintaiMu. Kurniakanlah kepadaku lelaki soleh yang mampu menjadi imamku, mampu memimpin tanganku menyelusuri jalan menuju syurgaMu!

"Bilakah saatnya aku dipertemukan dengan pemilik tulang rusukku? Pasti akan kutunggu saat indah itu ya Khaliq. Titipkan salamku padanya walau di mana pun dia berada. Pertemukan kami dalam keadaan mulia dan penuh rahmatMu!"

Menilai diri sendiri adalah lebih susah daripada menilai seribu orang lain. Sedangkan manusia yang paling bijaksana itu ialah mereka yang menghakimi dan menilai diri mereka sendiri.

"Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (al-Baqarah: 286)

"Allahumma soyyiban nafian. Moga hujan yang turun ini membawa bersama seribu rahmat daripada Allah"

Kadangkala Tuhan menghilangkan sekejap mentari, lalu Dia datangkan kilat dan guruh. puas kita mencari dan menanti di mana mentari, rupa-rupanya Allah ingin hadiahkan kita pelanginya yang indah.

"Sesungguhnya Aku ini Allah, tidak ada Tuhan selain daripada Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati aku." - melalui solat, kita ingat padaNya.

"Kalian adalah mata-mata yang menyambung perjuangan dakwah"

Di akhirat nanti ada 3 jenis cahaya ketika di padang mahsyar. Cahaya pertama ialah seperti bintang yang berkelip-kelip, cahaya kedua ialah seperti bulan purnama yang menerangi dan cahaya ketiga ialah cahaya matahari yang bersinar dengan sangat terang, yang menyilaukan pandangan mata. Cahaya yang berkelip-kelip seperti bintang itu ialah wajah orang yang ketika mendengar azan dia terus meninggalkan segala kerja serta urusannya, lalu melangkah untuk segera menunaikan solat. Cahaya yang terang seperti bulan purnama ialah wajah orang yang mengambil wuduk sebelum azan berkumandang. Dan wajah yang terang benderang seperti cahaya matahari itu ialah wajah mereka yang telah pun berada di dalam masjid sebelum masuknya waktu azan.

Orang yang kurang ditimpa kesulitan, jiwanya akan lemah, sebagaimana orang yang kurang bekerja, badannya yang lemah. Bersyukurlah apabila diuji dengan kesulitan, kerana dengan itu kita mempunyai jiwa yang kuat dan tabah.

Ada orang yang lebih menderita daripada kita, tetapi masih mengekalkan imannya.
Dan ada orang yang lebih bahagia daripada kita, tetapi sedang menggadaikan imannya.

"Ya Allah, tolong lindungi aku daripada sifat putus asa. Ajarkan daku untuk mendidik jiwa ini, ya Allah. Selamatkanlah daku daripada nafsu amarah yang menjadi pintu kepada syaitan untuk masuk ke dalam hatiku. Jangan dibuka pintu itu ya Allah. Aku ingin punya hati yang tenang, hati yang tidak berasa sakit atas setiap ujianMu, hati yang tidak terguris dengan mainan takdir yang selalu menguji!"

"Hasbiallahu wanikmal wakil"

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman" (Ali Imran: 13)

