Pages

Thursday, January 31, 2013

Azharian

...............................................................................
In the Name of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful
Praise be to Allah, Lord of the Worlds
Any kind of language coming from Him
................................................................................

Perkara yang paling membahagiakan saat kita rindukan seseorang adalah apabila dia seolah-olah mengetahui yang dirinya sedang dirindui, lalu dia pun meng-sms / meng-whatsapp / meng-bbm kita. Okay, pembukaan yang jiwang. =)

Aku teringat kata-kata Ustazah Fatimah Syarha,

"Kalau rindukan seseorang, aura itu selalunya sampai. Berdoalah kepada Allah agar dapat mengubati rindu kita semua"

Aku bukanlah menganggap kata-kata beliau ini sebagai sesuatu yang wajib dipercayai, kalau tak percaya, dosa! Ha, tidak tidak... Tapi adalah sesuatu yang baik kan? Kalau rindu, maka berdoalah! Tapi ingat...bukan rindu yang terlarang tau! =)

Sahabat-sahabat di Malaysia yang disayangi kerana Allah, sungguh,

AKU RINDU KAMU SEMUA!!! =')

Kalau cakap soal rindu ni, memang sampai esok lusa tulat pun takkan habis.

Sahabat-sahabat, ingin aku kongsikan dengan kamu semua, sesuatu yang aku rasakan amat perlu untuk aku kongsikan. Dengan kamu khususnya. Ye, dengan kamulah. Kamu yang sedang senyum-senyum tu. Kamu wahai bakal dentist! Yang inshaAllah bakal menyusul setahun kemudian selepas aku.
(Aku tak pasti sejak bila aku punya ayat jadi skema gini bila berkata-kata)

Selama lebih kurang 4 bulan bergelar mahasiswa azhari. Pejam celik pejam celik, tamat sudah satu semester. Tamat sudah semester pertama. Selesai sudah midterm exam kami. Cepatnya masa berlalu. Apa yang aku pelajari sepanjang semester 1?

Ini;

ZOOLOGY botany PHYSICS organic chemistry CREEDS AND ETHICS english and medical terminology ARABIC LANGUAGE al-quran

"Banyaknyeee"

Manade banyaklah. 8 subjek je pun. Dan antara 8 subjek ni, ada anak cucunya. =)

ZOOLOGY = vertebrate + invertebrate + physiology + cytology + histology

Hamekaw (bak kata Rais :D). Apa bendenya vertebrate invertebrate semua tuh?

Haaa, melalui subjek vertebrate, aku mengenali haiwan ini;


Petromyzon fluviatilis sp.

Hehe, terkejut kew? Jangan risau, aku rasa haiwan ini tak gigit orang. Aku rasa laa hehe.

Dan aku juga mengenali haiwan-haiwan di bawah ini;

Dogfish

Tilapia Nilotica

Egyptian lizard

Aku percaya mesti kamu semua cakap dalam hati, "ape bende budak ni belajo nih? Dia ni doktor gigi ke doktor hewan?". Mueheheh. Ape ingat manusia je ada masalah? Hewan juga bermasalah! (bak kata A. Samad Said). Okay, gurau gurau hehe.

Nak buat caner. Dah memang silibus dia, in order to become a dentist, aku kena belajar semua nih! :D

Erm, paling best belajar Tilapia Nilotica. Apa bende tuh? Ala, itu ikan yang kamu semua makan tulah. Ikan tilapia...kira hebatlah kan orang dulu-dulu, bagi nama saintifik untuk ikan tu hehe.





Ha, siap tengok slide kot. Tengok kat mikroskop. Melihat segala macam 'ventral section' mahupun 'transverse section'. Dan kami perlu hafal gambar-gambar slide nih, berserta 'classification' nya untuk menjawab final practical exam dengan jayanya.

Susah? Erm, taklah susah mana pun. Untuk memastikan aku lebih ingat, lepas belajar ikan tilapia tu, aku terus bukak peti ais bila sampai rumah. "Ha, pehal pulak?"

