Pages

Wednesday, June 13, 2012

Menjadi Lebih Baik

 ...............................................................................
In the Name of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful
Praise be to Allah, Lord of the Worlds
Any kind of language coming from Him
................................................................................
Demi ALLAH, zikirku, sujudku, nafasku, kata-kataku, langkahku, perbuatanku, hidupku, dan matiku, semata-mata LILLAHITAALA. Matikan aku sekarang wahai Tuhan, jika bermakna sebentar lagi aku bakal mendustakan kata-kataMu. Matikan aku hanya di jalanMu.
Adakah kita cukup berani untuk mengucapkan kalimah di atas? Sepenuhnya, dengan penuh yakin? Kalau kita benar-benar mengaku Islam, kenapa perlu takut? Percayalah, Allah Maha Mengetahui setiap satu dalam hati kita walau sebesar zarah sekalipun. Ya, saya pasti ramai yang beristighfar (mengucapkan Astaghfirullah) selepas membaca kata-kata di atas. Saya cukup kagum dengan anda yang mengucapkannya kerana alhamdulillah kita masih sedar hak Allah swt terhadap diri kita. Kita milik Allah for every sec.




Sahabat, ingin saya kongsikan di sini beberapa pembacaan saya dalam buku tulisan Ustaz Zahazan Mohamed iaitu "Doa dan Zikir Harian", bahawa kita perlu membiasakan diri dengan solat sunat Taubat kerana ia dapat membersihkan hati kita. Istighfar, istighfar dan mohon keampunan kepada Yang Selayaknya mendengar rintihan kita terhadap dosa yang keterlanjuran. Akhlak adalah refleksi kepada apa yang ada di dalam hati kita.
Seperti kata Baginda saw:
"Di dalam diri manusia itu ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah manusia tersebut. Sebaliknya, jika jahat daging itu, maka jahatlah manusia itu. Dan daging itu adalah hati"
(HR Bukhari)


Jom dapatkan buku ni! :)


Bukankah kita semua ingin menjadi baik, malahan yang baik antara yang baik? Mungkin sebagai manusia kita takkan terlepas dari kemungkaran, tidak terlepas dari kesilapan. We are not perfect. Tapi kita boleh dan kita mampu untuk menjadi yang terbaik disisiNya.
Justeru bagaimana kita nak jaga hati ni supaya baik?
Sudah pasti dengan menjaga diri kita daripada perkara lagha. Mendekatkan diri dengan Allah swt. Mencintai apa yang dicintai Allah dan membenci apa yang dibenciNya. Pelihara iman, terpelihara hati.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah saw pernah bersabda; "Sesiapa yang beriman kepada Allah swt dan hari akhirat, maka hendaklah dia bercakap benar (baik) ataupun diam"
(HR al-Baihaqi)





 "Laqad kaana lakum fi rasulillah uswah hasanah li man kana yarjullah wal yaumal akhira wa dzakarallahu katsira"
 Maksud ayat ini adalah, "Sudah ada bagimu pada diri Rasulullah teladan yang baik, yakni bagi orang-orang yang mengharapkan Allah dan hari akhir bagi orang yang banyak mengingati Allah"
(Al Ahzab:21)

Pembaca yang disayangi Allah swt, Muhammad saw adalah contoh terbaik buat kita untuk menjadi manusia yang lebih baik kepada diri sendiri, keluarga dan agama. Bila bercakap soal agama sudah pasti matlamat yang utama adalah menjadi hamba yang baik kepada Allah yang Esa dan mendekatkan diri ini padaNya. Insha-Allah mari kita sama-sama renungkan maksud ayat ini:

"Katakanlah, jika kamu mencintai Allah maka ikutlah aku (Muhammad saw), kamu akan dicintai Allah swt. Dia mengampunkan dosa-dosa kamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih"
(Ali Imran:31)


Selamat beramal. Salam sayang, :)


Mumtaz for Ummah. Mari Jadi Hamba Superb! ^^

No comments:

Post a Comment