Apabila Allah cinta padamu, maka sebuah darjat disiapkan dalam syurga untukmu, tetapi kamu perlu selesai ujian yang lebih getir terlebih dahulu.
Di situlah letaknya erti sabar. Bilakah sabar ini diperlukan? Bukan hanya ketika diuji dengan kesusahan dan bukan hanya ketika menahan marah.
Firman Allah, "Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar." (Ali Imran: 142)
Sabar itu terbahagi kepada 2 bahagian. Yang pertama, sabar dalam mengerjakan amal kebaikan. Iaitu taat pada segala perintah Allah sehinggalah sampai ajal.
"Dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal)" (al-Hijr: 99)
Yang kedua, sabar dalam menahan segala penderitaan. Iaitu menahan ujian yang diberi Allah sehingga kita mati. Sama ada Allah hilangkan kesusahan itu dengan berkat kesabaran kita, atau kita mati dalam menahan ujian Allah itu.
"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah2an. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (al-Baqarah: 155)
Setiap kali kita mengerjakan amal kebaikan, ada ganjaran untuk pahala sabar itu. Selagi kita berjihad untuk mempertahankan iman dalam hati, berjihad untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik, berjihad menegakkan agama Allah ini, ada tertulis pahala sabarnya.
Bukan sengaja Allah membiarkan hamba-hambaNya terus menderita dan menderita, tetapi jauh dari itu Dia ingin memberi pahala tambahan untuk kita. Kita tidak nampak pahala itu, tetapi nanti di akhirat kita akan jadi orang yang sangat kaya. Malaikat akan menunjukkan kepada kita harta-harta yang dikumpulkan di akhirat milik kita. Lalu kita bertanya kehairanan, 'Wahai malaikat, dari mana datangnya begini banyak hartaku di sini?' Lalu malaikat menjawab, 'Inilah pahala-pahala sabarmu ketika di dunia dahulu. Dan juga segala yang kau minta di dunia dahulu tetapi tidak engkau dapat, Allah menyimpannya untukmu di sini. Semua harta itu milik kamu kini.'
Allah berfirman dalam surah al-Hijr ayat 56, "Tidak ada orang yang berputus asa daripada rahmat Tuhannya, kecuali orang-orang yang sesat."

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu apa pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur" (an-Nahl: 78)

Kesusahan dan kesulitan laksana musim dingin yang basah, lembap serta disukai insan. Tetapi sesudah musim sejuk itulah tumbuhnya bunga-bunga yang harum dan buah-buahan yang subur.

"Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan, sesungguhnya (perbuatan) yang demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan" (as-Syura: 43)

JanjiNya, "sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan" (as-Syarh: 5-6)

"Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu, 'Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu esok pagi', kecuali dengan menyebut 'inshaAllah'!" (al-Kahfi)

Ya Allah,
Andai sahabatku resah,
tenangkanlah hatinya dengan teduhan makrifahMu.
Andai sahabatku terancam,
lindungilah jasadnya dengan kebesaranMu
Andai tubuhnya kedinginan,
selimutkanlah dengan kehangatan kasih sayangMu
Andai dirinya merindu,
rindukanlah jiwanya dengan saat bertemu denganMu.
Ya Allah ...
Jangan Kau biarkan hatinya, jiwanya,
dan juga jasadnya terpesona dengan duniawi
Khusyukkan jiwanya dalam rukuk dan sujudnya ketika menghadapMu
Berikanlah kejayaan padanya di duniaMu juga di akhiratMu kelak.
Semoga dirinya itu saudaraku selamanya!

"Barangsiapa yang memerhatikan kepentingan saudaranya, maka Allah akan memerhatikan kepentingannya. Barangsiapa yang melapangkan suatu kesulitan sesama muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesulitan daripada beberapa kesulitan pada hari kiamat. Dan barangsiapa yang menutupi kejelekan orang lain maka Allah akan menutupi kejelekannya pada hari kiamat" (HR Bukhari dan Muslim)

Astaghfirullahalazim. Janganlah kiranya daku tergolong dalam golongan hambaMu yang sombong. Aku ibarat menyusuri pantai dan padang tandus. Di mihrabMu aku adalah pemburu cahaya dengan bekal tauhid dan keimanan yang membentang di layar dada.

Ketika Allah menciptakan seorang ibu, Dia mengadunnya dengan bahan yang istimewa dan tahan lama. Mata ibu haruslah mempunyai kuasa yang bukan sahaja mampu melihat yang luaran, tetapi lebih jauh mampu menafsir dan membaca apa yang disembunyikan si anak di balik wajahnya. Telinga haruslah mempunyai dimensi yang sangat kuat, yang dicipta daripada bahan yang tidak mudah terhakis. Telinga itu mestilah kebal tatkala menahan kata-kata pedih yang dikeluarkan daripada anak-anak yang dikandungnya itu. Bahu ibu pula dibina daripada bahan yang tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut, agar dapat menjadi tempat anak-anaknya bersandar. Tangan ibu juga dibina dengan bahan yang cukup kukuh, agar kuat untuk menampung beban anak-anaknya ketika bekerja seharian menguruskan keperluan mereka. Di kelopak mata si ibu, Allah menyediakan satu lubang kecil untuk air matanya. Air mata itu adalah miliknya, dan dia boleh mengalirkannya bila-bila pun yang dia mahu sambil mengadu kepada Allah akan hal-hal yang melukai hatinya. Air mata ketika menahan derita daripada kerenah anak-anak yang sering menyakitkan, ataupun air mata gembira atas kejayaan anaknya.