Haha, janganlah pelik sangat weh. Memang antara makanan ruji aku di sini adalah ikan tilapia. Jadi, untuk mempraktikkan apa yang aku belajar, aku pun belek-belek la ikan tu sambil menyiangnya untuk memasak untuk makan malam hehe. Sambil siang ikan, aku kenal pasti mana satu dorsal fin, mana satu ventral fin, blablabla. Hehe, best kot. Bukan setakat belajar, tapi juga memuji-muji kekuasaanNya. Subhanallah! =)

Okay, beralih ke invertebrate. Aku rasa kamu semua sedia tahu kot, invertebrate bermaksud haiwan tidak bertulang belakang. Atau dalam kata lainnya, aku belajar bende-bende yang tak boleh dilihat dengan mata kasar. Contoh; paramecium caudatum, amoeba proteus, trypanosoma gambiense, dan macam-macam lagi.

Tak jelas? Ala, bende-bende nih;

Amoeba proteus sp.

Paramecium caudatum sp.

Ascaris sp.

Euglena viridis sp.

Trypanosoma gambiense sp.

Weh wehh, lari ke mana tuh??? Hehe, janganlah lari tengok cacing tu wehhh. Haaa, bende-bende nilah yang aku belajaq selama nih :'D

Bila final exam, sama jugak macam vertebrate. Kena hafal slide, structure, blablabla. Sebab soalan exam memang kena lukis bende-bende ni. Dulu mula-mula memang tak dinafikan, geli geleman. Tapi bila dah lama-lama, macam takde perasaan dah. Tak tahulah bila balik Malaysia nanti geli balik ke kan hehe. :D

Beralih ke Cytology. Ce google ce google, pebendenya cytology nih?

Haaa, pandai! Cytology ni belajar pasal cell. =)

Cell structure

Ini adalah gambar struktur sel yang paling lengkap yang aku jumpa. Sebab ada peroxisome, secretory vesicles, nuclear envelope bagai. Benda ni rasanya tingkatan 1 dah belajar, ye tak? Ya. Tapi yang aku belajar lagi detail la. Kata doktor, kenelah tahu in detail kan. =)

HISTOLOGY, kesinambungan kepada cytology. Ceh ayat. Sebabnya, dengan adanya cell, maka terhasilnya tisu-tisu badan. Say 'Subhanallah' kawan-kawan! ^^

Epithilium cells

Aku dah macam mengajar kamu semua pulak kan. Well, ini antara ilmu yang terdapat dalam subjek histology. Cuba tengok kulit kamu sekarang. Ha, yang membentuk kulit tu adalah 'simple squamous'. Tu yang gambar mula-mula sekali tuh. Flat and thin. Hehe. Okay, cukup.

Beralih ke Physiology. Subjek physiology ni, ada banyak topik kat dalamnya. Topik nutrients la, bloods, immune system, respiratory system. Semuanya berkaitan badan manusia. Memang ini paling berat pun. Banyak nak kene ingat. Tapi, tak susah mana pun, inshaAllah. Untuk kamu yang bakal belajar subjek ini, jangan risau. Tajdid niat selalu, okay? =)

Baik. Kesimpulan dari apa yang saya ceritakan mengenai ZOOLOGY adalah, ketika final exam, subjek adalah SATU paper. Hehehe. SATU paper untuk satu hari. Dalam satu paper tu, ada vertebrate, invertebrate, cytology, histology dan physiology. Makanya, boleh keluar mana-mana tajuk pun, ikut sukahati dukturah.

Owh, cuma nak share sikit. Untuk subjek vertebrate kan, punyalah kami belajar macam-macam; structure of teeth, respiratory system of petromyzon/dogfish, excretory system of petromyzon/dogfish blablabla, tapi masa final exam, keluar pasal gigi jer. Nampak tak permainannya di situ?

Okay, kamu semua dah penat baca eh? Sabau duluuu. Ini baru citer pasal ZOOLOGY.

Belum botany, physics, organic chemistry dll.

Okay jangan risau. Aku cuba ringkaskan ye. =)

BOTANY. Nama pun botany kan, ye memang belajar pasal tumbuhan pun. Dan ada la sikit-sikit pasal virus.