"Ya Allah, beri daku waktu yang cukup banyak untuk berbakti kepada ibu dan ayahku. Panjangkan umur mereka, panjangkan umurku, beri daku waktu. Banyak sekali yang ingin aku lakukan untuk mereka. Banyak sekali perkara yang ingin aku korbankan untuk membahagiakan mereka."

Hadiah yang terbaik adalah dengan memberi barang yang paling kita sayang.

"Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan senda gurau dan main2. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui" (al-Ankabut: 64)

"Tidak ada kegembiraan setanding nikmat sahabat. Dan tidak ada rasa sedih setanding perpisahan dengan sahabat." - Imam as-Syafie

"Sakitnya sakaratul maut seperti sekujur tubuh kita dililit oleh kawat berduri yang menancap di otot badan. Ketika nyawa dicabut, ditariklah kawat-kawat berduri itu sekaligus hingga terlepas semuanya." - Rasulullah saw.

"Adapun orang-orang yang menjadi putih berseri mukanya, maka mereka berada dalam rahmat Allah (syurga), mereka kekal di dalamnya" (Ali-Imran: 107)

"Tiap-tiap jiwa akan merasai mati, dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya ia telah beruntung. Kehidupan di dunia itu hanyalah kesenangan yang memperdayakan" (Ali Imran: 185)

"Ya Tuhanku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisiMu di dalam syurga" (at-Tahrim: 11)

"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: 'Tuhan kami ialah Allah' kemudian mereka tetap istiqamah, maka tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berdukacita" (al-Ahqaf: 13)

"Oh Tuhan, selamatkanlah hati, jiwa dan imanku ini. Bantu daku memelihara kesucian hatiku, jangan sampai ternoda dicalari dosa. Teguhkan hati ini dengan cintaMu ya Allah"

"Bukankah cinta itu indah! Cinta adalah sebahagian daripada nafas kehidupan. Tetapi, apalah ertinya cinta pada insan jika cinta kepada Khaliqnya belum tercapai"

"Ya Allah, Kau tunjuki jalan yang benar untuk mereka"

"Kita boleh benci akan perbuatan dia, tetapi jangan kutuk2 dan hina dia. Sebaliknya kita doakan dia... moga Allah beri petunjuk. Mana tahu, suatu hari nanti jika mereka berubah, dia akan jadi lebih baik dari kita"

"Ya Allah yang membolak balikkan hati, istiqamahkan aku di jalanMu!"

Sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.

'Tuhan, luruskan hatiku. Jangan diganggu gugat dengan perasaan seperti ini. Ikhlaskanlah hatiku ini ketika datang menghadapMu'

'Ilahi Rabbi, untuk pertama kalinya aku berasa begitu bahagia di sisi seorang lelaki. Andainya ini adalah cinta, Engkau jadikanlah perasaan cinta ini yang Engkau redai. Andai perasaan ini adalah haram, Engkau peliharalah aku daripada teracun olehnya. Andai antara aku dan dia ada jodohnya, Engkau permudahkan jalannya ya Allah'

YA ALLAH,
Jika dia benar untukku
dekatkanlah hatinya dengan hatiku.
Jika dia bukan milikku
damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu.
Dialah permata yang dicari
selama ini baru kutemui
Tetapi aku tidak pasti rencana Ilahi
apakah dia akan kumiliki?

"Ya Allah, apabila saatnya Engkau pertemukan aku dengan pemilik tulang rusukku, maka Engkau bukakanlah pintu hatiku ini untuk mencintainya dengan sekadar cinta yang telah engkau tetapkan. Berikan aku peluang untuk merasai cintanya dan satukan hati kami dalam keredaan dan cintaMu"

"Ya Tuhan kami, ampunilah dosa2 kami dan tindakan2 kami yang berlebih2an dalam urusan kami, dan tetapkanlah pendirian kami" (Ali-Imran: 147)

'Ya Allah, Kau sering menghadirkan pertolonganMu pada saat aku memerlukannya'

"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami daripada seksa neraka"

'Ya Ilahi, pandanglah daku dengan cintaMu dan kumpullah daku bersama orang-orang yang mencintaiMu. Kuatkanlah hatiku untuk selalu ingat kepadaMu dan jadikanlah kesusahanku sebagai cara untuk aku lebih mendekatiMu'

"Jika kita benar-benar berusaha mencintai Allah, pastilah Dia akan berikan cintaNya" - Umairah

'Aku mencintaimu kerana Allah. Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu. Jika kau hilangkan agama itu, maka hilanglah cintaku padamu'

"InshaAllah, jika kita benar-benar ikhlas dan saling mencintai kerana Allah, kita jaga hubungan itu baik-baik dan gunakan saluran yang betul, perkara itu tidak mendatangkan masalah. InshaAllah Dia akan tolong pelihara hati kita agar tidak terjerumus dalam dosa maksiat"

'Ya Allah, temukan aku dengan cinta sejatiku. Isikan hati ini dengan cinta yang halal buatku. Dan tenggelamkanlah aku dalam kecintaanMu, supaya tiada suatu pun yang dapat memalingkan aku daripadaMu'

"Jika Allah sayang pada seseorang, Dia akan berikan iman. Jika Allah sayang lagi, Dia akan berikan kekuatan untuk mengamalkan agamaNya dengan sempurna. Dan jika Allah sayang lagi, Dia akan susahkan hambaNya dengan urusan dunianya, untuk menguji sejauh mana pula cinta hamba itu kepadaNya"

"Hidayah itu seperti cahaya yang tidak akan menyapa mereka yang tidak membuka jendelanya"

Surah al-Muddaththir membawa perintah Allah kepada Nabi agar melakukan dakwah secara terang-terangan. Ayat itu juga meminta supaya Nabi bersabar dalam memenuhi perintahNya. Surah ini juga menceritakan tentang neraka Saqar, pembakar kulit manusia. Seandainya aku sakit dan berhadapan dengan ujian-ujian berat, maka bacalah surah al-Muddaththir sebelum mengulangkaji, lantas berdoa, "Ya Allah, aku tidak berdaya untuk mengulangkaji kerana aku sakit, kerana aku dilanda ujian yang maha hebat. Maka kupohon Kau berilah kemudahan padaku dalam menuntul ilmu ini. Berikan aku kefahaman yang baik agar aku dapat menjawab peperiksaan dengan lancarnya"

"Apabila Allah tutupkan satu pintu, Dia pasti akan bukakan pintu yang lain untuk kita. percayalah, setiap masalah itu ada jalan keluarnya"

Ya ALLAH,
Jika Engkau ciptakan dia untukku,
tolong satukan hati kami.
Bantulah aku untuk mencintainya,
memahami dan menerima dia seutuhnya.
Berikan aku kesabaran, ketekunan dan kesungguhan
untuk memenangi hatinya.
Jadikanlah kehendakMu dan bukan kehendakku dalam setiap bahagian hidupku!

YA ALLAH,
Tidak ada yang mencegah jika Engkau memberi,
dan tidak ada yang memberi jika Engkau mencegah.
Tidak ada yang dapat menolak apa yang telah Engkau takdirkan
dan tidak bermanfaat orang yang mempunyai kemuliaan daripada Engkau oleh kemuliaannya.

"Syurga itu untuk orang yang lemah lembut dan berkasih sayang. Manakala neraka itu pula tempat untuk orang yang keras dan suka memutuskan silaturrahim"

'Hidup ini terlalu singkat untuk mengumpul sebanyak amal padaNya, dan terlalu panjang pula untuk menambah beban-beban dosa. Aku takut dengan peluang hidup sementara yang diberikan olehNya ini. Apakah selama hayat ini aku lebih banyak mengumpul amal, ataupun lebih banyak memikul beban dosa di atas belakangku?'