Cuba tengok gambar-gambar nih;




Sebab apa aku tunjuk slide under microscope je? Sebab memang aku kene tengok slide under microscope pung! :D

Nak tahu sesuatu tak? Dukturah pernah buat test mengejut untuk kami. Dia panggil sorang-sorang suruh tengok slide under microscope. Then, kenalpasti slide apakah itu, dan lukis berserta classification. Satu kelas tak dapat jawab! Haha. Yelah, banyak kot slide nak kene ingat. Ada lebih kurang 20 slides. (Aku pun ingat-ingat lupa dah). Nak ingat classification sekali. Memang banyak. Memang tak boleh jawab kalau tak study dulu! Akhirnya dukturah kesian, dukturah tak amik markah untuk test tu, hehe. :D

ORGANIC CHEMISTRY. Hurm, ini sama je macam yang belajar kat matrik tuh. Takde yang baru pun. Kiranya bila aku belajar benda ni kat sini, macam revise subjek kat matrik dulu, hehe. Alhamdulillah aku habes belajar kat KMS dengan jayanya. Mudah untuk aku faham. Okeh, aku rindu KMS! =')
Dan untuk adik-adik 18 tahun yang tak masuk matrik (direct ke Mesir lepas SPM), mereka memang tak faham apa-apa! Ini serius. Nak tahu sebab apa? Dukturah bukannya ajar 'Introduction to Organic Chemistry' macam yang kita belajar kat matrik dulu. Masuk kelas terus belajar "Alkane". Mau tak pening mereka. Aku simpati sangat dengan mereka. Tapi Allah tahu yang mereka boleh tempuh, sebab tu mereka tempuh semua tu, kan? Aku tabik spring sama mereka =)

PHYSICS. Sama jugak macam organic chem kawan-kawan! :D
Maksud, sama je macam yang belajar kat matrik. Dan belajar kat sini lagi sikit dari apa yang belajar kat matrik dulu. Yelah, kamu semua tahu kan, subjek-subjek yang dipelajari kat matrik selama setahun tu bersamaan dengan lebih kurang 3 tahun belajar untuk diploma. Sumbat sumbat sumbat, kasi pack. Haha.
Kat Universiti Al-Azhar ni tak belajar sebanyak tu pun. Belajar dua tiga topik je (yang sama macam kat matrik), cuma detail sikitlah. Ala, detail sikit je. Alhamdulillah, midterm exam baru ni, aku boleh jawab. Alhamdulillah! =)

Aku belajar simple pendulum experiment jugak laa!! :D

Aku pernah nak try cabut gigi orang guna teknik simple pendulum experiment. Hahaha! Opsss ><

CREEDS AND ETHICS. Nama arabnya 'aqidah wa akhlaq'. Haa, ni dah masuk subjek agama. :D
Dah penat belajar ilmu dunia, berehat seketika bersama kitkat! Eh. Bukanlah. Berehat seketika bersama subjek agama nih. =)
Untuk creeds, belajar pasal ketuhanan; oneness of God, existence of God, dan asma' wa sifat.
Manakala untuk ethics, belajar tamadun babylon, ancient egyptian, dan macam-macam lagi.



Ye, tahu dah. Tulisan aku memang buruk.
"Siap ada ayat al-Quran?"
Haah, memang style kat al-Azhar ni, bila nak jawab soalan-soalan gini, perlulah berserta dalil. So kene hafal la, surah apa, ayat berapa. Susah? Tak pun. =)
InshaAllah tak susah. Lagipun memang kalau dah nama pelajar Azhar, memang kene hafal al-Quran, kan?
Eh, aku ada satu tips. Sebelum mula study, hafal/baca al-Quran duluuu. InshaAllah lagi mudah masuk, hafal dan faham. Ini berdasarkan pengalaman aku sendiri beb. =)

ENGLISH AND MEDICAL TERMINOLOGY. Tengok nama subjek pun rasanya kamu semua dah tahu kan? English tu belajar english. Grammar. Manakala medical terminology, belajar term-term medic dan dentist. Ini antara subjek release tension, hehe. Subjek ni cuma ada final exam. Takde midterm exam.

COMPUTER SCIENCE. Erm, kat KMS dulu, aku tak amik subjek ni. Jadi aku tak pasti sama ke tak dengan yang belajar kat matrik. Tapi dengar-dengarnye, belajar kat sini macam lagi detail. Entah. Paling best masa praktikal. Tutup semua buku, simpan dalam beg. Keluarkan laptop, letak atas meja. Hehe. Tapi rasanya sem ni punya silibus senang kot. Sem depan belajar programming. Fuh!