"Ada pendapat mengatakan untuk mendapat anak yang soleh, kita sepatutnya berdoa sejak kita di alam remaja lagi. Bahkan sebelum kita bertemu dengan pasangan kita. Mudah-mudahan Allah pertemukan kita dengan jodoh yang soleh. Dari situ akan lahirlah zuriat yang soleh"

YA ALLAH,
Tidak ada yang mudah kecuali sesuatu yang Engkau jadikan mudah.
Engkaulah yang menjadikan yang susah itu mudah!

"Alangkah indahnya hidup ini ya Allah, andai benar dia itu memang tercipta untukku. Aku ingin menjadi bidadarinya di dunia dan akhirat. Aku ingin menaiki bahtera layar yang dikemudi olehnya. Oh Tuhan, bantulah daku dalam urusanku ini. Permudahkanlah segalanya!"

YA ALLAH,
Kurniakanlah daku cintamu,
cinta orang yang mencintaiMu,
serta amalan-amalan yang membawa aku kepada cintaMu!

"Apa sahaja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorang pun yang dapat menahannya, dan apa sahaja yang ditahan oleh Allah maka tidak seorang pun yang sanggup untuk melepaskannya sesudah itu. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana" (Fathir: 2)

YA ALLAH,
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna
Namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna
sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mataMu
Seorang ikhwah yang memerlukan dukunganku sebagai peneguhnya.
Seorang ikhwah yang memerlukan doaku untuk kehidupannya
Seseorang yang memerlukan senyumku untukku mengatasi kesedihannya
Seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna!

"Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu" (at-Tahrim: 6)

YA ALLAH,
Kupohon, moga cinta antara kami ini
adalah cinta yang berserta dengan redaMu.
Jadikanlah kehendakku ini sama dengan kehendakMu
yang tertulis sejak azali.
Kau lindungilah dia di sana daripada segala bahaya dan musibah.
Engkau tetapkanlah iman dalam hatinya.
Dan tetapkanlah dia dengan segala prinsip agama
yang dipertahankannya selama ini!

Seandainya dirimu tidak memiliki sesuatu yang kamu cintai,
maka cintailah sesuatu yang kamu miliki.

"Tawakal adalah kau yakin bahawa segala apa yang ditentukan oleh Allah kepadamu akan kau peroleh juga walaupun semua makhluk berusaha untuk menghalangnya daripadamu. Dan kau juga yakin bahawa segala yang tidak ditentukan kepadamu tidak akan kau perolehi walaupun semua isi alam menolongmu untuk mendapatkannya" - Irfan

YA ALLAH,
Tenteramkan hatiku ini dengan cintaMu.
Pujuklah ia dengan kalimahMu yang maha agung.
Ajari ia supaya tahu bersabar dan tahu untuk bersangka baik denganMu selalu!

YA ALLAH,
Aku mahu kembali ke dalam mahligai cintaMu.
Aku cintakan syurgaMu lebih daripada segala nikmat yang ada di dunia ini.
Aku rindu untuk bersamaMu lebih daripada segala rindu yang pernah aku rasai.
Aku lebih rela hidup susah dan menderita, asalkan dekat denganMu.
Aku tidak rela berbahagia tetapi dalam murkaMu!

"Anakku, apabila yang diingini dan dikejar itu sesuatu yang tinggi dan mulia, maka banyaklah akibatnya dan panjanglah jalan menuju ke sana" - Imam al-Ghazali

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

p/s: macam mana? awesome kan? kan kami dah cakap... ^^V


Mumtaz for Ummah. Mari Jadi Hamba Superb! ^^

3 comments:

  1. awesome sgt^^....
    baca jgn tak baca ye sahabat semua.novel ni bukan sekadar novel biasa tapi banyak memberi ilmu dan pengajaran kepada kita.InshaAllah...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..da bace.yurp,novel ni mmg awesome,..prnh bace novel tautan hati,lagi superb,..novel yg sgt sarat dgn tarbiyyah..syukran ukhti yng kongsikn ayat2 awesome dlm novel stanza cinta nh..May Allah bless u always..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..novel tautan hati? kena baca nih..inshaAllah inshaAllah, may Allah bless u too, always in all ways! ^^

      Delete