ARABIC. Bahasa arab. Mari pelajari bahasa arab, bahasa al-Quran, bahasa syurga! =)
Untuk sem 1 ni, belajar macam arab PMR. Haah, taklah susah mana. Tapi kene praktis banyak laa. Doktor kami, Dr.Moustafa, suka bagi kami homework berupa esei. Mula-mula dulu guna google translate. Hahaha. Ini pengakuan jujur. Cuma bila dah masuk esei terakhir tu, tajuk makin susah, jadi aku mintak tolong Amirul Arif translate BM ke arab. Erk. Haha! Bertungkus-lumus weh menyiapkan esei tu pukul 12 tengah malam. Syukrannn Arif. Ha, menurut Arif, Dr.Moustafa mengajar dia semester lepas. =)
Dan yang buat segannye, esoknya bila hantar esei tu, Dr.Moustafa kata, "Ahsanti!"
Kalaulah Dr.Moustafa tahu yang buat esei tu sebenarnya bekas anak muridnya sem lepas. Erk.

AL-QURAN. Ini pun antara subjek release tension. Simpan semua buku, keluarkan al-Quran!
Cara doktor mengajar, dia baca ayat tu dengan tajwid yang betul dua tiga kali, lepastu dia suruh semua ikut. Hehe, doktor yang mengajar tu, Dr.Usamah, umur dalam 40-an, masuk kelas rileks je. Al-Quran pun tak bawak. Yelah, 30 juzuk sudah di dada. Dia cuma duduk kat depan dan baca, lepastu suruh orang ikut. Cumanya, Dr.Usamah ni suka buli aku. Betul weh! Masuk je kelas, terus dia panggil, "Humaira'!"
Nak tahu dia suruh buat apa? Dia suruh beli air nescafe untuk dia. -..-
Hahaha. Aku tak kisah pun. Cumanya, erm, erm erm, ermmm. Haha. Aku rasa memang semua orang nama 'Usamah' ni suka kenakan orang! >< Dahla dia cakap arab. Serius, kalau aku tak faham, memang aku akan buat muka paling toya. Wakaka. Dah tak faham, nak buat caner. Aku buat muka blur, sampai dia gelak. Selagi dia tak gelak, selagi tu aku buat muka. Hikhik. Tapi kelas al-Quran ni memang best la. Tenang fikiran kot. Dia akan tasmi' tiap-tiap kali kelas dia. Biasanya kalau dia nak tasmi' aku, dia akan ugut aku suruh baca lain dari yang orang lain baca. Wah. Ingat aku takut? Haha. Contohlah kan, dia suruh baca surah an-Naba'. Orang lain semua baca an-Naba'. Sampai kat aku, dia suruh baca an-Naba' dan an-Nazi'ah. Elele. Ingat aku takut lettew. Aku buat berlagak pegi baca sampai dekat separuh surah an-Nazi'ah sampai dia kata, "khalas Humaira'. Khalas! Syukran syukran" sambil gelak-gelak dan halau aku suruh duduk. Haha. Weh, panjangnyaaa citer pasal subjek al-Quran jek. Tapi tak boleh kalah Zoology! ><

Sahabat-sahabat yang disayangi, sebenarnye kan, aku tak punya masa yang lama untuk menaip panjang berjela. Ini dua hari punya 'esei' kot. Hehe. Semalam tak sempat taip habis. Sambung jap lepas subuh tadi. Aku ada hal, perlu ke Sarag Mall sebentar lagi untuk rehearsal program amal Palestin anjuran PERUBATAN malam ni. Sekian dulu. =)


Salam sayang;
Humaira' =)


Mumtaz for Ummah. Mari Jadi Hamba Superb! ^^

Monday, January 28, 2013

Aish, lima ke enam??

...............................................................................
In the Name of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful
Praise be to Allah, Lord of the Worlds
Any kind of language coming from Him
................................................................................


Assalamualaikum and warm smile from me =)

Hey guys, how’s life? Getting better? Okay good2…

Alhamdulillah segala puji bagi Allah kita masih berpeluang untuk menyedut Ohingga ke saat ini.

Ohye, isu semasa atau lebih tepat isu ummah yang kita kena peka hari ni…seems to be:

  • Pembebasan Palestina
  • Revolusi Syria
  • Umat Islam Rohingya

Haaa, apa yang saya share kan di atas tu rasanya most of us dah tau.

Alhamdulilah remaja Islam zaman sekarang sangat peka dengan isu-isu umat Islam Globally. Indeed. So kepada yang masih belum tau tu, apa lagi lets checkitaut! =)

In Shaa Allah hari ni saya bukanlah nak bercerita berkaitan isu ummah itu (maybe next time) tapi saya nak cerita soal Asas Islam.

Menariknya topik ni ramai yang dahhhh tau tapi kurang ambil berat. Allah, maaf ye bukan nak menunding jari pada sesiapa tapi inilah hakikat dunia kita hari ini. Walllahu’alam…
 
Most of the day we keep talking about this and that, biggest part of life. The thought seems to be not clear.

Baiklah, apa ertinya kita menganut Islam?? Aish, berat tak nak jawab?

Hmm, honestly saya mengambil masa 1 minit untuk memikirkan jawapan yang tepat dan ringkas...jawapan ini, mungkin boleh jadi sesuatu yang subjektif tapi bagi saya mestilah muslim at first pada sudut aqidah.

Berpegang pada aqidah yang benar lagi murni adalah syarat pertama bagi someone yang mengaku diri dia ISLAM.

Islam sebagai cara hidup kita. Well said, "Islam is the way of Life"…

Pegangan kita ada dua.Satu AL-QURAN dan kedua AS-SUNNAH.

Saya percaya dan yakin Allah mencipta segala kejadian di muka bumi ini bertujuan dan tidak sia-sia. Betul tak? Aturan Allah itu sentiasa berhikmah!

Okay okay, berbalik pada Asas Islam, siapa tau rukun Islam ada berapa dan apa dia? Hmm, macamane pula dengan rukun Iman?

Baiklah sahabat yang saya sayang semua meh sini saya nak share…mungkin sekarang ada yang tengah tertanya-tanya… "Eh, rukun iman enam ke lima ye?"... Tak kurang juga ada yang google, hehe.

Takpe takpe,selagi Allah memberi kita peluang untuk mengingati kembali asas-asas Islam itu maka bersyukurlah…itu tandanya Allah masih sayangkan kita. =)

Tapi tapi tapi, after ni no more, no more…kita mesti lekatkan kat hati kita semua asas Islam  ini. Dan dah ada kat bibir kita. Bila orang tanya kita dah master dah! Bila Allah tanya…?

Rukun Islam ada 5 perkara;

  1. Mengucap dua kalimah syahadah
  2. Menunaikan Solat Fardhu lima waktu
  3. Berpuasa sebulan di bulan Ramadan
  4. Menunaikan Haji ke Baitullah yakni Mekah
  5. Menunaikan zakat

Rukun Iman ada 6 perkara;

  1. Beriman kepada Allah swt
  2. Beriman kepada Malaikat
  3. Beriman kepada Kitab
  4. Beriman kepada Rasul
  5. Beriman  kepada Hari Kiamat
  6. Beriman kepada Qada’ dan Qadar

Haaa, itulah Rukun Iman dan Rukun Islam yang wajib kita ketahui, okay? WAJIB.

Tanpa asas-asas ini, aqidah kita akan jauh dari Islam.

Sebab tu lah kalau kita tengok dunia hari ni, ramai yang dah terpesong fahaman diorang ni. Ada juga yang masih mencari-cari what is Islam about or why am I a muslim? Undang-undang Islam pandang sebelah mata.

Tak kurang juga yang buat hukum Islam sendiri. Nauzubillah min zalik…cepat-cepat pegang Quran dan Sunnah!

Sabda Rasulullah,

"Sesungguhnya amalan seseorang itu bergantung pada niatnya dan sesungguhnya amalan seseorang itu akan dibalas sesuai dengan apa yang diniatkannya"
-Hadis riwayat Imam Bukhari

Setiap muslim lahiriahnya Islam, kita solat setiap hari dan berhubung dengan Allah secara langsung.

Kita ucap kalimah syahadah,
"Aku bersaksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammmad pesuruh ALLAH”…

Setiap kali kita solat. Tapi, cukup ke hanya dengan lafaz dalam solat itu kita berupaya mentarbiyyah diri kita dan mentajdid niat kita setiap hari sebagai seorang muslim?

So, this is the time. Inilah masanya kita semua menilai amalan kita. Semuanya...

Sebagai permulaan, take time. Kita kukuhkan satu persatu.

Yang penting niat kita Fillah. =)

Bila kita dah mantop dalaman kita, kita hiasi pula dengan amalan-amalan sunnah.

Hmm, analoginya kat sini…contohnya kita nak tanam pokok. Kalau akar pokok tu belum kukuh macamane kita nak paksa pokok tu berbunga dan berbuah? Betul tak? Bunga dan buah itu ibarat akhlak kita…so nak dapatkan pokok yang cantik, make sure akar pokok itu kukuh dulu, kemudian dijaga dengan rapi dan tumbuhlah dahan yang kuat. Tak lama lepas tu tumbuh pula daun-daun yang sangat lebat dan bunga-bunga yang mewarnai pokok itu.

Nah, sekarang pokok tu sangat cantik! Bahkan menghasilkan buah yang memberi manfaat kepada semua hidupan. Sumber paling penting! ^^

Aish, agak-agaknya korang faham tak apa yang saya membebel kat atas tu? In shaa Allah, harap fahamlah ye. ^^

Last but not least, jom muhasabah diri sama-sama.
Mistakes are lessons that lead to new discoveries.
ILMU.IMAN.AMAL.

With love,
Mia <3

Mumtaz for Ummah. Mari Jadi Hamba Superb! ^^

Perbaharui

...............................................................................
In the Name of Allah, The Most Beneficent, The Most Merciful
Praise be to Allah, Lord of the Worlds
Any kind of language coming from Him
................................................................................


Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah Taala.

Hai, Assalamualaikum!

Alhamdulillah 2013. Cukuplah umur saya 20 tahun. Januari 2013…pengalaman yang sangat tak terkata, tak percaya dan teruja bila dapat tahu umur saya dah 20 tahun secara rasminya.

Subhanallah...dan dalam masa yang sama juga saya merasakan satu amanah buat diri saya bila umur ini dah meningkat maka bertambahlah lagi tanggungjawab saya.

Kepada sahabat saya yang dah dan bakal mencapai 20 tahun pada tahun ini...apa perasaan kamu? Semoga Allah merahmati atas setiap usaha kita sepanjang perjalanan hidup kita hingga ke saat ini. =)

Walau apa pun yang telah berlaku pada masa silam kita, simpan dalam ‘kotak’ kosong dan delete mana  yang kita rasa tak perlu ada dalam folder kehidupan kita.

Tapi tapi tapi, jangan lupa ada baiknya jika kita jadikan ia sebagai pedoman hidup kita untuk masa depan yang lebih bermakna. In shaa Allah. ^^

    

                                                          

In the terms of ‘penghijrahan’, there is no end…apa yang ingin saya maksudkan di sini ialah penghijrahan kita dari semasa ke semasa tiada titik pengakhiran. Faham ke?

Hmmm…okaylah macam ni, ia adalah untuk selamanya.

Selamanya dalam hidup kita, tempoh masa hidup kita sentiasa diberi peluang dan ruang untuk berhijrah. Hmm, betul tak sahabat semua?

Siapa kata kita tidak layak untuk berubah? Why not?

Oh ye sebelum saya pergi lebih jauh, apa sebenarnya penghijrahan yang dimaksudkan? Allah, Mia ni melulu nak bercerita...mungkin ada sahabat di luar sana yang garu kepala membaca bebelan saya kat atas.

Okay begini perkongsian saya hari ini bersempena dengan tahun baru 2013 ni pada permulaannya ialah penghijrahan. Penghijrahan diri seorang insan biasa menjadi yang luar biasa.

Haa, sahabat semua sabar ye. Jangan cepat mentafsir ayat saya nii…menjadi luar biasa itu ialah hamba Allah yang extraordinary!

Outstanding or any words that comes in your mind…

Kadang-kadang ramai orang berkata berkaitan berhijrah ni, berhijrah jadi lebih baik, berhijrah fizikal dan mental, berhijrah tempat pun ada. Saya pula tertarik dengan penghijrahan yang luar biasa. Subjektif...so-so.

                                               

Pernah tak kita terfikir satu keistimewaan dalam diri kita yang Allah kurniakan untuk kita ‘gali’ dan manfaatkan?

Have you ever think about it?

Hopefully most of the answers are YES!... Kenapa? Ye la sahabat semua, kan Allah kurniakan dalam diri setiap insan satu keistimewaan untuk dimanfaatkan.

Mungkin kita tidak sedar kelebihan kita itu tetapi cuba perhatikan diri kita.Sungguh-sungguh! Heee.

                                                

So, what’s the point?

Okay baiklah, ramai sahabat saya di luar sana yang kurang keyakinan diri terhadap kelebihan yang mereka ada. Mereka taknak tonjolkan kelebihan itu pada masyarakat luar. Almaklumlah masyarakat kita ni selalu negatively thinking.

Kalau kita lebih sikit orang kata kita menunjuk, orang kata kita cari publisiti. No no no…ya Allah, sahabat semua yang saya sayangi kerana Allah…apalah gunanya kalau kita asyik nak fikir orang cakap pasal kita *pandangan yang menjatuhkan…

Kita boleh mendengar kata orang if pesanan dan kata-katanya adalah yang membangun dan memotivasikan diri kita. Then, tak menjadi masalah? Silakan, tafaddhal…

Someone said,
"kita ni kalau nak ikut cakap orang sampai bila pun kita takkan dapat hidup"…

*thumbs up*

Yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan pedoman.

Anyway dalam keadaan ini, kita semua tahu manusia mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing. So, be open minded. Husnuzon. =)

Berlapang dada dengan pendapat orang lain terhadap diri kita. Inilah sikap yang lebih adil dan selamat.

Seperti Rasulullah saw sendiri, Baginda pun pernah dicemuh, diuji dengan manusia yang menentang ajarannya malah diugut bunuh dan sebagainya. Sebab dalam dunia ni bukan mudah nak buat semua orang suka pada kita. Namun jadilah seperti Baginda sentiasa bersabar dan bersabar... =)

“Yang tidak menghina dunia tetapi meletakkan ia pada tempat yang betul sejajar dengan syariat Allah swt.”

One more thing, sebagai umat Islam...dalam hal ini, Allah menilai sesuatu perbuatan hambaNya sebagai ibadat apabila niat kita semata-mata kerana Allah swt.Ikhlas.

Sepertimana yang dikatakan oleh al Hafidz Katsir dalam tafsirannya berkaitan dengan ayat Quran dalam surah al Kahfi: 110;

"Dua perkara yang menjadi rukun diterimanya sesuatu amalan itu harus murni untuk Allah dan sesuai dgn petunjuk Rasulullah."

Waa, bestnya kalau macam tu, setiap apa yang kita buat kita niatkan semata-mata kerana Allah dah dikira ibadat. Dengan beribadat pahala pun bertambah! Subhanallah, Allah itu Maha Pemurah…kan kan? (so sweeet) <3




Yes, jom start sekarang! ^^

Do something and walks the talkssss. Sesuatu yang segar dan memberi penghargaan kepada diri kita sendiri.

Cari kelebihan kita dan sebarkan. Haaa, bak kata novelis Fatimah Syarha, "sebarkan bahagia"! Pada jalan yang betul, yang tidak lari jauh dari batasan agama.

Andai kita adalah orang yang suka senyum, seyumlah. Sebarkan dan pasti akan merasakan satu nikmat kesyukuran sebagai seorang hamba Allah. Somehow, perkara macam ni tak semua mampu mendapatinya. So, berusahalah memiliknya.

Spread the love, makes someone happy then you’ll be the happiest… ^^

Jangan pernah kata **tak, taknak, malaslahhh, no points and etc.

Buang jauh-jauh perasan itu dan mulakan sesuatu yang baru. Gunakan sebaiknya…

Always expect the best! You’ll very often get it…trust me.

So everyone, rasakan dalam diri korang apa yang mampu korang lakukan untuk ---> penghijrahan yang outstanding!

Yes the new of you! =)

Islam is beautiful, universal and it is not too complex to be done. Lakukan sesuatu. Jadikan diri awak semua inspirasi kepada diri sendiri.

In whatever you do, do it seriously. With patience and all out.

Semoga awak semua berjaya! In shaa Allah… ^^v

#waaa, panjagnyaaa :p

With love,
Damia Humaira 

Mumtaz for Ummah. Mari Jadi Hamba Superb! ^^